18 September 2008

encik Faizal Edwin

L said, assalamualaikum.



"look at this photograph, everytime i do it makes me laugh, ...", lirik lagu bertajuk Photograph, oleh Nickelback. so... that's it folks. hehehe.

okay, 1st sekali L mengucapkapkan selamat berpuasa kepada semua, yg berpuasa, tapi tidak terhad pada golongan yg dibolehkan tidak berpuasa. selamat berpuasa juga. Sabtu minggu lalu (13 Sept 2008), L dan rakan rumah L, menemani An berbuka puasa, bufet di restoran Big Plate, di Subang Permai, dekat sini. hm, ingat ok la, komposisi kami bertiga ni, rupanya cuma An sorang yg dewa makan, manakala L sememangnya efficient dengan perut honda C70 nya itu. rakan rumahnya juga, sememangnya bukan 'orang bufet'. hehehe. Ini bukan apa, mungkin menyambut hari2 akhir An di lembah Klang ini, memandangkan kerjayanya di sini bakal berakhir pada 26 Sept 2008 ini, kerana contract kerjanya tidak disambung. Well, nothing wrong with that, rezekinya ada di tempat lain (dekat dgn encik Ahzamudin), dgn income dan allowance yg lebih baik, malah meninggalkan pendapatan L yg sememangnya kecik ini, ...banyak tiang juga! almost double!!! Itulah An yg kita kenal, dengan diploma in accounting sahaja, lepas raya, God willing, beliau seorang Engineer.

cukup mukadimah (erk...mukadimah?), semalam (17 Sept 2008), aku, encik hairil dan rakan opis lain, pergi majlis Teh tarik anjuran kompeni, kat Concorde Hotel, Shah Alam. so, the point here, ... sambil dok usha orang ramai, terlihatlah oleh aku seseorang yg 'macam pernah kulihat...', lalu ku memberitahu encik Hairil "eh, bukan ke dia (menunjuk pada mamat tu) macam Bepam?". Tiada komen dari encik Hairil. Habis majlis, kami keluar dewan, lantas aku ditegur oleh mamat tu. perghhhh, memang beliau, encik Faizal Edwin a.k.a. Bepam, warga UiTM Segamat sekitar 2001-2004 (mungkin), kolej Sempana riau, wing 1A, bilik 119 (sebelah bilik aku, 118), roomate beliau antaranya Saywak, Parex, Cola, Plus. Hahaha, segera aku teringat roomate ku yang juga jiran cik Noraliza (nora chan), khairul Anuar a.k.a. Bupet yg selalu mengenakan Bepam, yg akhinya berkata "mesti Bepam berparti lepas aku grad. dah xleh kacau dia". Bupet, Bupet...

"Eh, ko buat ape sini?" kata Bepam. "aik, ko tu, watpe sini? ko kompeni ape?" aku membalas. "laaa, ko kompeni ape ni?" dia tny aku balik. kaput btl. "tgk la tag ni...", sambil aku mengeluarkan tag opis ku, yg tertera logo syarikat. "la, sama la. ko keje kt mana?" dia tny aku lg. "Consplant", jwbku pendek. hm... berapa byk dialog daaa. so, dipendekkan cerita, rupanya beliau baru lagi join kompeni ini, bulan Ogos. boleh orientate lagi ni. Attached dengan Human resource, mungkin beliau bisa membantu kawan2 yg masih mencari kerja. Syarikat besar ni. untung cakap billion maaaa. hehehe. Such a short meeting, dia blah ikut bos dia. Walhal dlm 630 ptg, ada pula tazkirah Dato' Dr. Fadzilah Kamsah (DFK), yg semeamngnya ku nanti.mmm, k, mulai kini, dalam dunia koperat, BEPAM tidak lagi wujud. beliau adalah Encik Faizal Bin Edwin.heehhe.

So, bagaimana tazkirah tu? well, i'd say "as seen on TV". memang best penyampaian beliau yg ceria dan bersahaja, xkalah la Ustaz Ismail Kamus (yg sama best, aku pnh attend). Tapi aku rasa, dlm majlis BUKAN UNTUK TV begini, beliau lebih, lebih terbuka dan bebas, especially part yg mungkin di kata 18sx. maklum la, kat tv biasenya U rated kan. Vey nice, aku ada rakam sepanjang ceramah tu, ntk personal collection. hm, boleh ke aku distribute? copyright reserve?

K, till then, Maaf zahir batin in advance, kiranya tiada kesempatan kami, para penulis blog ini. mana tau, bizi itu ini kononnya. puasalah dengan baik, sambutlah raya dgn bermakna. jangan bahayakan diri dengan mercun, meriam, memandu laju, tak pakai seatbelt, pandu mengantuk, etc. DFK menyampaikan, orang yg reti bersyukur dengan manusia, tidak bersyukur dengan Allah. so, TQ gomen, please comply rules and regulations, which always for your own good. lastly, utamakan yg wajib. bayarlah zakat fitrah, bagi yg sudah punya income. rasalah tanggungjawab sebagai seorang manusia. Salam.

p/s: puas aku cari gambar encik Faizal Edwin ni, jumpa gmbr tu je. so, match kan sniri la, Bunge, Sukam, Topek, Sagu, Jawa, Budin, Wak, Man, Koku, Saywak, Kentang, Bepam, & Tutot.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews