11 February 2008

Tragedi Tambun

Ting noneng~ ting noneng~ … aku membuka mata, mencari arah bunyi yang amat kukenali itu. Mana taknya, setiap hari, pada 6.31 pagi, telefon bimbit N80 ku aka memanggilku bangun. “Owh, di atas meja sana, masih charging? Harap tak merosakkan baterinya. Charge sejak malam tadi…”, bisik hatiku. Setelah mematikan N80 tersebut, aku menoleh kembali tempat tidurku; kelihatan disebelah tempat tidurku, An masih nyenyak disebalik selimut. Di katil single sana pula, Chow dengan bunyi-bunyian yang tidak lagi menggangguku; kerana semalamnya aku dah kena- mindaku telah merakam bunyi-bunyi tersebut dan memasukkan dalam senarai abaian (ignore list). “Hm, kasihan Chow. Kerana di harass An yang asyik mau menyentuhnya, dia tidur dengan pakaian lengkap, seluar jeans; tidak seperti petang semalam- Cuma berseluar pendek berwarna putih. hehehe”.

Hari ini Khamis, 7 Februari 2008, kami bermula di Fairmont Hotel, Kg. Pasir Putih, Ipoh, Perak. Rutin, aku ke tandas- rutin. Ku jengah cermin, melihat dan menyentuh bahagian tulang pipi kiriku, “masih sakit… nasib tiada lebam”, bisikku. Kenang kembali tragedy semalam…. Tragedi Tambun.

Rabu, 6 Februari 2008. Kami bertiga melangkah masuk ke The Lost World of Tambun, menyewa locker, dan menukar pakaian mandi- tshirt dengan seluar singkat. Lokasi pertama- kawasan air yang paling asas. Dengan bentuk dan suasana seperti pantai. Bezanya, tiada ombak besar, dan mungkin tidak masin. Aku tak pula cuba merasa airnya. Aku melangkah, kaki mula tenggelam dalam air, membasahkan muka dan kepala di bawah pancuran air berbentuk cendawan gergasi. Aku terus melangkah menuruti An dan Chow. Tapi seperti dijangka, aku tak mampu meneruskan perjalanan- kerana aku tak tahu berenang! Aku Cuma bermain sekitar 3 kaki, berhampiran kanak-kanak lain. Mungkin kasihan melihat tingkahku, An dan Chow kembali meranduk air ke arahku “Jom main lain. Kalau setakat mandi di sini, no meaning lah”, kata An bercampur dengan bahasa Inggeris. Kira baiklah tu. Kalau tidak, mungkin ada keluar perkataan-perkataan Jerman di gunakan. Maklumlah, orang bekerja dengan orang Jerman. Sudah puas aku mendengar “Guten tag”. Hehehe.

Kami keluar dari air, menuju ke arah gelongsor air, merentasi band muzik dan beberapa anak tangga. Tiba di puncak, An segera bertanya pada operator di situ. Ada 4 lorong tiub yang mungkin berbeza tahap kengerian perjalanannya. “Jom turun balik, ambik pelampung kuning. Free jer”, kata An. Bernasib baik, seorang budak yang hendak naik, menyerahkan pelampung kuningnya kepada kami. Okay, dah ada 1. Aku dan An turun mengambil pelampung lagi- 2. Chow tidak turun, dan kami paham. Antara kami, beliau paling berat, dengan lebih 100kg. Tentu agak letih menaiki anak tangga ini. Tiba di puncak, tiub yang kedua dari kiri dari 4 tiub dipilih. 2 orang pertama. An yang mula, dan operator itu memilih aku untuk serta dengan An. Tentulah, untuk permainan gelongsor ini, berat 2 orang atas pelampung tidak boleh melebihi 200kg. Yang berat duduk di belakang, aku di hadapan. Mula! “wooooohooooooo wuuuuuuuuuuu…. Ulp. …………… woo”. Suara An terhenti sebentar akibat tersimbah air ke mukanya. Yup. Memang seronok. Agaknya beginilah perasaan menaiki roller coaster- yang tidak pernah ku jejaki. Bergerak dengan laju, berputar hampir pada syiling tiub dengan momentum kelajuan. Speed Excitement! End! Wow, aku dan An masih bersemangat mendaki lagi anak-anak tangga untuk pusingan lain. Tiba, giliran Chow. Tentulah aku akan menemaninya- mengenangkan syarat had limit 200kg itu. Hehe.

