27 September 2007

Karangan budak darjah 4- Penang

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu
beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air
paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya
tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu
barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8
kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung.

Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.
Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori.

Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands
dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan
kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke
bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia
balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih.
Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai.
Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.
Semua
anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah
terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia
menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk
mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.
Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita
itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik
ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun
mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya
mati.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews