Salam& good day. Filem ini amat menarik, pada pandanganku. Seorang pakar motivasi (Hj. Zakaria kalau tak silap) pernah memuji filem cinta ini dalam MHI, sebagai pemenang novel terbaik 2005. Menyebabkan aku juga berminat menontonnya. Beberapa minit pertama sudah cukup menarik perhatian ku, mungkin kerana tertarik pada cara belajar siswa2 Universiti Al-Azhar itu, yang mengenangkanku waktu sekolah menengah; menghafal pelajaran, defensive dengan Quran dan hadis. hahaha. "wei, aku takde niat pon nak buat macam tu...", "aaah, innamal a'ma lu binniat". Begitulah contohnya.
Kisah mengenai Fahri, siswa di universiti tertua dunia, Universiti al-Azhar, Mesir. Berasal dari Indonesia, berjiran dengan Maria yg IT savvy, cantik, bertatu salib dilengannya. Sifat Fahri yang baik budi dan alim, tak pernah membaca surat2 cinta yg diterimanya, menyebabkan dia menjadi jejaka idaman- Maria, Nurul, Noura, dan Aisha.
Ada perempuan yg tak suka filem ni, kerana ia mengenai poligami. Well, tengok dulu, baru menilai. Fahri bukan suka2 berpoligami. Wife dia yang minta, demi Fahri tercinta. Fahri juga menerangkan pada wartawan asing, mengenai Islam yg menaikkan taraf kaum wanita, dan menafikan Islam menggalakkan kekejaman suami kepada isteri mereka. Layan lah, cara sebenar Islam mengenai jodoh, dengan taa'ruf (berkenalan) instead of dating. Tp pasal kahwin dengan bukan islam tu, no komen la. kurang ilmu aku ni.
kesimpulan, good movie. Even ada rasa klakar dengar ibu Maria bercakap arab, dengan nada jawanya itu. hehehe. 10 Oct 2008, 9 mlm, tv3.
Still, curious, but i guess it just slang whereby, bila ditanya 'siapa?', sebutan arab mereka ialah 'min?'. Bahasa pasar? mungkin. Tapi, kan lebih baik menurut bahasa Quran, i.e. Man=siapa. Min=mana.
P/s: teringat encik Padli; tak layan cerita onar, tak pernah balas surat cinta. Hebat beliau ini!
1 comment:
aku dah tgk dan aku agak setuju gak ngan citer nie. just jangan salah paham. aku bukan nak aniaya perempuan tapi apa salahnya melindungi perempuan?
Post a Comment