Ketika sebelum berlepas, An masih bergurau “Mengucap Chow. Laju giler”, operator Cuma tersenyum. Kini baru kusedari maksud senyuman itu. Dia tak mungkin tak anggap yang An cakap adalah gurauan. Ia sesuatu yang wajar- mengucap. Off we go! “Woooooohoooo wuuuuuu……” waaah. Seronok betul Chow. Tiba-tiba… pelampung hilang keseimbangan dan terbalik. Kami terhenti. Owh… aku berusaha naik pelampung kembali, tapi menyedari, lubang keluar tidak jauh lagi. Aku memberi isyarat Chow keluar dahulu. Kami bergelongsor tanpa pelampung. Dush, masuk ke air. Kelihatan operator India di sini menghubungi walkie-talkie mungkin melaporkan kami telah tiba di bawah. Jadi, saluran atas sedia digunakan orang lain. Chow membawa pelampung ke darat. Rasanya kami berpura-pura seronok. Chow mengaku, cemburu aku seronok sendiri dihadapan, beliau mengangkat tangan, melepaskan pegangan pelampung; yang mungkin menjadi punca utama pelampung kami terbalik. Hahaha… “okay, ko lak naik dengan An. Aku tunggu bawah ni. Aku dah 2 kali. Ko naik dgn An, semua 2 kali main”, alasanku.w mula mendaki anak tangga. Aku merendam kak dalam kolam pendaratan pelampung, membasahkan wajahku. Terasa panas. Aaah, sakit tlang pipiku. Agaknya terkena sepakan Chow ketika pelampung terbalik tadi. Nasib baik terbalik ketika hamper tamat tiub. Tentu bahaya kalau terbalik lebih awal atau di tengah tiub. Sepanjang tiub itu kusedari ada seperti tampalan di lantai-lantai tiub. Tentu bahaya kalau mana-mana anggota badan tersangkut di situ.

Tidak lama, An dan Chow kelihatan menuruni anak tangga ke arahku. “kenapa tak guna pelampung, sini?”, aku bertanya. Aku tak ingat jawapan mereka. Kemudian kami berjalan ke tempat lain. Hm, rasanya tragedi tersebut bukan saja mengerikan aku, malah meninggalkan trauma pada Chow, walau dia tiada sebarang komen. Dia tidak memberitahu samaada dia tercedera atau apa-apa, tapi ternyata dia tidak lagi berani permainan itu.

Setelah bermain kapal buaian yang juga agak menakutkan (dan membunuh keberanian untuk bermain buaian pusing yang tampak lebih berbahaya), kami berjalan mengelilingi tempat itu, sampailah di gelongsor yang lurus sahaja, tada bengkang bengkok seperti di tempat tragedi. An mungkin masih belum menyedari trauma Chow, masih memujuknya bermain permainan itu. Sampai di situ, dating pula 2 gadis dengan pelampungnya. Mereka bersedia untuk gelongsor. “erm… ada apa-apa wasiat? Nombor telefon ke?...” kata Chow perlahan pada 2 gadis tersebut. Haha… ketika mula tiba di Lost World of Tambun ini, An mencabar Chow “kalau kau dapat 1 nombor telefon awek, aku belanja ko makan”. Bukan apa, kebelakangan ni, Chow kelihatan seperti sudah kecewa dan putus asa pada jiwa wanita yang semulajadinya sukar difahami. Ketika diploma dahulu, Chow adalah idolaku kerana dia begitu berani meluahkan rasa hatinya pada ‘hati manisnya’ dengan ayat yang tak dapat dilupakan “ko taknak aku… nanti suatu hari nanti kita jumpa, masa tu aku dah kawin. …. Sanggup bermadu?” hehehe. Okay, sampai hujung, pelampung 2 gadis itu terbalik, lantas semakin membunuh semangat Chow. Kami beredar.

Habis. Selepas mandi, solat. Kembali ke katil, berselimut semula, bermain sms, menonton tv, menanti rancangan An seterusnya.

3 comments:

Anonymous said...

apa daa chow..camner leh tak dpt no phone... heheh

Anonymous said...

jangan salahkan Chow... dia setia. hehehe

Anonymous said...

cerita ko kekurangan watak pembantu, patut watak penjaga kolam tu bleh dikembangkan lagi

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews