27 September 2007

Karangan budak darjah 4- Penang

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu
beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air
paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya
tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu
barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8
kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung.

Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.
Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori.

Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands
dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan
kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke
bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia
balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih.
Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai.
Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.
Semua
anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah
terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia
menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk
mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.
Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita
itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik
ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun
mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya
mati.

19 September 2007

Selamat Berpuasa Tahun 1428 Hijriah

Assalaamualaikum, salam sejahtera ke atas kamu.. ^_^

Sedau tak sedau dah seminggu dah poser, pastu jap lagi raya huhu. Sudah bersediakah poket kamu? Sediakanlah poket kamu seadanya kerna kamu telah naik pangkat dari 'akak' atau 'abang' kpd 'Pakcik' atau 'Makcik' (sudah semestinya) hahahahaha..

Sampul pong pandai2 laa simpan yer?


Interview ;>

Hohoho skrg ni Pujaan sedang menjalani interview kat Siemens Malaysia Bhd... Tadi baru jer balik 2nd round interview.
Heh heh ni sebenarnyer 1st time Pujaan dpt 2 kali interview kat satu kompeni.. Biasanya mmg sbb tak dapat atau malas nak pegi. Entah kali ni rajin pulak pegi...

Tadi dia duk tanya pasal knowledge Pujaan dalam kerja nih... Mcm2 soalan huhu yang tak terpikir pong tanya..Nasib baik laa kita ni dah terlatih utk diaudit maka leh laaa cong lebih kurang hehehe.

Masa yang 1st round pon tanya pasal background, pasal experience, pasal jodoh.. (eh mana de) dan lain2 yg berkaitan lah... Ekceli yg mula2 dtg sbb saja nk tengok stail kompeni besau tahap Multi Nasional Compeny nyer stail interview.. Huh huh masa masuk bangunan Siemens tu rasa cam kilang biskut tu umpama biskut tawar kecik kat dlm kotak jer laaa huhu -_-III

Kalau dapat pong tak tau lagi nak pegi ke idak.. bak kata PZ "Aku tau ko mesti tak gi punya sbb sape nak jaga anak2 ko kat kampung tuu" hehehehe


Tips meng'apply' kejer lalu Jobstreet

Bos Pujaan ni kalau korang nak tau ialah seorg bekas HR yang terer.. Antara hobi beliau yg dah terjangkit kat Pujaan sekarang ialah apply kejer kat Jobstreet and pegi interview. Tapi takleh lawan beliau laaa yg tiap bulan at least sekali gi interview hehehe..

Okeh ni skill baru yang telah dicuba dan terbukti keberkesanannyer...

1st sekali, pilih dulu iklan yang korang nak apply tuh..

2nd klik kat apply via resume hehehe

3rd bila window buh resume tu dah muncul, padankan susunan resume korang tu ngn iklan diorg... Padankan ngn Qualification yg diorg nak dan job description kat dalam iklan tuh..

Contohnya;

Requirement:
1. To have at least Diploma in Accountancy
2. Be able to use UBS Accounting
3. Experience at least 2 years in relevant field

So korang susun laa resume korang tu jadi camni:

Education History
1. Sek Men UiTM Segamat 2000- 2008 Dip In Accountancy
2. Sek Rendah Tamil 1993- 1999 PMR, SPM

Skills
1. Computer Literacy UBS Accounting, Microsoft Office, Internet, Friendster

Working History
1. 2008- 2010 Sykt Gunting Rambut Ahmad Accountant Assistant
2. 2010- 2015 Sykt Pinjam Wang Potong Jari Internal Auditor


Ekceli tujuan wat camni ialah memudahkan HR yg check resume korang tuuu wat penapisan.. Tapikan manusia mmg suka ngn org mudahkan kejer nih.. So peluang pon cerahlah... Good luck and all the best


C.R.U.S.H

Haha dah tua ni kalau nak cinta jatuh cinta ni rasa cam kelako lak. Lain laaa kalau nak tambah koleksi isteri yer tak Ajie? hehehe oooppss! Saleh pon jgn ikut perangai haku nih hehehe

Pujaan rasa cam dah jatuh hati ngn HR Siemens yang call Pujaan utk interview tuh.. Orang nyer sangat bersopan santun, cantik and muda huhuhu... Namanyer Cass Lim huhu... payah nak jumpa org nama Cass nih..

Tadi dia yg jemput Pujaan pon nmpk nyer cam suka kat kite jer her her..Apa nak wat, takleh nak flirt masa interview... Kang boss dia nmpk lum masuk dah nak menggatal terus kena reject kang huah huah huah.

Ingat nak bagi kerepek made in Batu Pahat kat dia tadi tapi apa kan daya... Time puasa ni mmg assistant mengurat sumer kena rantai... Tu yg rasa letih jer tu hehehe

Ish kalau dpt kejer kat sana musti ajak dia gi dinner sekali sekala her her her



New Bride and Groom problem..

Last week during ngeteh kawan2 Pujaan mengeluh pasal sorang kawan yang baru kawen nih. Mostly about the change lepas kawen.. Pujaan tanya laa perubahan yg caner tu? Haaa ni laa pasal kawan ni (laki ya) dah tak jenguk ibu bapa walau pun dekat..ikutkan sangat keluarga belah isteri dan macam2 lagi..

Emmm Pujaan rasa ni adalah sebab perubahan suasana, pangkat dan pergaulan yang berlaku bila pas kawen.. All comes in a package my friend huhuhu.. Sumer mesti merasa punyaaaa, jgn kata kawan tu jer laaa..

Bila pas kawen ni kan, secara tiba2 telinga kita jadi sensitip tau.. Aaaadddaaa jer yg x best kita dengar pasal kita..pasal pasangan kita..Pastu komitment ngn kenduri, majlis2 keluarga ni kena ditingkatkan.. Dan kena jaga ati sumer pihak dari keluarga mertua hinggalah keluarga kita sendiri..

So kena handle ngn bijaksana lah.. Tu yg kena kursus kawen dulu sebelum jabat tangan ngn tok kadi.. Korang ingat memain ker? huhu

Bagi Pujaan, cara terbaik ialah baliklah semula kepada guide yg dikeluarkan oleh Jakim.. Solat kena wat, mintak doa bnyk2 supaya diharmonikan rumah tangga dan banyakkan bersabarr.. Mintak nasihat dari yang berpengalaman bila dah masalah sangat tu

Kita sbg kawan2 just bagi moral support jer... Orang kat awak caner pon kita tau awak ni caner orangnyer.. Cuma jgn laa lepas tensen tu kat kawan2 yer? Tak baik tauu
Kita pon nak bagi cadangan caner nak setelkan masalah awak



Bakal2 Pengantin

Emmm ni laa antara date kawen yang Pujaan tau setakat nih..lum di kuarkan lagi kad nya ya? tak termasuk Jazanariah punyer tau:

Siti Musliha aka Ah Ah dgn Awadi aka Rompin 3 November 07

Ctoon (aku lupa nama ko lah) 8 November 07

Norhafizah aka PZ 8 December 07

Norhafiza Afzan Ishak aka Ayang 8 Ogos 08 (8/08/08)


Silalah bagi kad virtual pada Pujaan yer kalau nak disiarkan disini? Kami dah serik asyik salah date lah hehehe... Harap maklum


Okeh last words.. Good luck in everything yang korang sedang buat.. Kalau tgh wat bisnes wat lah sampai leh ambik kwn2 kejer ngn korang and kalau tgh wat bodo... teruskan lah sampai wawasan 2020 tercapai nanti

Adios


Kata Pujangga: Belakang parang kalau kena asah tiap ari pong leh tajam... So layanlah suami anda sebaiknya hehehe

17 September 2007

Bamboo and wife

Salam, yowa said.



kisah ini berlaku pada 16 Sept 2007, 4 Ramadhan. dan kisah ini di taip
pada mlm tersebut, setelah yowa (aka L, Joko, etc.)...
siap packing pakaian sebab esoknya nak pegi Melaka selama seminggu,
urusan kerja.


Pada petang tersebut, kuranglebih (memang
terpengaruh indon dah ni!) 6 petang (1700 waktu Indonesia barat. kompem
terpengaruh!), di Pasar Muhibah, Taman Nirwana yang letaknya cuma
kuranglebih 5 minit per...nunggangan motor dari rumah (sewa) Yowa di
Kampung Pandan Dalam
; Yowa yang pergi ke sana bersama rakan rumah (Yie)
untuk membeli juadah berbuka (kerna tak dapat free, kena la beli!), adalah
sesungguhnya tela ternampak seorang lelaki yg.... dalam hati mungkin berkata "macam
pernah kuliat orang ini, tapi di mana ya?
", yang mana beliau kelihatan
begitu intim berjalan bersama seorang gadis... wanita... di sisi kirinya.


Yowa yang pernah gagal menegur
kenalan (i.e. Buses, yang terlihat di Hotel Sunway, Seberang
Perai, Penang
), kini nekad menegur beliau, tapi dengan cara yang agak unik,
tapi rasanya adalah biasa pada PujaAn (aka Gargonite, Pujangga).
yowa menghampiri beliau yang kelihatan mula bergerak, tessss! dengan jari
telunjuk, yowa menusuk perut di bawah rusuk kanan lelaki tersebut, dengan
tujuan membocorkannya. hahaha.


"woi... tiba-tiba je cucuk aku, bukan
nak bagi salam..."
Beliau menoleh ke perempuan di sisinya "ni la Latip...",...
kuranglebih begitula respon beliau. "Assalamualaikum", kataku seraya
bersalaman dengan mamat ni. "ko dok mane sbenanyer ni?... kata terkilan la...
ape lah..."
, beliau cuba counter attack, merujuk testimoni yowa di
friendster beliau, yang gagal menjemput
yowa ke majlis kendurinya. "aku dok jalan straight dari uma Boje
tu je... straight
." ujar yowa menjawab pertanyaan beliau. "owh,
Kampung Pandan Luar la... hari-hari ke pegi Narathiwat (kedai
makan berhampiran rumah beliau)",beliau bertanya ... yowa sedar dia telah
tersilap tentang Kg. Pandan Luar, yang sebenarnya yowa di Kg.
Pandan Dalam
. Tapi bezanya tidak begitu beda, malas/lupa yowa
memperbetulkannya. "tak lah, sekali... kadang je gi Narathiwat tu" jawab
yowa yang kelangkabut skit... kerna memikirkan mau atau tidak
memperbetulkan pasal Pandan Dalam/Luar tadi. ehehe. begitulah antara
perbualan yowa dengan mamat tersebut. tau tak siapa dia? tekalah.
perempuan di sisinya adalah isteri beliau. kecil je orangnye... (or aku silap...
banding dengan hubby dia. ehehehe, just kidding. don't take offence). skarang
beliau masih orang HR (Human Resource) di Burger King. dulu kat Proton.
banyak klu tu.


Akhirnya beliau memahami, yowa kini
bekerja di Kuala Lumpur, bukan di Indonesia. Nampaknya beliau
mengagumi syarikat yowa bekerja yang bunyinya begitu gah. atau, sekadar
menyedapkan hati ini. hahaha. "Internal Audit? sama la dengan Basir
yer...",
kata beliau. "???" ...Basir? yang terbayang di minda
yowa ialah... Waco. hahaha. "... owh, wing 1A (kolej Sempana
Riau
, UiTM Segamat) bilik yang sebelah toilet tu ek
", kata
yowa
, mengingati nama Basir yang perna tinggal di sana, tapi yowa
sebenarnya masih gagal membayangkan wajah beliau. tp kacak rasanya. hahaha.
yang di ingati... Air, senior bilik itu yang yowa pernah
memperaiki komputernya dan dia belanja yowa hot dog... ke nasi goreng?
lupa la plak.


selepas berpamitan dengan pasangan
tersebut, yowa meneruskan pertualangan mencari juadah berbuka dan
persediaan sahur esok. sambil berjalan, yowa masih tersenyum happy
sendirian mengenang kembali memori-memori lalu. apa yang yowa ingat
tentang mamat tersebut? dia suka beraksi untuk sparring. yalah, dia sama ahli
silat dengan yowa. hahaha. kini, yowa juga ingat, beliau kelihatan
comel ketika di bilik PujaAn, dia memeluk erat bantal berbentuk
doraemon
sambil berborak dengan Sunshine. bayangkan kalau beliau
peluk Spongebob.... hahaa


Hm.... sweet lovely day. after all, i
thought i am his idol. hahhaha. u are my idol Mr. Baze. i adore your
mom's spaghetti. kapan bisa aku merasanya lagi... hm, dulu yowa kata
terkilan sebab mamat ni tak menjemput yowa ke majlis kenduri beliau, tapi
petang tadi, sesungguhnya yowa sempat berfikir sama ada mau meminta nomor
hapey (HP) beliau atau tidak, ... tidak. entah kenapa, tak tergamak meminta.
nombor Basir juga tidak ku pinta. fikirku, nanti minta pada Boje
je la.


so, till then, another episode of my
series of syok sniri... season 1. Appa, yip yip!


p/s: Appa adalah flying bison dalam
kartun Avatar: The Legend of Aang, my newly favorite cartoon. ^_^`

06 September 2007

[syok sniri] My Outdoor Camp

Salam, yowa said.

dh encik Poochow galakkan, tulis je cite syok sniri nih. so, here we are...

pada 28 agustus yg lalu, L n HAR + 1 dept ade miting kat ... ade la. ptg tu kena off to Out Door camp kat Banting. adela, 50 org, tmasuk 10 org subsidiary dari Indonesia. from then on, dept kami bukan lagi Internal Audit Dept. (IAD), tp dh tukau jd Group Corporate Assurance Dept- Plantation (GCAD-P). sebutnye jikad ler. hebat3.

so, outdoor camp tu, mcm biase la. mmg enjoy banget. in total, ade 13 aktivity ntk prgm 2 mlm tu. dari main cat, bare foot, bomba kampung, A frame,... sampai la ke karaoke n poco poco. biarpon Deputy GM join, sib sume sporting. sempoi.

walaupon in the end kumpulan HAR yg menang, tp aku sniri ade kepuasan tsendiri. sbb ade 1 game (A frame) yg grup aku menang, aku yg bg instruction. victory is so sweet! especially when it yours!

warga2 indon juga sporting banget. igt diorg terer poco poco, kurang lebih je dgn kitorg. hahaha. xpe, janji enjoy. gmbr2 aktvt tu, ade skit kt my fwenste.

tu je kot, CHow. sekian, episod Syok Sniri kali ini. pandu cermat.

03 September 2007

Sahabatku Milik Orang...

Laungan Merdeka kedengaran lantas telefon bimbit aku pun berbunyi.
"Mak dan Abah dah keluar tol Seremban. Jap lagi sampai umah awak."
Aku ingat aku duk umah sewa, tak kedengaran suara mak aku. Rupa-rupanya masih terdengar suara dia. Sibuk orang lain menyambut Merdeka di stadium, dataran or bilik2 sewa..ooppss.. :) Aku kena melalui lebuhraya. 2 tahun berturut-turut menyambut Merdeka di lebuhraya. Tahun lepas semasa on the way ke Ampang. Nak main futsal. Kali ni ke KL jugak. Tapi ke majlis perkahwinan sepupu rapat aku and rumah member rapat aku, Mr Kutu! Hahaha... Si kasanova tewas di tangan Sal. Akhirnya kawen gak dia! Tahniah!
Well, cut it short, aku sebelum Kutu kawen ni ada gak kacau2 dia kerana kena kawen. tapi dah jodoh dia lah kan? huhuhu.. Well, keseronokannya sampai mcm aku plak yang kawen! Habis semua member2 aku jemput. Sdgkan si tuan punya badan tak teringat pun nak jemput! Sampai ada dialog yang kurang senang aku dengari keluar. "Ko ni tak tahu malu eh? Orang tak jemput, ko lak yang jemput. Bukan ko yang kawen!" Haahhahaha.. gelak aku mendengarnya. Aku pun call Kutu dan tanya, ko ni nak kawen ke tak? Dia jawab, entah! Nak je aku sepak kepala hunggis dia. Lak tu dia pun kata jemputlah kawan-kawan yang boleh. Lalu aku pun jadilah secara rasminya penjemput orang. Tapi yang peliknya, yang saing ngan aku gi umah Kutu nak tahu saper? jeng..jeng..jeng... Kobes@Reza!!! Hahahaha.. Aku berjaya menarik perhatiannya dari tempat persembunyian. :)
Setelah settle aku di majlis rumah sepupu aku, aku tidur awal malam tu. Lak tu si Kobes ni pun duk call. tapi aku xagkt. Esok paginya aku return message. Aku nak gi umah Kutu awal sket kerana nak balik awal n aku takut boring kerana aku dapat tahu ramai yang tak dapat datang. So, at 12:30tgh hari, aku pun sampai. Tapi pengantin belum datang lagi! Hahahahaha... Si Kutu ni lambat.Mungkin penat beraksi di rumah Sal kot? hehehehehe....
Aku ngan Kobes pun tunggu n Kutu tiba dalam pukul 1:00 tgh hari. Aku bersalaman ngan dia n terus pulang kerana aku kena balik awal. Tapi papehal, aku ucapkan selamat menempuh alam baru kepada Kutu. Langkah yang berani, yang aku sendiri tak mempunyai keberanian nak melangkah ke alam tersebut. Dan semoga berkekalan ke akhir hayat.

