29 August 2008

Tungguku Di Jakartamu

Salam, selamat siang pemirsa (penonton). L dari Jakarta menaip.

Aku kini sedang menaip, sambil menanti kamera digital office, siap charging baterinya. Hari ini 28 Agustus 2008, Kamis, waktu sekarang menunjukkan jam 1603, waktu Indonesia. Kalau di Malaysia, tambah aja 1 jam, bermakna Malaysia ketika ini jam 5.03 petang. Ini Jakarta Selatan, alamnya sama aja dengan Semenanjung Malaysia, tidak seperti Kalimantan.

Dari kamar kantor, aku melihat dunia luar dari cermin, terlihat jalan Jenderal Sudirman, sudah begitu macet (jam). Tidak kalah dengan KL, apa lagi di sini begitu ramai penunggang motor, tambah lagi motor tak dibenar menggunakan highway. Mobil2 (kereta) di sini, kelihatan begitu mewah. Teksi yg dipercayai oleh para pelancong, iaitu Blue Bird, minima kalau tak salah, ialah Toyota Vios. tambang juga berpatutan. Dari Semanggi ke Mangga Dua, tambangnya ialah Rp. 40,000 (kurang lebih RM15). Mahal? perjalanan hampir 1 jam, rupanya bukan aku sorang rasa fenin, mungkin kerna jalannya yg luarbiasa sesak.

Apa itu Mangga Dua? Waduh... sesiapa ke Jakarta, God willing akan diperkenalkan dengan tempat ini, syorga shopping. Huh... syorga sangatkah? Banding KL? Yelah... kurang lebih la. Tapi bayangkan, Mangga Dua ini, confirm lebih besar dari One Utama (both sides). Berapa kali lipat ya... tapi memang besar. Jejambat mcm One Utama tu, kan ada kedai, di Mangga Dua, kedai di jejambat tu, ade la 3 lantai (floor/tingkat) kot. Tapi, aku ape pon xbeli. Ingat nk, beli tv series DVD "Pushing Daisies", xde lak. minat gak nk beli "ugly Betty" n "My Name Is Earl", tp... mcm mahal lak. walhal 1 dvd Rp5000 (kurang RM2).

Aku kini di kamar ku, jam sudah 19.36 malam, baru saja lepas makan malam di Chicken Rice Shop, Semanggi.Kisahnya... Hampir jam 5 petang tadi, cuaca sudah kelihatan gelap. Kami mengemas alatan kami, terus berangkat, dari Plaza Sentral ke Apartment. Berjalan kaki sehari-hari, hampir 10 minit juga. Bisa basah kuyup kalau hujan lebat. Aku dan TL ku bergegas meninggalkan kantor di lantai 3 itu. Dalam lift, bertemu pula GM departement sini. Bertuah, kami ditumpangkan pulang. Ketika meninggalkan ruang parkir, terlihat oleh kami, lagi 2 orang rakan yg baru meninggalkan Plaza Sentral, menuju Apartment. Waduuuh, hujan jadi lebat. Mereka berlari-lari anak, dengan membawa beban beg terisi laptop dan lain2.

Jalan yang macet, mobil kami perlahan, 2 rakan itu melintas di hadapan mobil kami. GM baru perasan. "aduuu, kasihan..". Apakan daya, tak muat lagi. Apabila kami turun mobil, aku dan TL berbincang, tak mahu memberitahu dan mengelak membincang kisah pulang hujan ini. Ketika makan malam td, sempat juga aku mengguna ilmu mantiq ku, dengan ayat "masa TL kol korang tadi, kami dh siap packing dah. kami cepat skit turun." Ya, semua itu benar.

Jam, 19.46 waktu Indonesia. Ku buka laci, keluarkan dvd yang ku beli 2 3 hari yg lalu. "Wall.E", "Bigger Stronger Faster", "Red Cliff","Wanted","Asterix At The Olympic Games","Tropic Thunder","Harold & Kumar-Escape From Guantanamo Bay","Forgetting Sarah Marshall","Run Fatboy Run","Kung Fu Panda","You Don't Mess With The Zohan",and "Nacho Libre". 12 DVD title, bermakna aku dah berbelanja Rp 60,000; pada Rp 5,000 sekeping. Kurang lebih RM23 sahaja. Hehehe. Bisakah aku melepasi air port? huhuhu...

L-Dari kamar Aryaduta, Jakarta Selatan, menaip.


MAHA ?

Salam,
Apa ya... Malaysian Agricultural ... sesuatu mengenai pameran pertanian telah diadakan di UPM, Serdang. Aku dengan abangku dan rakan rumanku, pergi ke sana pada 17 Agustus 2008 (Ahad), sehari sebelum terbang ke Jakarta. Dalam jam 10.30 pagi waktu Malaysia, kami berangkat ke... mana? Ngak tau sebenarnya. Tahunya di UPM. Fuh, berpa jauh sesat daaa. Perjalanan dari Kg. Melayu Subang, jadi lebih 1 jam rasanya. Pergh... (ayat KL la), sesak bila dah masuk dalam UPM tu. Park kete dlm 200 meter dari gerbang masuk. Berjalan ke gerbang... pergh!!!! Jauh lagi nk sampai bangunan. Patut la ada traktor-traktor mengangkut penumpang. Fuh, ku sangka pameran pertanian takkan menarik begitu ramai warga... tp inilah.

Kisah panjang dipendekkan, pameran dari biji-biji benih, ikan-ikan, buahan, sayuran, teknologi, sampai ke end produk, iaitu makanan. hahaha. Yang agak menarik perhatian ialah pokok Vanila. Sebagaimana perasa aiskrim yg biasa kita makan itu, rupanya pohon menjalar itu, pengeluar terbesarnya ialah Indonesia. Pohon yg sesuai dengan climate Malaysia (khatulistiwa), cuma perlu teduh dan tumpangan untuk memanjat. Tapi market Malaysia belum berkembang. Peluang? hahaha.

Gambar-gambar di gerbang masuk, sekitar jam 4 petang hari tersebut, menunjukkan masih ramai mahu melihat pameran ini, walhal pameran habis jam 6 petang (kalau tak silap). Ketika kereta kami bergerak meninggalkan UPM, fuh, masih ramai yang beratur dengan kenderaan masing-masing. Entah sempat atau tidak mereka itu.

L-Dari kamar Aryaduta, Jakarta Selatan, menaip.

Statistic Posting


Salam,
POSTING PUJANGGAMALAM

ResakasaC khuatir kalau aku marah, kerna beliau lama tak posting. Fikir-fikir, aku juga lama tak posting. Walau kelihatan kerap ada posting baru, well, apa salahnya? Rujuk carta di bawah, rekod posting sejak tahun 2003, menunjukkan betapa kurangnya posting untuk tahun ini, walhal kini 2009 tidak jauh lagi. At least, kami bisa mencapai 30 posting? Mungkin? Agaknya apakah puncanya? Mungkin juga. ResaksaC dengan akses internet terhad di kantornya, PujaAn juga. Dormant nya ieza, Bunga, BI,... dan encik Hairil Azlan yg retired terus kerna keciwa namanya tak termaktub dalam senarai Penulis Blog ini. Hehehe. Beliau kini cuma penghuni tetap Shoutbox bersama BI dan Norachan. Hehehe.


Makanya, para penulis tetap blog dan para penyumbang posting (e.g. BI, melalui PujaAn), "Double time!!!", and "Move your shovel!!!" (Voices from Red Alert games). ...unit lost.

L-Dari kamar Aryaduta, Jakarta Selatan, menaip.

28 August 2008

Sempena Ramadhan Yang Bakal Menjelma

Salam,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

  • * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
  • * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
  • * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi kami di pihak pujanggamalam terlebih dahulu memohon maaf jika kami ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja semasa menerbitkan blog ini, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Saya(raksasaC) secara peribadi dan mewakili seluruh warga editor pujanggamalam memohon dihalalkan semuanya.kami juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya.

Semoga Bergembira Menyambut Ramadhan. Kalau sale hari raya dah mula secara besar-besaran tak salah kalau kita sebagai umat islam bersedia awal sempena tibanya bulan yang mulia ini.. Hehehe..

27 August 2008

Who is My Love? ans: F*****

Petikan gitar Carlos Santana buat aku terkulai layu dan aku hampir terlupa aku di pejabat. Hari ini bermula agak perlahan kerana aku dapat bangun awal dan mata tak plak mengajak aku tidur kembali selepas solat Subuh pagi tadi. So, aku pegi kerja awal dan bersarapan sebelum masuk waktu kerja. Tak lah bos aku duk membebel suh balik awal bila aku kata nak gi sarapan sekejap. Lak tu dia pun duk sarapan sekali ngan aku. Hehehe.. makan free plak tu. Big boss department bawah belanja! Dengan berbekalkan RM1.20 saje aku makan agak mengenyangkan. Itu pun pak guard opis ni duk pesan. Takkan aku nak cakap kat bisg boss tu suh belanja sekali. Hehehe.. mau2 dia cancel nak belanja aku kang!

Dah lama sangat aku tak tulis kat blog nie. Si pujangga tak plak nak sound aku seperti selalunya. Mungkin dia paham aku agak busy dan internet aku baru je kena potong. But I’m back. Thanks yowa bagi aku program nie yang leh aku surfing balik. Sebagai membalas budinya, dia ada berpesan untuk aku tulis di blog. Yerlah.. asyik satu post sebulan. Tak best kan? So, aku nak citer apa eak? Aku takder idea sangat lah. So, aku bukak album and lagu yang senang didengar sambil menulis nie. Mana tahu ada idea, kan? Tapi still kosong. Sedar2 aku dah dua perenggan menulis nie. Hebat tak? Mana tak aku boleh tulis satu novel dulu. Best woo.. Adakah ini bakat? Hehehe.. merepek plak aku nie.


Oklah! Dalam aku belek2 album nie, aku tertarik pada satu gambar ni selain gambar kish. Hehehe. Rahsia! Takleh dan tak nak bagitahu. Gambar kali pertama team aku gi Ampang Sportsplanet. Lau orang tak paham, memang biasa je gambar tu. Tapi di sebalik gambar tu ada semangat yang aku sendiri takder sekarang nie. Semangat berjuang dalam bermain futsal amatlah tinggi ketika itu. Walaupun balik ngan tangan kosong, namun itulah detik di mana kitorang sanggup meredah apa saja demi melihat dunia luar. Mana taknya kami dari pasukan belasahan berjaya menewaskan pasukan yang biasa tewaskan kami. Ketika itu kami rasa kamilah juara dan kami layak untuk pergi lebih jauh lagi.

So, pertandingan sempena Merdeka dianjurkan oleh Arena Bola Sepak menjadi medan pertama kami. Tak sangka kitorang sanggup tinggalkan kampung dan menuju ke sana. Lebih2 lagi apabila Richie Rachmond datang dan mengambil gambar kami sepasukan. Bestnye kerana kami dijanjikan akan disiarkan di dalam majalah Arena Bola Sepak keluaran September 2006. hahaha..

Namun impian aku bukan setakat tu. Impian aku ialah untuk menjadi Kapten dalam pasukan dan menjulang piala juara. Namun, masalah kian timbul dan mengusik hampir semua perasaan pemain dan mengambil keputusan untuk keluar dari team. Sampai satu ketika kami tidak lagi bermain sebagai sebuah pasukan di mana walaupun kami bermain di tempat futsal yang sama, namun kami tidak bermain sama. Bermain untuk pasukan lain.

Dari situ, aku terpaksa akur ngan situasi dan membuat keputusan untuk berhijrah demi mencapai cita2 aku. Pelik kan? Namun itu yang aku buat. Aku berpindah ke Seremban dan aku cuba mencari team di Seremban dan gagal. Lalu aku dihubungi oleh kawan lama aku di Maybank dan mengatakan pakcik dia ada team futsal yang proper. Lau berminat, aku dijemput untuk try-out. Seremban ke Shah Alam mengambil masa sejam untuk sampai. Lau pujangga leh datang ke Muar dari Batu Pahat, takkan aku takleh, kan?

Pendekkan cerita, aku berjaya dapat masuk team dan aku dilayan seperti pemain baru lain. Selalu diketepikan dan hanya menunngu peluang untuk bermain. Peluang aku sampai apabila aku disenaraikan dalam pertandingan di Ampang Sportsplanet. Tetapi aku tak dapat bermain kerana aku jadi reserves sahaja. Team main sampai last 36 dan pemain semua injured. Aku sorang saje yang ada di simpanan. First debut aku ialah sebagai defender! Aku ni goalkeeper. Disebabkan aku, team kalah, kot? Memang sebab aku lah. Selama ni pun aku memang salahkan diri aku. Berlatih sebagai goalkeeper, tapi main defender. So, lepas2 tu main gak tournament lain dan akhirnya aku berjaya gak jadi goalkeeper utama pasukan tu.

Banyak keringat aku dalam mendapat tempat dalam pemain utama tu. Ada satu seisi latihan tu telah mengakibatkan tapak tangan aku lebam! Kerana berlatih menangkap rembatan2 dari pemain lain. Mungkin itu induction kot? Masa tu aku pemain baru. Tapi setelah aku diterima masuk, aku OK jerk. Namun bermain dalam pasukan tu aku masih belum capai impian aku. To be the champ. Pencapaian tertinggi aku dalam pasukan ialah berjaya ke peringkat Separuh Akhir. Pengalaman paling manis ialah berjaya menyelamatkan gol dalam penalty shoot-out. Tak bolos beb!

Kemudian aku sakit. Ramai yang tak tahu aku telah menghidap penyakit radang paru-paru peringkat awal. Nak tahu symptom nya? Bila kena air-cond akan rasa terlalu seram sejuk dan terpaksa pakai sweater! Tak tahan duk bawah air-cond lama. Mesti kena kuar jap untuk settlekan badan balik dan yang paling tak best ialah susah bernafas bila ada air-cond. So, aku ambil keputusan untuk tidak turun berlatih dan berdiam diri tentang penyakit nie. Aku ingat nak cuti jap. Namun, aku terus disingkirkan dari pasukan.

Bila aku dah pulih, aku cuba kembali pada team, namun gagal. Fitness aku dah berada di peringkat paling bawah. So, aku hampir menggantung kasut futsal aku and call it a day. Dengan perletakan jawatan oleh orang kuat team di Muar, membuatkan aku hilang semangat.

Namun, aku dikejutkan apabila aku dipanggil oleh sepupu aku untuk melatih sebuah pasukan bawah 14 tahun. Dari situlah aku kembali minat untuk menubuhkan pasukan futsal balik. Dengan sokongan pujangga selaku sponsor kami, team futsal kami kembali dengan muka lama dan baru! Dah tiga tournament kami sertai. Aku teringat kata2 bekas Kapten aku di Shah Alam.
“Jangan putus asa! Jangan sesekali kerana bila putus asa, kita dah kalah!”
Itulah kata2 yang aku pegang dalam pertandingan terbaru tempoh hari bila pemain utama ramai tak dapat main. Hampir menang. Jaringan terbanyak sepanjang pasukan ditubuhkan. Ali merupakan pemain paling muda menjaringkan gol pada umur 13 tahun 10 bulan dan 17 hari. Not bad, what?

Dahlah! Kira oklah kan posting aku kali ini. Keluar dari tabiat asal iaitu aku asyik menulis tentang cinta. Tapi ni pun cinta gak. Cinta aku kepada futsal.

14 August 2008

Penghargaan

Salam semua,
Di hari yang indah ini Pujaan telah tidak pergi kejer disebabkan oleh kereta di wadkan sbb paru paru berair.. mungkin malam ni baru boleh keluar wad kalao idak sok memang naik teksi laa pegi kejer huhuhuhuhu...

Okeh kali ni Pujaan nak citer pasal Penghargaan.
Kita story pasal ucapan saja x mau libat adiah atau gelaran atau seumpamanye. Ekceli hanya beberapa perkataan saja yg diperlukan tapi kuasanyer amat berkesan kepada org yg menerima.

Terima Kasih
Paling simple. Setiap kali menerima sesuatu dari seseorg kita ucapkan terima kasih. Level Pujaan lak kena marah pun cakap terima kasih gak hahaa
Org akan maklum yang kita ni menghargai apa yg mereka telah lakukan utk kita

Minta maaf
Ha! awat lak kena mengena nih? hoho ekceli minta maaf ni paling susah org nak sebut especially lelaki lah. 2 perkataan ni kalao kita ucapkan bila wat salah bermaksud kita mengaku salah, dan menerima teguran. secara x langsung menghargai org yang terlibat

Apa khabar?
Bertanya khabar bermaksud kita mengambil berat orang itu. Kalau skil mengurat lak baik kalau disambung dgn bertanyakan khabar famili beliau. Leh jadi umpan perbualan.
Kalau menjawab soalan ni lak kita cerita sedikit panjang tentang khabar kita jadi orang yg bertanya akan lebih mesra kepada kita especially bila boss yg tanya.

I missed u
Yang ni seswai utk aweks atau balaks kita atau pun family kita. Kadang2 memang tak dilayan sbb baru petang tadi jumpa but tak salah pung. Kemesraan semakin terjalin bila dibalas ngn "i missed u too" gitu haa

Orait sampai sini jer Citer kita..
Moga kamu semua berbahagia dengan apa yg sedang kamu lakukan skrg.

Selamattt

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews