01 November 2009

Satu lagi hari yang sama

"Hafiz dah berenti"
"Huh? Dia dapat kerja lain dah ke??"
"Idak lah.. Dengar nyer dia join bisnes untung juta- juta"

Hmmm cerita sama, dan sudah juak didengari sejak dulu lagi. Kita sudah tau dah jalan ceritanya- bermula dengan modal kecil dalam RM500 dan akan dipulangkan dalam masa seminggu or less. Kemudian bila dah dapat pulangan tu, mulalah timbul perasaan tamak "Engko nak lebih kena modal lebih. Tak banyak.. dalam RM7 ribu je. Kompeni akan tolong bayar balik hutang tu beb"
"Lagi pun ni nak tolong bangsa sendiri ni" Pujuk lagi si tali barut.

Mangsa yang dah dengar bilangan pulangan dan jaminan tu pun gi lah bank dan wat personal loan. Then the rest is history. Mangsa akhirnya menjadi pemangsa pula. Cari lagi orang lain yang sudi melabur dlm kompeni maya yg tidak tahu apa ke produk yg dijualnya. Kita sebagai kawan- kawan ni doakan saja agar beliau berbahagia dan tidak ditimpa perkara yang buruk. Moga sukses selalu. Ahaks

Tengah duk sibuk menaip ni tetiba "henpon kilang" Pujaan bernyanyi. "Alamak! Ada forklift terbalik ke?!" Lalu dengan tangan menggeletar Pujaan jawab panggilan tepon tersebut...
"Haluu"
"Wei An ko kat mana sekarang?"
Udah sore manje lak nih? Nasib baik beliau cepat2 perkenalkan diri kalao idak musti dah kena ngorat wakakakakakaka. Rupanye Puan (ehem ehem) Eija yang call. Beliau follow up pasal gathering. Ape cerrr??
Secara dasarnya kami stuck pada mencari tempat ketiduran. Sehingga kini feedback tentang chalet yang boleh disewa masih lagi mengecewakan. Walau bagaimanapun kami takkan menyerah sehingga betul2 stuck then we'll try to do something else. Tungguuuuuu

Orait sampai sini aje. Sehengga lain kali.. Assalaamualaikum

21 October 2009

Aduan Pengguna

Salam, L said.

Memandangkan ia berguna, aku post la disini. a quick one. Suatu hari on the way dari Bintulu ke Miri, 4x4 kami stop refuel, pastu terbacalah akan aku, tertampal alamat e-mail dan website untuk pengguna meng'komplen' segala macam hak pengguna. Bila ada je akses internet, aku segera mengusha. Lantas membuat komplen pertama aku; barang warranty expired pastu ding dong mcm2 alasan, aku rasa tertipu sbb company tersebut tak disclose more info, so aku komplen. Website kata 2 hari bekerja, dia akan respon. Lepas 2 hari, xde balasan e-mail pon, or being published kat website tu... (aku harap publisiti, biar bankrap kompeni cipan bakar tu).

Aku tak ingat bila aku send complain tu, sbb online, xde lak evidence untuk aku, walaubagaimanapun, jap td aku dapat surat (snail mail) bertarikh 12 October 2009, pihak NCCC tu send complain aku, dgn cover letter NCCC siap rujuk akta pengguna (baru aku tau ade!). Teruja aku, tu aku buat quick post ni. So, tengok la ape ending dia nnt. Hehehe, kalau xdpt ape2 pon, xpe la, malas mengharap. TP good enough to see NCCC proactive fight for consumer's right.

Anda ada apa2 nk complain? usha link http://www.nccc.org.my/v2/ (boleh gak menilai, ade org complain Celcom, P1, Digi, Hyundai, etc. hehehe). dan http://eraconsumer.org/ . Serta good to know your right http://www.kpdnhep.gov.my/pub/kpdn/download/Consumer_Protection_Act_1999.pdf.

Till then, mata owaishimashooooo.

20 October 2009

Penulis Cinta Ketemu Cintanya

Kadang-kadang kita macam tak sedar yang kita melalui perubahan dalam hidup kita. Walau sejauh mana kita pergi, kita akan berasa suatu ketika nanti yang kita akan balik semula ke tempat asal kita. Ya ke? Tapi yang penting, macam aku, walau aku lari dari nak berumahtangga apabila umurku 27, aku sudah hampir pasti akan berkahwin pada tahun ini. Namun duk kata nak cover line, aku anjakkan tarikh tu pada Januari tahun depan. Hehehe.. Tapi ada gak orang kata yang aku masih lagi berumur 27 tahun masa tu. Yerlah, kan aku nyer birthday Julai? Betul gak eak? Ah! Lantak lah! Takkan aku nak tangguh lagi?

Siyut jerk si Pujaan nie. Bukan aku tak nak bercerita tentang aku nye kisah2 gembira kat blog nie, Cuma aku lately busy giller! Yerlah, kan ke 2 bulan kite melalui bulan Ramadhan dan Syawal? 2 bulan ni sungguh tough bagi aku yang bekerja di bahagian recovery nie. Yerlah, dua2 bulan tak achieve target. Tu yang menambah beban aku nak prepare legal action kepada semua customer yang tak bayar hutang nie. Mesti ada orang tanya, baru 2 bulan jek, bulan2 sebelumnya? Jawapanku, situasi seperti sudah dijangka. Mesti lah ada milestone nya kan? Langkah2 yang perlu diambil dan bagaimana cara untuk prevent benda ni untuk jadi lebih teruk lagi.

Sedikit info tentang tunang aku. Yup. Dia orang Jementah. Likewise, datuknye masih tinggal di Jementah. Sedangkan dia membesar di Felda Raja Alias, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Kiranyer, dia orang nogori lah nie. Aku kenal dia mula-mula masa dia bekerja di Bank Islam secara kontrak. Aku bekerja di tingkat 2 dan dia bekerja di tingkat bawah. Selalu gak terserempak. Tapi tak pernah berborak. Kitorang mula berkenalan pada bulan 5 yang lalu. Kami mula rapat, masa majlis perkahwinan Latip. (An, tu sebab aku tak join ko mandi laut aritu! Sorry ey? Aku duk bergayut ngan dia)

Kitorang mula serius kiranye sebelum ramadhan yang lalu. Masa tu aku baru je berani nak jumpa family dia. Dia pun datang umah aku seminggu sebelum ramadhan. Mengikat perjanjian pada masa itu dan merisik pada minggu kedua ramadhan. So, bercadang untuk bertunang pada 10.10.2009 yang lepas. Ikat tali pertunangan tak lama. 3 bulan lebih jerk. Insya-Allah Januari 2010 aku akan bernikah. So, kawan-kawan semua, sudi2lah memberi alamat terkini korang kat aku. Tak kiralah melalui email or message. Ni nombor HP aku, 017-6314249 dan email aku, bonzer3_kuat@yahoo.com atau mhanif@bankislam.com.my.

p/s:

Anep: Boleh saya tahu sejak bila awak jatuh cinta dan mula ada rasa sayang pada saya?

Awi : Hari yang saya accident.. 1st time saya dapat perhatian macam tu. Awak risaukan saya, telefon saya dan tenangkan saya.

Anep : owh..

Awi : Sejak bila awak jatuh sayang pada saya?

Anep : Sejak kali pertama jumpa awak. Masa tu awak naik tingkat dua jumpa Asmawi dan awak tanya saya,”Abang Asmawi ada tak?” dan saya jawab,”Abang Asmawi jerk? Abang anep tak nak?”