14 March 2012

Teknologi masa kini (2012)

Salam & good day, L said.

Oleh kerana lama tiada posting, L meluangkan masa ber-posting, walaupon dengan topik boring. (janji posting, update blog).

2012, teknologi berkembang dengan pantas, hingga tidak terkejar dengan ketebalan nipisan poket dan wallet. iPhone4s yang dikatakan tercanggih kini, Nokia 808 dengan 41 mega pixel, Samsung dengan projector,... bakal merabakkan 'pendapan boleh guna' (disposable income) para rakyat jelata.
Samsung Beam dengan projektor

Nokia 808 dengan 41 mega pixel
Tapi, sedang meningkat maju kini adalah, 'Operating Software' yang meluas dikembangkan, iaitu Android. Dengan Android, sebuah smartphone kini semakin hampir dengan kemampuan sebuah komputer. Baru-baru  ini L membeli sebuah handphone ber-android, iaitu Samsung Galaxy Y (SGY), model untuk pengguna android baru, tetapi tidak untuk penggunaan extreme.
SGY

Dengan 1 kamera 2 megapixel, touch skrin yg kecil, processor lebih kurang 830Mhz (dulu main NeoRAGEx kat komputer HP Pavillion, 450Mhz je), tidak dual core, Gingerbread 2.3.6; ia bukanlah sebuah smartphone yang power, tapi memadai untuk kegunaan harian. Dengan harga dekat-dekat RM500, memang berbaloi jika anda sudah ada kamera digital, dan GPS (mcm aku. ahaha). Video call juga L tidak perlu lagi kerana my wife kini menggunakan Nokia yang dual sim tu... xpayah bawak 2 handphone!
Okay, tak payah cerita mendalam tentang permainan2 yang disokong oleh Android yang sememangnya banyak, L ingin cerita sikit software yang berguna. Oh ya, smartphone ber android ni, sangat terbaik jika ada 'data pakej' atau akses internet yang kerap. Mcm aku, aku boleh guna bill telefon tak guna tu, beli weekly broadband (RM18) dan di rumahku ada wifi (mifi). Hehe.
Pertama sekali tentulan....'calculator'. eh? handphone RM45 pon ada fungsi tu? okay. Jam? berguna apa! ok lah...lain. Antaranya Kompas. Dengan kompas kita boleh mencari arah kiblat, terutama pada aku yang banyak visit-bervisit nih. Kompas yang terisi dalam SGY ku ialah Super Compass. Seterusnya, Memo. pffttt. Untuk nota/idea. Lagi, aku juga mempunya software untuk rekod perbelanjaan harian, bernama Expense Manager. Kebelakangan ni aku rasa macam aku sesak je kewangan, jadi nak monitor jugak la, apa belanja yang tinggi atau wajar dikawal.
Walaupon kamera 2mp tak power, bila di edit gambar tersebut dengan Picsay, dengan dialog box, gambar jadi lebih bermakna! Tunewiki adalah pemain muzik ber'karaoke' kegemaranku. Dengan sambungan internet, lirik dicari dengan automatik (pastikan nama artis/tajuk lagu adalah tepat), dan disimpan. Bila dimainkan secara offline, lirik masih dipapar dan synced. 4shared music, tanpa segan silu memudahkan mencari dan muat turun lagu2 mp3. Hohoho.
Seterusnya, dengan RAM SGY cuma 290MB, penggunaan RAM yang tepat amat perlu. Aku menggunakan  Easy Task Killer yang secara automatis membunuh program yang aktif, tapi tidak digunakan. Penggunaan 3G/HSDPA menggunakan tenaga lebih tinggi lantas mengurangkan tenaga simpanan bateri. Nyah aktif 3G (tukar kepada 2G) lantas tiada akses data pakej, 1 cara penjimatan bateri dan melarang sebarang data dimuatturun; agar tidak melambung-lambung bill nanti. Software yang digunakan ialah 3G Watchdog.
Bersosial... 1 ciri utama tarikan smartphone. WhatsApp, aoftware chatting free, i.e. anda boleh ber-SMS free dengan rakan2 yang mempunyai aplikasi isi tanpa mengurangkan kredit, janji ada internet (Encik Azuan, Shahrizan, antara mereka yang mepunyai apps ini). Macam biasa, Twitter dan Facebook for android, bagaikan sesuatu yang wajib.

Suatu masa dahulu aku merasakan Foursquare adalah suatu yang tidak bagus, kerana ia mendedahkan lokasi dimana saja kita berada. Disebalik itu, ia mempunyai faedah yang sangat besar. aku mendapati, Foursquare adalah petunjuk arah yang lebih baik berbanding GPS, dari segi keterdapatan sesuatu lokasi. GPS bergantung kepada POI (Point of Interest), manakala lokasi-lokasi Foursquare dicipta oleh para pengguna. Ia juga berguna untuk survey kawasan tertentu, contohnya rancangan untuk ke Bukit Fraser. Dengan  Foursquare, kita boleh mencari tempat menarik dalam lingkungan tempat tersebut, sebagaimana para pengunjung telah pergi ke sana, dengan komen serta gambar mereka. Foursquare juga boleh dibuka melalui internet dirumah, dengan foursquare.com. Ini bermakna, ia bleh menjadi tracking system. Katalah encik Pujaan kena outstation meninggalkan isteri dan anak, dan Pujaan meng-check-in segala macam simpang, bangunan, pejabat, tandas, roundabout yang ada, dan isterinya boleh, dengan login Pujaan, dengan komputer, melihat lokasi2 yang dijejak oleh suaminya yang sangat di-saspek itu. Hoho.

Ops, lunch time. Moralnya, aku rasa smartphone dengan fungsi-fungsi disebut di atas, dah macam keperluan. So, enjoy your day.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews