18 August 2009

Teringat..

Minggu lepas aku pergi amik nenek aku dari PPUM ke Muar. Hampir dua minggu dia di dalam hospital tu. Kekadang aku ada gak pergi sana untuk melawatnya. Memandang nenek aku yang terkena minor stroke dan implikasinya dia seakan-akan lupa segala-galanya. Apabila dia sedar, aku selalu memperkenalkan diri aku pada dia. Kadang-kadang dia macam kenal tapi kadang-kadang dia ‘blur’.

Tapi semalam, sebelum aku bertolak dari Muar untuk ke Seremban. Dia sempat bercakap, “Telinga aku dah tak dengar. Dah pekak kot?” Sempat gak dia buat lawak. Tapi ini membuatkan aku sedikit gembira kerana usaha aku selama ini seakan-akan berjaya. Dia sudah mula mengenali agaknya.

Aku harap dia akan sembuh.


No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews