29 September 2005

perihal kentut

Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat
didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok
didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walaubagaimanapun ianya
dapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut.
Dikalangan lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahim
sesama spesis. Bagi lelaki kentut itu kelakar. Bagi perempuan tak
tahulah. (sebab aku nih lelaki aku pun tak tahu). Okaylah di sini
disediakan beberapa soalan-soalan lazim mengenai kentut. Sesiapa yang
nak baca silakan...


Dari mana datangnya gas
kentut?
Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara
yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi
kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang
tinggal dalam perut.


Apakah yang membuatkan kentut
busuk?
Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida
dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada
sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh
bakteria dalam
perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur
rebus.
Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah
yang besar.



Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi
bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur.
Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi
punggung. Ini adalah suatu kesilapan.


Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada
kentut biasa? Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri
dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum
mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo
bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya
keluar dalam bentuk seperti bebola
(bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi
yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.

Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria.
Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan
pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil,
panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih
tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas,
Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi
tetapi mempunyai bau yang hebat.

Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas
kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut
sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang
dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang
lain? Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti
kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu
dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam
tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.

Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil
dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil.
Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal
berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh
dinding-dinding.

Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau
oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi,
tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu
sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita
boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas
mati.

Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma
lelaki lebih berbangga apabila kentut.Bilangan kentut antara individu
mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika
seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan
kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian
saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi
gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki
mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki
dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.


Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam
bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu
rumah akan dengar.

Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose,
stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta
makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung,
kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk
menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu
mampu menghasilkan kentut yang banyak.

Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api
boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh
terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang
suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera
terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba,
anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda
mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu.
Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan
kentut.

Adalah kura-kura kentut?
Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut
kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan
Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila
diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu
senjata.

Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai.
Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria
yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak
dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut
menyumbang kepada pemanasan global.

Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem
penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut
dalam cairan.

Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah
kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh
dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan
daripada gas atau cairan.

Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas,
dan bukannya benda yang lebih hebat? Sebenarnya kita boleh
membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin
keluar dapat dibezakan dengan mudah.

Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi
lebih busuk? Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada
sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu,
cubalah telan gas kentut orang lain.


Adakah kentut mampu membunuh?
Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut
suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan
sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat
pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya
beroperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan
intestine mereka.

Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?
Makanan yang pedas dan berempah.

Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik. Ini
memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam
balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk
menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang
tu adalah...

Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan
kentut kita boleh bergerak kehadapan? Ya! kerana ketiadaan daya yang
melawan atau daya geseran.

Adakah para moderator dan administrator di Jiwang.Org juga kentut?
Mereka juga manusia biasa. Ada yang menjadikannya sebagai suatu hobi.
Cuma apabila dituduh mereka akan cepat-cepat mengunci topik itu. Tak
kiralah berapa banyak post atau berapa besar pun kuasa mereka. Mereka
tetap kentut.

Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?
Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut
memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang
sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa
dengan doktor.

Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar? Selagi yang
keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan
akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.

BUNGE...........

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews