27 August 2008

Who is My Love? ans: F*****

Petikan gitar Carlos Santana buat aku terkulai layu dan aku hampir terlupa aku di pejabat. Hari ini bermula agak perlahan kerana aku dapat bangun awal dan mata tak plak mengajak aku tidur kembali selepas solat Subuh pagi tadi. So, aku pegi kerja awal dan bersarapan sebelum masuk waktu kerja. Tak lah bos aku duk membebel suh balik awal bila aku kata nak gi sarapan sekejap. Lak tu dia pun duk sarapan sekali ngan aku. Hehehe.. makan free plak tu. Big boss department bawah belanja! Dengan berbekalkan RM1.20 saje aku makan agak mengenyangkan. Itu pun pak guard opis ni duk pesan. Takkan aku nak cakap kat bisg boss tu suh belanja sekali. Hehehe.. mau2 dia cancel nak belanja aku kang!

Dah lama sangat aku tak tulis kat blog nie. Si pujangga tak plak nak sound aku seperti selalunya. Mungkin dia paham aku agak busy dan internet aku baru je kena potong. But I’m back. Thanks yowa bagi aku program nie yang leh aku surfing balik. Sebagai membalas budinya, dia ada berpesan untuk aku tulis di blog. Yerlah.. asyik satu post sebulan. Tak best kan? So, aku nak citer apa eak? Aku takder idea sangat lah. So, aku bukak album and lagu yang senang didengar sambil menulis nie. Mana tahu ada idea, kan? Tapi still kosong. Sedar2 aku dah dua perenggan menulis nie. Hebat tak? Mana tak aku boleh tulis satu novel dulu. Best woo.. Adakah ini bakat? Hehehe.. merepek plak aku nie.


Oklah! Dalam aku belek2 album nie, aku tertarik pada satu gambar ni selain gambar kish. Hehehe. Rahsia! Takleh dan tak nak bagitahu. Gambar kali pertama team aku gi Ampang Sportsplanet. Lau orang tak paham, memang biasa je gambar tu. Tapi di sebalik gambar tu ada semangat yang aku sendiri takder sekarang nie. Semangat berjuang dalam bermain futsal amatlah tinggi ketika itu. Walaupun balik ngan tangan kosong, namun itulah detik di mana kitorang sanggup meredah apa saja demi melihat dunia luar. Mana taknya kami dari pasukan belasahan berjaya menewaskan pasukan yang biasa tewaskan kami. Ketika itu kami rasa kamilah juara dan kami layak untuk pergi lebih jauh lagi.

So, pertandingan sempena Merdeka dianjurkan oleh Arena Bola Sepak menjadi medan pertama kami. Tak sangka kitorang sanggup tinggalkan kampung dan menuju ke sana. Lebih2 lagi apabila Richie Rachmond datang dan mengambil gambar kami sepasukan. Bestnye kerana kami dijanjikan akan disiarkan di dalam majalah Arena Bola Sepak keluaran September 2006. hahaha..

Namun impian aku bukan setakat tu. Impian aku ialah untuk menjadi Kapten dalam pasukan dan menjulang piala juara. Namun, masalah kian timbul dan mengusik hampir semua perasaan pemain dan mengambil keputusan untuk keluar dari team. Sampai satu ketika kami tidak lagi bermain sebagai sebuah pasukan di mana walaupun kami bermain di tempat futsal yang sama, namun kami tidak bermain sama. Bermain untuk pasukan lain.

Dari situ, aku terpaksa akur ngan situasi dan membuat keputusan untuk berhijrah demi mencapai cita2 aku. Pelik kan? Namun itu yang aku buat. Aku berpindah ke Seremban dan aku cuba mencari team di Seremban dan gagal. Lalu aku dihubungi oleh kawan lama aku di Maybank dan mengatakan pakcik dia ada team futsal yang proper. Lau berminat, aku dijemput untuk try-out. Seremban ke Shah Alam mengambil masa sejam untuk sampai. Lau pujangga leh datang ke Muar dari Batu Pahat, takkan aku takleh, kan?

Pendekkan cerita, aku berjaya dapat masuk team dan aku dilayan seperti pemain baru lain. Selalu diketepikan dan hanya menunngu peluang untuk bermain. Peluang aku sampai apabila aku disenaraikan dalam pertandingan di Ampang Sportsplanet. Tetapi aku tak dapat bermain kerana aku jadi reserves sahaja. Team main sampai last 36 dan pemain semua injured. Aku sorang saje yang ada di simpanan. First debut aku ialah sebagai defender! Aku ni goalkeeper. Disebabkan aku, team kalah, kot? Memang sebab aku lah. Selama ni pun aku memang salahkan diri aku. Berlatih sebagai goalkeeper, tapi main defender. So, lepas2 tu main gak tournament lain dan akhirnya aku berjaya gak jadi goalkeeper utama pasukan tu.

Banyak keringat aku dalam mendapat tempat dalam pemain utama tu. Ada satu seisi latihan tu telah mengakibatkan tapak tangan aku lebam! Kerana berlatih menangkap rembatan2 dari pemain lain. Mungkin itu induction kot? Masa tu aku pemain baru. Tapi setelah aku diterima masuk, aku OK jerk. Namun bermain dalam pasukan tu aku masih belum capai impian aku. To be the champ. Pencapaian tertinggi aku dalam pasukan ialah berjaya ke peringkat Separuh Akhir. Pengalaman paling manis ialah berjaya menyelamatkan gol dalam penalty shoot-out. Tak bolos beb!

Kemudian aku sakit. Ramai yang tak tahu aku telah menghidap penyakit radang paru-paru peringkat awal. Nak tahu symptom nya? Bila kena air-cond akan rasa terlalu seram sejuk dan terpaksa pakai sweater! Tak tahan duk bawah air-cond lama. Mesti kena kuar jap untuk settlekan badan balik dan yang paling tak best ialah susah bernafas bila ada air-cond. So, aku ambil keputusan untuk tidak turun berlatih dan berdiam diri tentang penyakit nie. Aku ingat nak cuti jap. Namun, aku terus disingkirkan dari pasukan.

Bila aku dah pulih, aku cuba kembali pada team, namun gagal. Fitness aku dah berada di peringkat paling bawah. So, aku hampir menggantung kasut futsal aku and call it a day. Dengan perletakan jawatan oleh orang kuat team di Muar, membuatkan aku hilang semangat.

Namun, aku dikejutkan apabila aku dipanggil oleh sepupu aku untuk melatih sebuah pasukan bawah 14 tahun. Dari situlah aku kembali minat untuk menubuhkan pasukan futsal balik. Dengan sokongan pujangga selaku sponsor kami, team futsal kami kembali dengan muka lama dan baru! Dah tiga tournament kami sertai. Aku teringat kata2 bekas Kapten aku di Shah Alam.
“Jangan putus asa! Jangan sesekali kerana bila putus asa, kita dah kalah!”
Itulah kata2 yang aku pegang dalam pertandingan terbaru tempoh hari bila pemain utama ramai tak dapat main. Hampir menang. Jaringan terbanyak sepanjang pasukan ditubuhkan. Ali merupakan pemain paling muda menjaringkan gol pada umur 13 tahun 10 bulan dan 17 hari. Not bad, what?

Dahlah! Kira oklah kan posting aku kali ini. Keluar dari tabiat asal iaitu aku asyik menulis tentang cinta. Tapi ni pun cinta gak. Cinta aku kepada futsal.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews