Salam sejahtera, selamat malam kalau korang lawat blog ni pada waktu malam.
Bilangan pekerja di department Pujaan masih lagi ditakuk lama. Engineer yang ditunggu nmpknya telah menolak lamaran company Pujaan. So worst case scenario dah berlaku maka bermaksud Pujaan perlu berjuang mempertahankan department ni bersama dgn nurse dan seorang intern.
Bila kerja dah tak cukup orang ni Pujaan mula belajar maksud "tangan dengan kaki cuma dua aje." Sebelum ni dengan bos yang over achiever cuba untuk melakukan segalanya dalam satu masa dan lakukan segala yang perlu untuk pastikan target dicapai. Kali ni terpaksa tukar fesyen dengan cuba mencapai apa yang tercapai sahaja.
Kalau dulu selagi bulan tak dilitup awan mmg Pujaan duk ajer di kilang wat kerja. Sekarang ni bila dah cukup masa je terus planning caner nak balik. Biar pun kerja dah tahap over loaded, over due tahap Alam Perwira tapi time balik kita mesti balik.
Pujaan pernah cuba mengamalkan sambung kerja di rumah, buka emel, akses intranet dan upload report.. Tapi kesannya hati tak tenang, tidur tak kenyang, tekanan darah meningkat dan pening kepala mendatang. Nikeirina tak merungut tapi duk risau je.. Emm sekarang tidak lagi.
Sekarang Pujaan kena balik ke basic. Tunai solat 5 waktu on time, doa minta kesejahteraan dan keberkatan. Melawat ibu bapa dan juga mertua. Jaga makan dan kesihatan, bersenam jika berkesempatan. Then bermesra dengan isteri, bawak jln2 gi happy- happy. Kena balance beb. Kalau idak memang kacau bilau kehidupan ni.
So lesson learnt kerja sibuk macamana pun kat tempat kerja tu, ingatlah kita cuma cari makan utk keluarga. Bahagikan masa secukupnya utk keluarga dan kerja. Over achieve bila mampu dan bersyukur sentiasa.
Best Regards,
Pujaan
3 comments:
You're right! Family first.
so, caner ko solve situasi kerja melambak tu? off hp? cabut wayar tepon? ahahaha...
try 1 lagi, g masjid. aku pon dok pikir, caner la kalau aku dpt sambung blaja nnt, sabtu ahad kelas, ada ms mlm je. sian Airyn aku...
p/s: aku & Batu applying for ICAEW. fully sponsored by Co. kalau tak kantoi.
kalau bos tanya "keje ni ari Khamis leh siap?"
aku akan angkat kening dan kata "ok"
ada dlm planning nk aktif g masjid tp lum smpi level tu lg huhuhu
Post a Comment