Kobes@REZA!!
Makhluk yang tiba2 muncul! Aku ada gak try call sebelum ni tapi tak agkt. Dia pun tak return call or sms. Aku ingat dia dah tukar number or dah gi oversea. hehehe.. Rupa2nyer masih di M'sia. Shah Alam... Dia amik ACCA skrg ni. dia kata tinggal 3 paper lagi sebelum dia grad ACCA. Wow! Mungkin itu yang dia nak dalam hidup dia. ACCA....
Mamat ni dah kurus sket. ada 'goatee'. Tapi pujannga takkan terperanjat kerana dia kata dia tidur pun sebantal ngan Kobes. Masakan dia terkejut?! Huhuhu.. Tapi yang masih kekal di imejnya hanyalah SIKAT! Dia masih mempunyai sikatnya. Masih sempat sikat rambut walau di mana perhentian. teringat aku masa main basketball. Setelah hustle untuk masukkan bola ke basket, dia akan berhenti sebentar untuk sikat rambut. Aksesori yang masih kekal ialah telefon bimbitnya. Masih menggunakan Nokia 3210. kitorang sebelum ke umah Kutu, ada gak lepak kedai minum. Berborak tentang kisah dia semasa menghilang diri.Study hard! Dia sering kata, "Kalau aku study sebegini rajin semasa Diploma, aku pasti lebih berjaya!" Aku tersenyum je. Bagi aku, anything happens for a reason. Lau tak aku takkan jadi semacam ni and I'm proud on who I am! Mungkin kerana dia ingin majukan diri dia dan dia perlu hilangkan diri. Tapi aku masih kagum dia masih nak contact aku untuk gi umah Kutu.. Tak mcm Cibang@Khaidir. Aku baru teringat dan tersentak apabila Kobes cakap Cibang pernah berkata "Ko tak payahlah nak pikir kita akan berkawan sampai bila2. Pasni ko kerja, ko takkan kawan ngan aku n semua kat sini." Kali ini aku baru paham kenapa dia terusan menghilangklan diri sampai kawan baiknya, Pak Ngah pun tak dapat menjejakinya. Cibang2... Aku ada gak terpikir adakah persahabatan ini akan berakhir setelah grad Diploma nanti? Macam tak jerk. An ngan aku masih lagi rapat. Kadang2 main futsal di Muar. Nanti satu masa aku return plak main futsal di BP. hehehee... Kutu mcm biasa. Lak tu skrg dia bekerja satu company ngan aku, tapi dia di KL n aku di Seremban. Tapi selalu gak contact. Latip? Masih lagi contact bila aku ada masalah komputer. Atau ada benda baiikkk punya di internet. Boja pun ok. Smpt gak gi persandingannya. Entah ramai lagi yang masih aku in touch. Entah kenapa Cibang berpendapat mcm tu.? NO KOMEN!
Well, sorang lagi ahli bachelor dah tamatkan keahlian. Monster inc masih tidak kelihatan untuk menamatkannya. Hehehehe... Well, till next time readers!

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews