10 March 2011

Life Changes

Terbaca post dari Pujaan memang best. Tapi biasalah.. Itu gunanya kita berkahwin. Untuk mem'balance'kan hidup kamu. Lagipun, hidup mesti diteruskan walaupun kita gagal dalam kerjaya kite. Lately, branch BIMB Nilai baru di'audit'. Well, dalam masa2 ini kita baru tahu adakah selama ni kita buat kerja mengikut landasan yang betul ataupun kita hanya hentam keromo je. Tapi walau apa2 pun, semua berjalan lancar. Aku rasalah. At least bahagian aku, OK je kerjanya.

Well, in family, aku mengaku aku ni workaholic sangat. Mana taknya, sampai wife aku duk merengus ja aku asyik balik lewat malam. Aku cakap lah ini hanya sementara. Tapi akhirnya dia paham dan aku dah mula balik awal ke rumah. Seperti aku cakapkan, kerja di bahagian operation ni boring. Takde cabaran sangat. Just kena berhati2 dalam interaksi duit tu, kita akan OK. Insya-Allah. That's it. Tapi aku bersyukur gak. Macam masa mula2 aku kena transfer dulu orang cakap aku ni macam turun pangkat. Buat kerja yang tak setanding kebolehan aku. Aku hanya cakap selama aku di Operation ni, aku bercuti. Diorang semua terkejut kerana aku langsung takde reaksi tentang bos aku yang lama. Aku hanya cakap, kita semua dah jadi batu loncatan dia je. Tu sebab bila HR call aku untuk pindahkan aku, Aku bersetuju kerana aku dah tak boleh bekerjasama dengan dia.

Tapi mengaku aku mula2 takut gak. Bohong aku cakap tak takut kerana member2 aku duk shortage je duit bila buat balancing. Tapi aku alhamdulillah.. Lambat2 pun aku masih di landasan yang tepat pda masanya.

Everyday is A Great Day!
Itu je ayat yang aku gunakan di setiap pagi selain doa2 yang member aku suruh baca untuk bekerja di operation ni. well, mungkin ada pembaca yang boleh gunakannya. Mana tahu leh buat hari anda semua ceria untuk bekerja. Insya-Allah.


No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews