17 September 2007

Bamboo and wife

Salam, yowa said.



kisah ini berlaku pada 16 Sept 2007, 4 Ramadhan. dan kisah ini di taip
pada mlm tersebut, setelah yowa (aka L, Joko, etc.)...
siap packing pakaian sebab esoknya nak pegi Melaka selama seminggu,
urusan kerja.


Pada petang tersebut, kuranglebih (memang
terpengaruh indon dah ni!) 6 petang (1700 waktu Indonesia barat. kompem
terpengaruh!), di Pasar Muhibah, Taman Nirwana yang letaknya cuma
kuranglebih 5 minit per...nunggangan motor dari rumah (sewa) Yowa di
Kampung Pandan Dalam
; Yowa yang pergi ke sana bersama rakan rumah (Yie)
untuk membeli juadah berbuka (kerna tak dapat free, kena la beli!), adalah
sesungguhnya tela ternampak seorang lelaki yg.... dalam hati mungkin berkata "macam
pernah kuliat orang ini, tapi di mana ya?
", yang mana beliau kelihatan
begitu intim berjalan bersama seorang gadis... wanita... di sisi kirinya.


Yowa yang pernah gagal menegur
kenalan (i.e. Buses, yang terlihat di Hotel Sunway, Seberang
Perai, Penang
), kini nekad menegur beliau, tapi dengan cara yang agak unik,
tapi rasanya adalah biasa pada PujaAn (aka Gargonite, Pujangga).
yowa menghampiri beliau yang kelihatan mula bergerak, tessss! dengan jari
telunjuk, yowa menusuk perut di bawah rusuk kanan lelaki tersebut, dengan
tujuan membocorkannya. hahaha.


"woi... tiba-tiba je cucuk aku, bukan
nak bagi salam..."
Beliau menoleh ke perempuan di sisinya "ni la Latip...",...
kuranglebih begitula respon beliau. "Assalamualaikum", kataku seraya
bersalaman dengan mamat ni. "ko dok mane sbenanyer ni?... kata terkilan la...
ape lah..."
, beliau cuba counter attack, merujuk testimoni yowa di
friendster beliau, yang gagal menjemput
yowa ke majlis kendurinya. "aku dok jalan straight dari uma Boje
tu je... straight
." ujar yowa menjawab pertanyaan beliau. "owh,
Kampung Pandan Luar la... hari-hari ke pegi Narathiwat (kedai
makan berhampiran rumah beliau)",beliau bertanya ... yowa sedar dia telah
tersilap tentang Kg. Pandan Luar, yang sebenarnya yowa di Kg.
Pandan Dalam
. Tapi bezanya tidak begitu beda, malas/lupa yowa
memperbetulkannya. "tak lah, sekali... kadang je gi Narathiwat tu" jawab
yowa yang kelangkabut skit... kerna memikirkan mau atau tidak
memperbetulkan pasal Pandan Dalam/Luar tadi. ehehe. begitulah antara
perbualan yowa dengan mamat tersebut. tau tak siapa dia? tekalah.
perempuan di sisinya adalah isteri beliau. kecil je orangnye... (or aku silap...
banding dengan hubby dia. ehehehe, just kidding. don't take offence). skarang
beliau masih orang HR (Human Resource) di Burger King. dulu kat Proton.
banyak klu tu.


Akhirnya beliau memahami, yowa kini
bekerja di Kuala Lumpur, bukan di Indonesia. Nampaknya beliau
mengagumi syarikat yowa bekerja yang bunyinya begitu gah. atau, sekadar
menyedapkan hati ini. hahaha. "Internal Audit? sama la dengan Basir
yer...",
kata beliau. "???" ...Basir? yang terbayang di minda
yowa ialah... Waco. hahaha. "... owh, wing 1A (kolej Sempana
Riau
, UiTM Segamat) bilik yang sebelah toilet tu ek
", kata
yowa
, mengingati nama Basir yang perna tinggal di sana, tapi yowa
sebenarnya masih gagal membayangkan wajah beliau. tp kacak rasanya. hahaha.
yang di ingati... Air, senior bilik itu yang yowa pernah
memperaiki komputernya dan dia belanja yowa hot dog... ke nasi goreng?
lupa la plak.


selepas berpamitan dengan pasangan
tersebut, yowa meneruskan pertualangan mencari juadah berbuka dan
persediaan sahur esok. sambil berjalan, yowa masih tersenyum happy
sendirian mengenang kembali memori-memori lalu. apa yang yowa ingat
tentang mamat tersebut? dia suka beraksi untuk sparring. yalah, dia sama ahli
silat dengan yowa. hahaha. kini, yowa juga ingat, beliau kelihatan
comel ketika di bilik PujaAn, dia memeluk erat bantal berbentuk
doraemon
sambil berborak dengan Sunshine. bayangkan kalau beliau
peluk Spongebob.... hahaa


Hm.... sweet lovely day. after all, i
thought i am his idol. hahhaha. u are my idol Mr. Baze. i adore your
mom's spaghetti. kapan bisa aku merasanya lagi... hm, dulu yowa kata
terkilan sebab mamat ni tak menjemput yowa ke majlis kenduri beliau, tapi
petang tadi, sesungguhnya yowa sempat berfikir sama ada mau meminta nomor
hapey (HP) beliau atau tidak, ... tidak. entah kenapa, tak tergamak meminta.
nombor Basir juga tidak ku pinta. fikirku, nanti minta pada Boje
je la.


so, till then, another episode of my
series of syok sniri... season 1. Appa, yip yip!


p/s: Appa adalah flying bison dalam
kartun Avatar: The Legend of Aang, my newly favorite cartoon. ^_^`

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews