12 May 2010

Roti Hangus

Roti Hangus

Mak selalu buatkan sarapan pagi dan makan malam setiap hari. Dan aku masih ingat satu malam mak telah buat makanan selepas penat seharian bekerja. Malam tu, mak letak sepinggan telur, sosej dan roti hangus di depan ayah. Aku hanya menunggu sahaja bila ada orang dapat tahu roti itu hangus.

Tapi apa ayang buat ialah mengambil roti tersebut dan senyum kepada ibu dan bertanya kepadaku bagaimana di sekolah. Aku tak ingat plak apa yang aku cakap kat ayah malam tu tapi aku masih ingat yang ayah menyapu mentega dan jelly di atas roti itu dan memakannya.

apabila aku bangun dari meja, aku masih ingat mak memohon maaf kepada ayah kerana roti hangus itu. Dan aku takkan lupa ayang berkata dengan mak, “Sayang, saya suka roti yang hangus tu.”

Malam tu masa aku nak masuk tidur, aku bertanya kepada ayah, adakah betul dia suka roti hangus itu. Ayah memeluk aku dan berkata,”Mak kamu penat bekerja sepanjang hari dan dia betul2 penat. Lagipun, roti yang hangus takkan mencederakan sesiapa pun..!”

Tahukah anda, kehidupan ini penuh dengan kekurang benda…dan kekurangan manusia. Aku bukan sesempurna mana, dan aku jga terlupa harijadi dan ulangtahunku seperti orang lain.

Apa yang aku pelajari selama ini ialah belajar untuk menerima kesalahan/kekurangan orang dan memilih untuk menerima perbezaan satu sama lain adalah satu kunci untuk membina satu hubungan yang sihat, membina dan bertahan.

Kerana akhirnya, kamulah tuan kepada diri kamu sendiri, kamu lah yang menentukan diri kamu, untuk gembira atau sedih, untuk menjadi positif atau negatif.

Kita boleh kaitkan ini semua dalam sesuatu perhubungan. Malah, memahami adalah dasar kepada perhubungan, sama ada hubungan suami-isteri, ibubapa-anak dan persahabatan.

Jangan letakkan kunci kepada kebahagiaan anda di atas tangan orang lain, kamulah yang menentukan.

Jadi, berikan saya roti itu, ya, roti hangus tu pun OK gak. :)

3 comments:

Anonymous said...

its political duh
one need to realize that he is the ruler and the other need to accept that they should be supporting no matter what.

harmonism will be affected if these rules were broken.

Encik Jay Xi said...

negative comment. lalala. hehehe

nice story though.

Anonymous said...

sometimes we didn't realised what we have until they're gone.. think about it.

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews