25 March 2012

Time To Make A Change

"Oi Yeop! Apsal monyok je ni? Merah muka kau?"

Kali ni post aku bermula dengan dialog. Dah lama aku tak post. Busy lately. Kali ini buka kerana kerja just having fun ngan family. Dah lama tak rasa syok macam ni masa aku kat CRD dulu. Alhamdulillah aku ditempatkan di bahagian operasi ni. Lau tak skrg ni aku duk busy je ngan keje yang tak sudah2.

Syok pun syok jugak. Kerja kat bahagian operasi ada gak yg tak best. Especially duit. Dulu member aku ni seorang yang komited ngan keje. Selalu tak berdalih bila diarah buat kerja walaupun bukan keje dia. Tapi setelah satu insiden berlaku tentang masalah wang, semua orang seakan2 ketepikan dia. Orang yang dulu suh dia wat keja tu pun buat don't know je. Aku plak tak mampu nak cover dia. Bila aku offer nak tolong, dia menolak. Yerlah bukan berbaloi pun aku nak bagi. Mungkin kowt. Just aku rindukan dia yang happy dulu. Sekarang dia amat serius.

Futsal? It's happening all over again. Nampaknya Sambal FC dah semakin aktif balik. Aku bangga walaupun aku hanya dapat join sekali sebulan je. Yang penting diorang terus berlatih. Aku? Banyak habiskan masa di Nilai. Team yang terumbang ambing. Tapi aku happy. To be fit again. Perut je still maintain.

Hari tu join game futsal Piala MD Bank Islam. Merasa gak menang besar sampai 6-0!! Tapi terkandas gak kat knocked out phase. Terasa macam tahun 2007-2008 plak. Masa aktif ngan futsal dulu.

Ni bulan 5 ada lagi game. Tapi bola padang. Aritu main pemilihan, ada plak goalkeeper lain. Lagi hebat dari aku. So, aku duk main posisi senang. Striker. Hahaha.. Penat giller. Ada gak striker lain tapi yang peliknye aku terpilih!! Pening tol lah!! Aku main2 je aritu. Luck je aku score. Mampos nak cari fitness balik. So, bermulalah jogging pagi2 aku. Pray for me, ya?

Anak? Mak aku cakap perangai dia skrg ikut aku masa kecik. Haha.. Kadang2 buat aku marah tol. Tapi bila difikrkan balik, dulu aku pun macam ni. Mak bapak aku tak pernah marah. So,cool down sket.

Projek? Hurm.. Bila tgk member aku monyok tu. Aku terfikir plak bila aku kena? Aku macam tu ke? Ngan takde back-up income. So, An! Bila nak proceed Andrenaline?

14 March 2012

Teknologi masa kini (2012)

Salam & good day, L said.

Oleh kerana lama tiada posting, L meluangkan masa ber-posting, walaupon dengan topik boring. (janji posting, update blog).

2012, teknologi berkembang dengan pantas, hingga tidak terkejar dengan ketebalan nipisan poket dan wallet. iPhone4s yang dikatakan tercanggih kini, Nokia 808 dengan 41 mega pixel, Samsung dengan projector,... bakal merabakkan 'pendapan boleh guna' (disposable income) para rakyat jelata.
Samsung Beam dengan projektor

Nokia 808 dengan 41 mega pixel
Tapi, sedang meningkat maju kini adalah, 'Operating Software' yang meluas dikembangkan, iaitu Android. Dengan Android, sebuah smartphone kini semakin hampir dengan kemampuan sebuah komputer. Baru-baru  ini L membeli sebuah handphone ber-android, iaitu Samsung Galaxy Y (SGY), model untuk pengguna android baru, tetapi tidak untuk penggunaan extreme.
SGY

Dengan 1 kamera 2 megapixel, touch skrin yg kecil, processor lebih kurang 830Mhz (dulu main NeoRAGEx kat komputer HP Pavillion, 450Mhz je), tidak dual core, Gingerbread 2.3.6; ia bukanlah sebuah smartphone yang power, tapi memadai untuk kegunaan harian. Dengan harga dekat-dekat RM500, memang berbaloi jika anda sudah ada kamera digital, dan GPS (mcm aku. ahaha). Video call juga L tidak perlu lagi kerana my wife kini menggunakan Nokia yang dual sim tu... xpayah bawak 2 handphone!
Okay, tak payah cerita mendalam tentang permainan2 yang disokong oleh Android yang sememangnya banyak, L ingin cerita sikit software yang berguna. Oh ya, smartphone ber android ni, sangat terbaik jika ada 'data pakej' atau akses internet yang kerap. Mcm aku, aku boleh guna bill telefon tak guna tu, beli weekly broadband (RM18) dan di rumahku ada wifi (mifi). Hehe.
Pertama sekali tentulan....'calculator'. eh? handphone RM45 pon ada fungsi tu? okay. Jam? berguna apa! ok lah...lain. Antaranya Kompas. Dengan kompas kita boleh mencari arah kiblat, terutama pada aku yang banyak visit-bervisit nih. Kompas yang terisi dalam SGY ku ialah Super Compass. Seterusnya, Memo. pffttt. Untuk nota/idea. Lagi, aku juga mempunya software untuk rekod perbelanjaan harian, bernama Expense Manager. Kebelakangan ni aku rasa macam aku sesak je kewangan, jadi nak monitor jugak la, apa belanja yang tinggi atau wajar dikawal.
Walaupon kamera 2mp tak power, bila di edit gambar tersebut dengan Picsay, dengan dialog box, gambar jadi lebih bermakna! Tunewiki adalah pemain muzik ber'karaoke' kegemaranku. Dengan sambungan internet, lirik dicari dengan automatik (pastikan nama artis/tajuk lagu adalah tepat), dan disimpan. Bila dimainkan secara offline, lirik masih dipapar dan synced. 4shared music, tanpa segan silu memudahkan mencari dan muat turun lagu2 mp3. Hohoho.
Seterusnya, dengan RAM SGY cuma 290MB, penggunaan RAM yang tepat amat perlu. Aku menggunakan  Easy Task Killer yang secara automatis membunuh program yang aktif, tapi tidak digunakan. Penggunaan 3G/HSDPA menggunakan tenaga lebih tinggi lantas mengurangkan tenaga simpanan bateri. Nyah aktif 3G (tukar kepada 2G) lantas tiada akses data pakej, 1 cara penjimatan bateri dan melarang sebarang data dimuatturun; agar tidak melambung-lambung bill nanti. Software yang digunakan ialah 3G Watchdog.
Bersosial... 1 ciri utama tarikan smartphone. WhatsApp, aoftware chatting free, i.e. anda boleh ber-SMS free dengan rakan2 yang mempunyai aplikasi isi tanpa mengurangkan kredit, janji ada internet (Encik Azuan, Shahrizan, antara mereka yang mepunyai apps ini). Macam biasa, Twitter dan Facebook for android, bagaikan sesuatu yang wajib.

Suatu masa dahulu aku merasakan Foursquare adalah suatu yang tidak bagus, kerana ia mendedahkan lokasi dimana saja kita berada. Disebalik itu, ia mempunyai faedah yang sangat besar. aku mendapati, Foursquare adalah petunjuk arah yang lebih baik berbanding GPS, dari segi keterdapatan sesuatu lokasi. GPS bergantung kepada POI (Point of Interest), manakala lokasi-lokasi Foursquare dicipta oleh para pengguna. Ia juga berguna untuk survey kawasan tertentu, contohnya rancangan untuk ke Bukit Fraser. Dengan  Foursquare, kita boleh mencari tempat menarik dalam lingkungan tempat tersebut, sebagaimana para pengunjung telah pergi ke sana, dengan komen serta gambar mereka. Foursquare juga boleh dibuka melalui internet dirumah, dengan foursquare.com. Ini bermakna, ia bleh menjadi tracking system. Katalah encik Pujaan kena outstation meninggalkan isteri dan anak, dan Pujaan meng-check-in segala macam simpang, bangunan, pejabat, tandas, roundabout yang ada, dan isterinya boleh, dengan login Pujaan, dengan komputer, melihat lokasi2 yang dijejak oleh suaminya yang sangat di-saspek itu. Hoho.

Ops, lunch time. Moralnya, aku rasa smartphone dengan fungsi-fungsi disebut di atas, dah macam keperluan. So, enjoy your day.

10 March 2012

hapdet o no?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews