21 April 2004

Assalamualaikum...
turn aku lak.. Lan (batu) ....

aku ada panduan solat istiharah pd semua member2...
maner laa taukan ader yg tak tau pengertian solat istiharah nie...Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.

1. SOLAT ISTIKHARAH

Istikharah berasal daripada kata al-khair yang bermaksud sesuatu yang terbaik. Justeru solat istikharah bertujuan memohon pertolongan dari Allah swt bagi menentukan sesuatu yang ingin dilakukan adalah yang terbaik. Perlu diingatkan bahawa perkara yang ingin dilakukan itu adalah harus dan bukan sesuatu yang wajib atau haram.

Perkara wajib atau haram tidak perlu kepada solat istikharah kerana hukumnya telah jelas. Misalnya, seseorang tidak boleh bersolat istikharah untuk menentukan sama ada dia patut minum arak atau tidak, atau sama ada dia perlu menunaikan solat yang fardu atau tidak.

Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut, "Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran."

Solat istikharah dilakukan dua rakaat dan boleh dibaca sebarang surah selepas Al-Fatihah. Mungkin digalakkan kita membaca ayat-ayat tertentu, namun bagi orang biasa, mereka boleh membaca sebarang ayat Al-Quran seperti surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas. Setelah selesai dua rakaat itu, sempurnakanlah dengan berdoa.

Menurut riwayat, setelah selesai melakukan solat istikharah dan hati terasa lapang, minat terbuka atau cenderung melakukan sesuatu, maka itulah petunjuk daripada Allah. Jika setelah melakukan solat istikharah, hati terasa berat untuk melakukan sesuatu atau ada sahaja yang menyebabkan kita menolak membuatnya, maka itu juga adalah petunjuk daripada-Nya. Ini berlaku dalam keadaan seseorang tidak sedar. Petunjuk itu bukan dalam bentuk mimpi tetapi sebenarnya kecenderungan hati. Bagaimanapun, mimpi boleh menjadi sebab untuk seseorang cenderung melakukan sesuatu setelah bersolat istikharah.

Salah atau tidak terserah kepada Tuhan. Jika kita sudah bersolat istikharah, bermakna sedikit sebanyak kita mempunyai keyakinan diri. Kita sudah memohon kepada-Nya untuk menentukan yang terbaik, dan kita melakukan apa yang dirasakan adalah terbaik. Jika berlaku sebaliknya, maka itu adalah takdir atau qada dan qadar Tuhan, dan wajar kita menerimanya dengan hati terbuka serta tidak menyesal. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Dalam Islam terdapat pelbagai solat sunat untuk kita berasa lebih dekat, yakin dengan Tuhan dan berasa ada yang akan membantu dalam apa jua keadaan sama ada susah, senang, dukacita, gembira dan sebagainya.

Sumber di atas: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)


2. ADAB SOLAT ISTIKHARAH

Solat istikharah ialah antara solat yang tidak disunatkan berjemaah. Solat istikharah mempunyai bilangan dua rakaat dan satu salam. Waktu yang afdhal ketika ingin melakukan solat sunat ini ialah pada sepertiga malam.

i. Niat solat istikharah:




Maksudnya: "Sahaja aku sembahyang sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


ii. Ketika sujud yang terakhir, kita digalakkan membaca:





iii. Doa-doa di bawah ini dibaca ketika kita telah selesai mendirikan solat istikharah.


Maksudnya:

Ya Allah, hamba memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau Ya Allha. Dan hamba memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMu dan hamba
memohon dengan kemurahan Tuhan Yang Agung. Kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang berkuasa sedangkan hamba tidak tahu dan Tuhanlah Yang Amat
Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah jika pada ilmuMu bahawa persoalan ini baik bagiku dan agamaku maka berikanlah perkara ini kepadaku, permudahkanlah ia untukku kemudian Engkau curahkanlah keberkatan bagiku di dalamnya.

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya / engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui baha perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.




Maksudnya:

Tiada tuhan yan disembah melainkan Allah yang bersifat maha mengetahui dan mulia. Maha suci Allah tuhan kepada arays yang maha besar. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Aku momohon rahmat Mu serta keampunan Mu, perlindungan daripada segala dosa, serta pertolongan Mu dalam melakukan kebaikan, serta perlindungan daripada setiap perkara buruk serta aku memohon darjat syurga yang tinggi. Jangan Kamu tinggalkan dosa terhadapku kecuali Engkau mengampuninya, tidak ada kesulitan kecuali Engkau permudahkannya, tidak ada hutang kecuali Engkau permudahkan urusan pembayarannya, tidak ada hajat dunia dan hajat akhirat kecuali Engkau perkenankan hajat tersebut wahai tuhan yang pemurah.


3. SOLAT ISTIKHARAH DENGAN AL-QURAN & TASBIH (MAKLUMAT TAMBAHAN)

1. AI-MajIisi ra. telah memetik di dalam kitab Da’wat AI-Khatib AI-Mustaghfiry yang bersanad sampai kepada Nabi Muhaamad saw. Sesungguhnya baginda telah bersabda, “Apabila engkau hendak bertafaul (mengharap nasib baik) dengan Al-Quran Al-Karim, maka bacalah surat AI-Ikhlas (3 kali) dan selawat ke atas ku (3 kali), lalu dibaca:



Kemudian bukalah Al-Quran dan bertafaullah dengan tulisan pertama pada samping pertama dari halaman mana saja yang engkau buka itu (Al-Quran).

2. Allamah Al-Majilsi ra. menulis dalam kitab Al-Bihar bahawa beliau mendengar dari ayahnya yang meriwayatkan dari Syaikh Al-Bahai Nurullah Dharihah sesungguhnya berkata, “Kami mendengar pengajian dari guru-guru kami yang berasal dari Al-Qaim as. mengenal stikharah dengan menggunakan tasbih, iaitu ambil tasbih sambil membaca selawat kepada Nabi Muhammad saw. (3 kali). Lalu genggam tasbih itu dengan kedua tangan dan hitung sepasang-sepasang (sampai habis). Bila hitungan tasbih tinggal satu, itu bererti lakukan (perintah), tetapi bila hitungan tasbih itu tinggal dua, itu bererti tinggalkan (larangan) perbuatan tersebut.

Cara istikharah dengan tasbih yang lain, djelaskan oleh al-Allamah al-Majlisi r.a dari Kitab as-Sa’adat yang berasal dari Imam al-Shadiq as berkata, ”Bacalah al-Fatihah 1 kali, al-Ikhlas 3 kali, dan selawat kepada Nabi Muhammad saw. 15 kali, kemudian baca:



3. Disunatkan solat istikharah itu dilakukan pada sujud terakhir solat malam, solat sunnah subuh dan pada setiap rakaat solat sunnah Zawal (tengah hari).

Di dalam kitab AI-Fakih dari Imam Ash-Shadiq as. beliau berkata, “Beristikharahlah kalian pada rakaat terakhir solat malam ketika sujud. Beliau ditanya, “Apa yang dibaca pada waktu sujud? Jawab beliau “Bacalah sebanyak 100 kali:





Di dalam kitab yang sama juga dari Imam Ash-Shadiq as. berkata, “Hendaklah seseorang beristikharah kepada Allah swt. pada sujud terakhir dua rakaat fajar dengan memuji Allah swt. dan berselawat kepada Nabi Muhammad saw. sebanyak 100 kali, kemudian memohon pilihan Allah swt. (membaca Astakhyirillah) sebanyak 50 kali serta membaca Tahmid dan Selawat kepada Nabi Muhammad saw. sebanyak 100 kali.

Al-Faidh Al-Kasani dalam kitab Taqwim Al-Muhsinin berkata, bahawa bila kita hendak melakukan solat istikharah dengan kalam Allah swt. penguasa seluruh alam, maka pilihlah waktu-waktu yang afdhal dan elok seperti yang disebutkan dalam sejumlah hadis dari Ahlil Bait as.

i. Jika hari Ahad, waktu yang baik untuk melakukan solat istikharah adalah pada waktu menjelang Zuhur dan waktu antara Asar dan Maghrib

ii. Jika hari Isnin, waktu yang baik adalah menjelang terbit matahari dan sejak waktu Dhuha hingga menjelang Asar dan sejak Asar hingga menjelang lsya'

iii. Jika hari Selasa, waktu yang baik adalah waktu Dhuha hingga menjelang Zuhur dan sejak Asar hingga menjelang lsya'

iv. Jika hari Rabu, waktu yang baik adalah waktu Zuhur dan sejak Ashar hingga menjelang Isya'

v. Jika hari Kamis, waktu yang baik adalah saat menjelang terbit matahari dan sejak Zawal (tengah hari) hingga menjelang Asar

vi. Jika hari Jumaat, waktu yang baik adalah saat menjelang terbit matahani dan sejak Zawal (tengah hari) hingga menjelang Asar

vii. Jika hari Sabtu, waktu yang baik adalah waktu Dhuha dan sejak Zawal hingga Asar

Wallahhualam

Kepada sahabat-sahabat yang lebih arif dan mempunyai penjelasan yang lebih tepat daripada saya yang lemah ini, silalah berkongsi pengetahuan sahabat dengan sahabat-sahabat yang lain. Sesungguhnya ilmu yang disampaikan (dipanjangkan) itu menjadi pendinding di alam baqa'.

Jazakalahu khairan katsira wassalammualaikum wbk.



No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews