Assalamualaikum dan tidak terlambat jika saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog kami..
Kenapa saya suka rumah saya? Hahaha.. Soalan yang sering aku tanyakan kepada kawan2. Yake? Hahaha.. Cerita pasal raya tahun ni.. Hurm.. Mana nak mulakan?
Puasa..
Alhamdulillah aku berjaya mengekalkan momentum untuk puasa penuh tahun ni. Hehehe.. Walau ada gak rasa macam nak berbuka. Tapi aku berjaya tahan.
Raya..
Baju raya.
Tahun ni aku tak tempah baju raya. Malas plak nak tempah. Ingat nak pakai je baju nikah aku tu. Save gak budget. Lak tu my bonda nak kami pakai sedondon plak. Purple jadi pilihan.. So, aku ngan mak n isteri duk carilah baju raya. Tak sangka plak ada size. tapi aku kurang selesa lah pakai baju siap. Ketat kat bahagian peha n punggung. Hahaha.. So, boleh plak si penjual baju tu offer diri untuk menjahit baju aku. 3 hari sebelum raya aku leh ambil..
Hari yang dinanti telah tiba. Hasilnya? hahaha.. Kelakar gila. Seluar sebelah ada kocek, sebelah takde. Lengan bukan main panjang. Overall, puas hati gak la. Ada gak baju raya.
Membaca post An buat aku teringat kembali tujuan aku. Aku pun nak jadi self-employed tapi terbantut seket sebab aku di'transfer' ke Nilai ni. Budget lari sket. Hehehe.. To An, all the best!! Kalau nak mintak pertolongan, lau terdaya, aku akan tolong.
27 August 2012
Rumusan Raya 2012 Pujaan
Alhamdulillaah, Eid Fitri tahun ini berjaya diharungi dengan selamat dan penuh riang gembira. Bagi Pujaan ini ialah tahun ke 2 beraya sebagai laki orang dan kali pertama sebagai bapak orang.
Kehadiran si tecik mengingatkan nostalgia lama jadi budak2 beraya. Bila salam je dapat sampul, salam lagi dapat sampul. Ish patut laa sampai 5 kampung habis Pujaan round kalau beraya dulu. Si tecik punya collection kalau kumpul rasanye lepas Samsung Galaxy SIII ni hehehehe.
Aktiviti beraya di rumah saudara juga rasa lebih bermakna pada tahun ini. Topik yang dibincangkan sangat relevan tak seperti masa bujang. Silaturrahim semakin rapat dan mesra gitu.
Ada isteri seorang akauntan ni pun amat membantu dalam bajet raya. Tahun ni tak rasa duit asyik tak cukup walau pun dah beriban keluar. Malahan baru kuar ringgit ringgit tapi dah cukup dah. Terer sungguh orang rumah Pujaan ni.
Dalam usia menjejak 30 tahun ni bermakna tamatlah dekad ke 2 dalam hidup Pujaan. Dekad yang lalu penuh dengan proses pembelajaran, adventure dan memulakan tapak sebagai seorang lelaki. Utk dekad seterusnya pastinya ingin mengecapi kejayaan yang lebih besar. Pujaan sedang mempertimbangkan dengan seriusnya utk menjadi self employed. Sudah berbincang dengan isteri dan dapat sokongan.
Seterusnya utk realisasikan rancangan 2 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Harapnya termakbul aminn.
Aniq Zafran juga mungkin dapat lagi beberapa orang adik beradik supaya hasrat ayah utk pakai kereta 10 seater lebih relevan.
Kepada rakan2 lain Pujaan dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, Minta Halal makan dan minum. Maklumlah orang menulis ni kadang2 syok sendiri hingga tersinggung perasaaan orang lain.
Utk team penulis Pujangga, Pujaan berterima kasih atas usaha korang terus menghidupkan blog ni. Insya Allah akan ada token utk kalian nanti.
Wassalam.

2003, i.e. 9 tahun yang lalu?
Salam & good day, L said.
Pada tahun 2003 masihi, May? Jun? July? adalah waktu kebanyakan budak-budak UiTM Segamat batch Jun 2000 menamatkan pengajian 6 semester... bagi yang grad on-time lah.
Masih kuingat, pada hari-hari akhir itu, aku & An pergi ke kolej perempuan, melihat farewell pelajar wanita. lalu terlihatlah drama "ahahaha...ko nganges dulu...", lebih kurang gitu. aku tak ingat detail.
25 Ogos 2012, Sabtu, i.e. raya ke 7, aku terjumpa sesuatu...nota tanpa tarikh, tapi merujuk pada hari-hari terakhir ketika berada di Sempana Riau, UiTM Segamat, Johor. (lihat gambar)
Mengembalikan kenangan lalu eh? (sebahagian details disembunyikan)
- Padli Ahmad a.k.a. Budin; rasanya alamat itu sudah tidak valid.
- An the mangaholic; "suatu hari nanti kita akan berjumpa sebagai orang senang" kau kata? An antara orang paling kaya antara kita yang aku kenali. Well done! aku, belum kaya mcm ko. dan aku rasa xperlu. cuma kena improve keberkatan rejeki je. huhu
- Hairil Azlan; mwahaahaha... dia ni, sejak tahun 2006 yang lalu, sebelum tahun baru cina itu, ketika dia membuat keputusan untuk tidak menghadiri 1 interview kompeni apetah, dan memilih untuk join aku g interview ke Golden Hope Bhd di Menara PNB, hingga kini. malas mau cerita la.
- Maun; ape cerita. lost contact. ahaha.
- Mat Ban; last jumpa aku rasa ketika menghadiri majlis perkahwinan beliau di Melaka. Pastu...
Yang tak lost contact, kita tak tertanya la kan. Aku kadang tertanya, apa dah terjadi. Apa berlaku, especially tuan besar, Encik Reza Hafiz Meah a.k.a. Kobes, serta tuan Erwan a.k.a. Kota. Kobes la sikit cerita, at least. hehehe...
(double post terus harinih!)
End of transmission.

Sedekah sebagai simpanan
Salam & good day,
sebuah kisah, loooong loooong time ago:
sebuah kisah, loooong loooong time ago:
Sang Isteri: sob sob...tinggal sikit ni je simpanan untuk diri kita. Yang lain dan disedekahkan.
Sang Suami: sila lihat pada pandangan yang berbeza. Sebenanrnya yang banyak disedekahkan itulah simpanan kita- iaitu untuk akhirat. yang tinggal sedikit inilah untuk kita belanjakan didunia nan fana ini.
Dengan melihat dari arah yang berbeza, ternyata lebih jelas, yang mana untuk simpanan. Yang membezakan adalah, sejauhmana keimanan, yakni kepercayaan kita terhadap hari akhirat, hari pertimbangan amalan termasuk sedekah yang telah kita belanjakan.
Suka aku mendengar kata-kata seorang ustaz Indonesia di ASTRO yang mengatakan "orang yang tidak mengeluarkan zakat, seumpama memakan pisang bersama dengan kulit kulitnya (kulit pisang)". Lantas tersentak akan 1 lagi pernyataan yang mengatakan dalam harta setiap orang kaya, ada bahagian orang miskin. Maka, keluarkanlah zakat.
Kejap zakat, kejap sedekah. Zakat itu wajib pada perkara tertentu seperti zakat fitrah (sebelum raya, rate segantang beras, untuk setiap nyawa), zakat harta (emas, perak simpanan, 2.5%), zakat tanaman, dan lain-lain (rujuk sumber lain yer). Manakala Sedekah pula adalah sunat, iaitu tambahan dari zakat yg wajib itu.
Lihat diri kita, berapa banyak sudah kita bersedekah? Mungkinkah jumlah banyaknya sedekah kita itu turut menggambarkan berapa kuatnya iman kita mempercayai akan ada hari penilaian akan amalan sedekah kita? WAllahu 'alam.
15 August 2012
Ummiy
Salam & good day,
Q1. Al-quran diturunkan secara berperingkat-peringkat mengikut peristiwa yang berlaku. Bagaimanakah surah-surah dalam quran disusun dan ayat-ayat al-quran itu dikumpulkankan di dalam sesuatu surah sehingga seperti sekarang? Siapakah yang menyusunnya? Apakah faktor-faktor yang diambil kira?
Kita jawab soalan satu dulu. Insya Allah.
1) Rasulullah saw seorang yg ummi, tidak tahu membaca maupun menulis spt mana yg dfirman Allah yang bermaksud,
Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (al-Qur'an) sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang memgingkari(mu). (QS. 29:48)
Nabi saw menerima al-Quran dgn cara menghafal. Jibril bukan hanya menyampaikan wahyu tetapi jg memastikan al-Quran terpelihara di dada Nabi saw.
oleh krn Baginda saw tidak mampu menulis, baginda memilih beberapa sahabatnya utk menuliskan wahyu Allah swt yg di antara sahabatnya ialah Khulafa' ar-Rasyidin, Amir bin Furairah, Ubai bin Kaab al-Anshari, Muawiyah bin Abi Sufyan, Zaid bin Tsabit dan ramai lagi. Mereka menulis di atas pelepah tamar, tulang belulang dan lain2. Baginda saw mengarahkan sahabat2 ini menulis dihadapannya dan menegah mereka dari menulis selain dari ayat2 al-Quran. Rasulullah saw bersabda,
"Barangsiapa yg menulis drpdku sesuatu yg bukan al-Quran maka hendaklah ia memadamkannya."
Pada ketika ini, sahabat2 hanya menurut perintah baginda utk meletakkan wahyu di tempat(surah) yang betul. Setiap tahun Jibril akan turun utk mentaddarus Nabi saw di dalam bulan Ramadhan sekadar mana ayat2 yg turun seblm Ramadhan itu.
setelah selesai penulisan al-Quran, Rasulullah saw akan memerintahkan supaya meletakkannya di rumah Baginda. Ada juga di antara sahabat yg menulis utk kegunaan sendiri sbg rujukan.
Pengumpulan al-Quran dalam satu mushaf berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar. Cadangan ini diutarakan oleh Umar al-Khattab yg menyedari bhw ramai penghafaz al-quran dikalangan sahabat telah syahid di medan peperangan al-Yamamamh. Saidina Abu Bakr yg pada mulanya tidak bersetuju akhirnya bersetuju setelah dijelaskan masalah sebvenar oleh Umar ra. Abu Bakr ra melantik Zaid bin Tsabit ra utk mengumpulkan al-quran ini. Zaid bin Tsabit akhirnya berjaya mengumpulkan al-quran dan hasilnya disimpan di sisi Abu Bakr ra. Pengumpulan pertama ini kekal hingga zaman Umar ra sebagai khalifah.
Ketika pemerintahan saidina Uthman ra, telah berlaku satu peristiwa di mana Huzaifah bin al-Yaman menyertai satu peperangan, beliau berasa terkejut krn distu berlaku perbezaan cara bacaan al-Quran di beberapa tempat yg dilaluinya di Syam dan Iraq. Huzaifah lalu bertemu Uthman ra dan menceritakannya perihal tersebut. Uthman ra kemudiannya mengutuskan org utk bertemu Hafsah(anak Umar ra) utk mnengambil al-quran hasil pengumpulan pada zaman Abu Bakr ra. Uthman ra mengarahkan Zid Bin Tsabit,, Abdullah bin Zubair, Said bin al-As dan Abdul rahman bin al-Harits agar menulisnya dalam beberapa naskah. Para penulis telah menyalin kembali ke dalam 4 mushaf yg setiap satu diletakkan di Iraq, Syam, Mesir dan Madinah.
BEnarlah firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 9 yg bermaksud:
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya."
Sheikh Mutawalli asy-Sya'rawi berkata, "Surah2 dalam rangkaian al-Quran diturunkan menurut teraturan sejarah dgn mengikuti peristiwa2 yg terjadi. Sementara susunannya di dalam al-Quran disesuaikan dalam bentuk yg lain, yakni sesuai manhaj yg telah ditentukan, sebagai mediasi percakapan di antara manusia." Dalam fatwanya yg kedua pula Sheikh Mutawalli mengatkaan susunandidalam mushaf itu adalah sepertimana yg terdapat di Lauhul Mahfuzh.()
Rujukan:
Perundangan Islam, Sejarah Perkembangan, Sumber dan Mazhabnya
oleh Fadilah Sarnap
Terjemahan Al-Jami' al-Fatawa
oleh Sheikh Mutawalli asy-Sya'rawi
Sesungguhnya semua muslim (orang islam) diberi tugas untuk berdakwah, menyebarkan ajaran islam, supaya umat manusia mengamalkan islamic way of life. Sempena Romadhon yang mulia ini, elok kita revise sikit keimanan kita.
Berikut adalah petikan teks dari website http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=142&t=18229&hilit=nasakh
Mari menambah ilmu dan kefahaman.
SJ - 2960: [G+Z] Penyusunan ayat-ayat al-Quran
by mukminin » Sep 21st, '03, 21:26
Q1. Al-quran diturunkan secara berperingkat-peringkat mengikut peristiwa yang berlaku. Bagaimanakah surah-surah dalam quran disusun dan ayat-ayat al-quran itu dikumpulkankan di dalam sesuatu surah sehingga seperti sekarang? Siapakah yang menyusunnya? Apakah faktor-faktor yang diambil kira?
Re: Penyusunan ayat-ayat al-Quran
by g@y@t » Sep 23rd, '03, 02:14
Kita jawab soalan satu dulu. Insya Allah.
1) Rasulullah saw seorang yg ummi, tidak tahu membaca maupun menulis spt mana yg dfirman Allah yang bermaksud,
Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (al-Qur'an) sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang memgingkari(mu). (QS. 29:48)
Nabi saw menerima al-Quran dgn cara menghafal. Jibril bukan hanya menyampaikan wahyu tetapi jg memastikan al-Quran terpelihara di dada Nabi saw.
oleh krn Baginda saw tidak mampu menulis, baginda memilih beberapa sahabatnya utk menuliskan wahyu Allah swt yg di antara sahabatnya ialah Khulafa' ar-Rasyidin, Amir bin Furairah, Ubai bin Kaab al-Anshari, Muawiyah bin Abi Sufyan, Zaid bin Tsabit dan ramai lagi. Mereka menulis di atas pelepah tamar, tulang belulang dan lain2. Baginda saw mengarahkan sahabat2 ini menulis dihadapannya dan menegah mereka dari menulis selain dari ayat2 al-Quran. Rasulullah saw bersabda,
"Barangsiapa yg menulis drpdku sesuatu yg bukan al-Quran maka hendaklah ia memadamkannya."
Pada ketika ini, sahabat2 hanya menurut perintah baginda utk meletakkan wahyu di tempat(surah) yang betul. Setiap tahun Jibril akan turun utk mentaddarus Nabi saw di dalam bulan Ramadhan sekadar mana ayat2 yg turun seblm Ramadhan itu.
setelah selesai penulisan al-Quran, Rasulullah saw akan memerintahkan supaya meletakkannya di rumah Baginda. Ada juga di antara sahabat yg menulis utk kegunaan sendiri sbg rujukan.
Pengumpulan al-Quran dalam satu mushaf berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar. Cadangan ini diutarakan oleh Umar al-Khattab yg menyedari bhw ramai penghafaz al-quran dikalangan sahabat telah syahid di medan peperangan al-Yamamamh. Saidina Abu Bakr yg pada mulanya tidak bersetuju akhirnya bersetuju setelah dijelaskan masalah sebvenar oleh Umar ra. Abu Bakr ra melantik Zaid bin Tsabit ra utk mengumpulkan al-quran ini. Zaid bin Tsabit akhirnya berjaya mengumpulkan al-quran dan hasilnya disimpan di sisi Abu Bakr ra. Pengumpulan pertama ini kekal hingga zaman Umar ra sebagai khalifah.
Ketika pemerintahan saidina Uthman ra, telah berlaku satu peristiwa di mana Huzaifah bin al-Yaman menyertai satu peperangan, beliau berasa terkejut krn distu berlaku perbezaan cara bacaan al-Quran di beberapa tempat yg dilaluinya di Syam dan Iraq. Huzaifah lalu bertemu Uthman ra dan menceritakannya perihal tersebut. Uthman ra kemudiannya mengutuskan org utk bertemu Hafsah(anak Umar ra) utk mnengambil al-quran hasil pengumpulan pada zaman Abu Bakr ra. Uthman ra mengarahkan Zid Bin Tsabit,, Abdullah bin Zubair, Said bin al-As dan Abdul rahman bin al-Harits agar menulisnya dalam beberapa naskah. Para penulis telah menyalin kembali ke dalam 4 mushaf yg setiap satu diletakkan di Iraq, Syam, Mesir dan Madinah.
BEnarlah firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 9 yg bermaksud:
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya."
Sheikh Mutawalli asy-Sya'rawi berkata, "Surah2 dalam rangkaian al-Quran diturunkan menurut teraturan sejarah dgn mengikuti peristiwa2 yg terjadi. Sementara susunannya di dalam al-Quran disesuaikan dalam bentuk yg lain, yakni sesuai manhaj yg telah ditentukan, sebagai mediasi percakapan di antara manusia." Dalam fatwanya yg kedua pula Sheikh Mutawalli mengatkaan susunandidalam mushaf itu adalah sepertimana yg terdapat di Lauhul Mahfuzh.()
Rujukan:
Perundangan Islam, Sejarah Perkembangan, Sumber dan Mazhabnya
oleh Fadilah Sarnap
Terjemahan Al-Jami' al-Fatawa
oleh Sheikh Mutawalli asy-Sya'rawi
12 August 2012
Pujaan punya cerita
Assalaamualaikum dan salam sejahtera,
Sibuk, kesibukan dan menyibuk. Antara perkataan yang jadi alasan Pujaan utk melepaskan diri dari menulis di Teratak Pujangga ini. Agaknya bermula dari kelahiran Boboiboy pertama pada bulan Febuari hinggalah hari ni baru teringat nak menulis kat Pujangga.
Baby lahir pada 13 Febuari 2012 jam 5.15am. Beratnya pada masa tu 3.1kg kira normal lah. Hari esok genaplah umurnya 6 bulan dan sudah berat 9.1kg. Besarlah anakku seperti bapanye juga. Boleh kita gi Australia shopping baju raya.
Jadi bapa ni lebih seronok dari yang dijangka. Benda yang orang nampak pelik Pujaan lakukan masa bujang dulu kini dah normal. Baby juga membantu Pujaan utk menguruskan badan. Sambil pikul beban 9kg Pujaan buat brisk walk dalam rumah sebanyak 10 000 langkah atau hinggalah baby dah tertidur. Tambah dengan puasa lagi Pujaan dah berjaya turunkan sebanyak 4kg sejak bulan Febuari.
Saat paling manis dalam dapat baby ni bagi Pujaan ada 2. Pertama masa baby dilahirkan. Tak tergambar perasaan bila nampak baby pertama kali di labor room. Yang kedua ialah ketika buat surat beranak/ mykid. Tengok nama tu "Aniq Zafran bin Azahan Arif". Bangga sehh ada orang ber bin kan nama sendiri. Hmmmm hmmmm hmmm.
Benda lain yang menyibukkan Pujaan ialah penglibatan dalam NGO. Telah dilantik sebagai Setiausaha persatuan orang safety negeri Johor dan bertanggungjawab memastikan persatuan ada ahli dan terkenal di pelosok negeri. Maka sekarang dah kena datang meeting kat situ, sini, waktu malam, weekend dan sebagainya. Penat tapi fun sebab dapat menyumbang kembali kepada masyarakat. Doakan kami sukses dalam perjuangan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.
Pujaan juga sekarang berjinak- jinak menceburi bidang penulisan ilmiah. Skop Pujaan sekarang ini ialah siasatan kemalangan di tempat kerja. Benda yang orang paling tak suka buat sebab leceh. Satu artikel dah dikeluarkan tapi belum menepati piawaian sebuah jurnal. Moga tahun ni dapat menulis sekurang- kurangnya 1 artikel yang boleh dikategorikan sebagai jurnal.
Baru lepas baca postnya L dan bersimpati dengan beliau. Nasihat Pujaan "simpanlah reminder road tax dalam Samsung Galaxy Y ko tu".
Ok sampai sini saja. Pujaan dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kalau ada segala "ter" "ter" "ter" dan halalkan makan minum. Raya jemput datang rumah.
Assalaamualaikum.

10 August 2012
Diari Mahkamah
Salam Romadhon & good day, L said. kisah bermula....
Hari ini 9 Ogos 2012, Khamis, bakal menentukan nasibku. Berapa wang akan habis untuk bayaran, ataukah aku akan dipenjara? Ughhh....aku terlelap rupanya. Apakah rancangan "Pesan Atuk" di TV9 ini kurang menarik? Ahhh, tertidur dalam majlis ilmu juga diberi pahala, kan? yeke? 6:30 pagi. Aku bergegas bersiap dengan pakaian ofis, kemeja dan seluar slack. Online sebentar, membaca semula Akta Pengangkutan Jalan 1987, seksyen 23 (1) dan seksyen 90. Serta yang masih mengelirukan aku...kenapa tak guna seksyen 15? hm....semua ini tak perlu. Aku tetap bersalah. Aku lantas bermain Mafia Wars di Facebook sebentar.
7:15 pagi, motorku hidupkan dan mulalah perjalananku menuju Mahkamah Majistret, Shah Alam. Sudah 2 kali aku mengkaji jalan ketempat itu, untuk mengelakkan kelewatan dan kesesatan. Lokasinya terletak di Seksyen 5 Shah Alam, berhampiran istana Selangor. Lebih kurang 30 minit, aku tiba. Parking lah motor dimana ada rakan motor lain. Aku melangkah maju ke lobi bangunan utama mahkamah. "Tak tahu, bertanya. Sesat jalan, nanti meraba....", kata XPDC. Dengan sopan dan berhemah aku bertanyakan arah pada security guard yang menanti dipintu lobi itu. Hm, seperti dijangka, mahkamah trafik yang hendak dituju, bukan bangunan ini. Ia adalah bangunan sebelah.
Menurut arah yang ditunjukkan, aku meneruskan perjalanan, dan terlihatlah signboard "Mahkamah Juvana", "Mahkamah Khas Trafik"... banyak jenis mahkamah rupanya, bisik hatiku. Kusangkakan, sebuah bangunan bernama "Mahkamah Majistret" lah tempat tujuan ku. Ternyata dalam kes ini, "Mahkamah Khas Trafik" tempat tujuan. Terbukti, dihadapan pintu kamar mahkamah, kelihatan berbelas orang sedang menanti. "7:50 pagi...masih agak awal, waktu dijanji ialah jam 8", bisik hati. Urghh, aku perlu ke tandas untuk membuang air...survey sekitar mahkamah, gagal ku temui sighboard lelaki dan lelaki ber-cape ala superman. Tahan sajalah.
Aku duduk dibangku. "belum buka lagi?", tegurku pada encik disisiku yang kelihatan seperti sudah agak lama menanti. "hm, pukul 8 kan.". hmmm....terus menanti. Beberapa minit kemudian seorang gadis (rasanya muda dari aku yang 30an nih) menjengah, "masuk, bagi IC dan saman", kata beliau. Berpusu-pusulah kami, para pesalah (tersangka, belum salah) trafik menyerahkan IC dan saman. Terlihat di meja panjang, susunan IC dan saman. Nampaknya inilah yang bakal menentukan giliran kami. Kena cepat. Aku, dalam 20 orang terawal, agak okay rasanya. Lantas aku segera memenuhkan bangku yang ada dalam kamar mahkamah. masih ramai berdiri. Ramai juga diminta tunggu diluar setelah menyerahkan IC dan saman masing-masing.
Pertama kali jejak dalam mahkamah...wah...mcm dalam. TV. ada kandang, ada meja tinggi untuk hakim. Tapi tiada tempat juri. "heh..." tawa sinisku bila terlihat model beberapa buah kereta dan sebuah motor. "mungkin ada kes kemalangan yang agak rumit untuk dijelaskan dengan sekadar kata-kata." Semakin ramai orang, jam belum pun 8:15 pagi. Dalam kamar mahkamah sudah ada dalam 50 orang, pesalah trafik. Juga ada di situ 1 atau 2 orang polis berseragam putih. 1 atau 2 orang awek staff mahkamah, kerja filing. tak lupa juga seorang yang ala2 cun gitu, ..aku saspek beliau adalah orang kedua berkuasa di kamar ini, selepas majistret.
Waktu menunggu. Brother yang bernama Hafiz berhampiranku ini memecah keheningan dengan kisah2 pengalamannya sepanjang berurusan dengan mahkamah. Owh, dah biasa. bagus. Bro dikananku lah yang sibuk bertanya macam-macam. Menurut Hafiz, mesti 9:15 baru mula. "bukan diorang (staff mahkamah & polis sibuk buat filing) punya masalah, hakim yang selalu datang lambat...", kata beliau. Tiba-tiba macam ada riuh sikit, bro kananku bertanya "hakim dh sampai ke?". "belum. kalau hakim datang, ada bunyi loceng, ting tong, pastu kena bangun...", jawab Hafiz.
Waktu yang dinanti, dalam 9:20 pagi, loceng berbunyi, "bangun!!!!", ...majlis bermula. Tanpa intro atau ice breaking, satu suara lelaki memanggil "Hafiz Hamdan!" (nama sekadar cerita). Hafiz lantas pergi ke hadapan, commotion...commotion...beliau kembali. "Hafiz Hamdan...ingat Hafiz Ahmad...heh", kata beliau. Itulah, dia dah target, "mau pukul 10 baru panggil nama saya ni, datang lambat tadi". Takkan jadi org first lak. Kedudukan aku/kami disebalik tiang, menyukarkan pembelajaran proses kehakiman melalui pemerhatian. lantas kami berdiri, menjengah, usha, seraya menjaga tempat duduk kami jangan di hijack.
Kurang 5 minit! Ya, dari pemerhatian, nama pesalah trafik dipanggil, pergi mengadap si cun itu, dia cakap apetah, tak dengar dari jauh, sipesalah angguk2 tanda faham, kemudian kelihatan pesalah memaling wajah (dan diri) ke arah hakim, dan kedengaran hakim berkata "ada apa-apa rayuan, *nama pesalah*?". Dari pemerhatian. Cukup rasanya. Kembali duduk dan memikirkan alasan dan rayuan agar denda dikurang seminima mungkin.
"*encik L*!", namaku dipanggil. Aha...kalau tak silap, aku antara 10 yang terawal. Alhamdulillah. Kini tahulah aku apa yang berlaku sebenarnya. Aku menghadap si gadis cun itu, lalu beliau membacakan pertuduhan dengan nada jelas, sekadar pendengaranku. "Encil L, pada tarikh sekian2, lebih kurang jam bla bla, telah didapati... anda boleh didenda sehingga 1000 ringgit (rm2000 untuk kes insuran) atau penjara 3 hari.. ... mengaku bersalah?" "Ya." untuk kedua-dua pertuduhan iaitu tamat cukai jalan, dan tidak dilindungi insuran. "Mengaku bersalah, puan", kata beliau pada hakim.
"Ada apa-apa rayuan... encik L?". "Ya Puan". Puan? Puan? spontan aku menjawab. ces. Dengan lancar dan laju aku berkata "saya ada tolakan gaji PTPTN, yang meningkat setiap bulan..." What the...hoi, mana ada naik SETIAP bulan, ada waktunya. Ah, ikhlas, aku salah cakap. "dan anak tak berapa sihat. baru ni injection dah kena rm140 (heh, vaksinasi 1 setengah tahun sebenarnye...tapi memang demam 2 3 hari ni)". Aku diam. Awkward silence agak lama. Puan hakim, sibuk menulis sesuatu tanpa langsung memandang ku... "sudah...nak kena tambah alasan lagi ke?...awkward...". "denda 150 atau penjara x hari untuk tiap-tiap kesalahan...", tiba-tiba suara Puan hakim memecah kesunyian. "Terima kasih yang arif", jerit si polis sebelah aku nih!
Aku berpusing, ditunjukkan kemeja berhampiran, dalam 5 langkah dari tempat tadi. "300...300.. " kata polis tadi, pada kawannya, yang menjadi cashier. Lalu aku membayar RM300 pada beliau, dan diminta tunggu diluar, menantikan pemberian resit rasmi pula. Ya, kurang 5 minit juga. Diluar...wah, ramainya. Ada lagi dalam 20 orang menanti untuk penghakimam. Jam baru dalam 9:40 pagi kalau tak silap.Diluar aku berborak bertiga, 1 bro sales maybank Bkt Jelutong, dan bro yang wifenya memandu keretanya yang dah tamat road tax serta insurannya.
Dalam 10:10 pagi seorang polis keluar dari kamar mahkamah, "sesiapa yang dah bayar tadi, mari ikut saya.". Dalam 11 orang mengikut beliau, termasuk aku dan bro maybank tadi. Kami menuju bangunan utama, ketingkat atas, atas, dan tiba dikaunter. Dokumen abang polis bawa tadi diserah pada kaunter untuk urusan seterusnya. Ya, waktu menunggu...lagi. 10:30 pagi namaku dipanggil, dan aku mengambil resitku, dan meninggalkan Kompleks Mahkamah Shah Alam ini, dan pulang kerumahku. "Baru 10:30, baik aku ambil time off, dh ambil half day...". Hm...
Itulah, sedikit sebanyak kisahku, seorang pesalah trafik. Kesimpulannya... korang buatlah kesimpulan sendiri. Selamat berpuasa, serta maafkan diriku zahir dan batin. Salam syawal yang akan datang. Memaafkan tak perlu menanti raya. hehe

Subscribe to:
Posts (Atom)