18 August 2009

Jodoh

Satu benda yang aku pelajari

Jodoh terbahagi kepada tiga:-

Yang pertama, jodoh syaitan.

Kamu mengenali si dia. Kamu berjalan dengan dia sambil berpegangan tangan. Lantas, kamu melakukan maksiat dengannya. Kemudian dia mengandung. Lalu kamu menikahinya kerana dia sudah mengandung.

Yang kedua, jodoh jin.

Kamu mengenali si dia. Kamu suka sangat akan dia. Tetapi dia tidak sukakan kamu. Lalu kamu bomohkan dia supaya dia menyukai kamu. Lantas, kamu pun bernikah dengan dia.

Yang ketiga, jodoh dari Allah.

Kamu memandang mata dia. Dari hati terus ke kalbu. Kamu menyukai dia. Kamu meminang dia dan dia menerima pinangan kamu. Lalu, kamu pun bernikah dengan dia.

Teringat pula aku pada sms dari kawan aku yang berbunyi, “Slm.mungkin cinta sejati tu, bila si dia rs bahgia n kata:knapalah sy xjmp awak sjk dlu.”

Well, itulah jodoh namanya..

Regards,

raksasaC


No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews