11 December 2003

Selamat hari Lebaran.. sempat lagi rasanyer

Takleh la aku memonteng posting bendalah ni, sori la kalau korang dtg banyak kali tapi takder berita baru,, well ni la aku wat list kekawan yg aku tahu sikit2:

1. Che Nat@amirrudin Kesmiran- B. Markt = itm segamat
2.inna@syihin - pun B.Markt- itm segamat
3.Rohanawaty@aty@gadis bersopan- B.Acc = itmsegamat
4. Apek dbs batch kita- B. Fin = itm segamat- katanyer dia sorg je bdk dbs smbg kat segamat
5. bomber@biarch aku- B. aper tah Fin kut= itm shah alam
6. Hena- dah keja@ tgh prepare nak tunang,hmmm betulke Hena?

yang lelain still duk umah@tgh tunggu lamaran. well tunggu lagi berita dari aku n kpd
Bomber aku offer ko jadi staff Pujangga, kasi repot sama aku sebulan sekali
ada paham??
warning, jgn jadi cam batu, pemalas!!

08 December 2003

Assalamualaikum. lama An tak post, aku la yg menyibuk.
kisahnye, harini 1st time klas aku kena halau. hahaha. bangga gila! Lect tu dah warning awal2 dulu, jgn berckp masa dia bckp. dia nmpak ok, kitorg lupa. tiba2 je dia sound "NAK BERCKP LAGI TAK?" kat mmbr aku. pergh. pastu katanya "KLAS IS OVER". sbenanye aku pon ada menyumbang gak berckp time tu. kira punca gak la.

so, aku teringat sweet memory ngan An dulu, kelas Pn Norehan. kitorg pinjam buku Kobes (Reza) nk siapkn keje kat library, so lambat 15min kot. carik2 kat klas tu takde org. diorg pindah klas, dari BK ke BS. dekat jer, tp kitorg xnmpak. semangat aku n An carik, sampai kat blok U, C, blok Lecturer... dan seterusnye ke Segamat (outing). kata Reza diorg nmpak kitorg carik klas ngan sayunyer. dgr2 Reza nk panggil kitorg, tp di halang oleh Pn Norehan. anyway, aku tak slh kan Pn Norehan. at least ade gak kenangan buleh aku tulis kat sini.korang buleh? hahaha. sweet.

Eh, Bomber dpt Shah Alam? waaaaa, tak sia2 ko cuti sem yek?! sampai skang aku masih tak tau. ngape ko cuti sem? wahai Fhais?!
==== ditulis oleh.... yowa2=====

30 November 2003

Assalamualaikum
Selamat Hari Raya kpd sumer muslimin n muslimat :D

Hari Raya baru 6 hari berlalu korang dah balik Itm, mende la? enjoy dulu- tak gitu hena?
Well bagi aku sepanjang Ramadhan ni banyak kemunduran dan kemajuan yang aku dapat,
kemunduran tu total kutipa duit raya n kemajuan tu apa lagi, perut aku la.
Bagaimana korang? sama gak cam aku ker?

Aku dengor 2nd intake dah start masuk dah, yang aku tau si Bomber kesayangan aku jer. Kalau korang tau kabor la kat teman2. Tahniah Bomber. Tercapai hasrat ko nak duduk Selangor heh he.

itu jerlah yang aku nak kata. Berhati- hati di jalan raya. Jangan sampai korang kena bungkus ngan surat kabar can masik lemak lak.
Mintak Maaf Zahir Batin kpd alll of u guys sbb aku ni laser skiz. kuheh he heeh.

Wish uall the best!!

23 November 2003

Assalamualaikum. harini akhir buat masa ni aku post, pasal pasni abis la credit aku. minta maaf la semua, aku ada slh kat korg, zahir n batin.
pasal blog ni, sory la kena view ngan resolusi tinggi.bukan problem kan.PC sume powerz. pasal chatting, aku buleh kat dalnet je, webnet takleh. join situ la wei.sian la aku.
satu lagi, aku selalu lepak kat forum.cari.com.my berforum kat situ. An pon ada. nick aku yowa2, An tentulah pujaAn. kalu korg register, PM la kt kitorang. besh wo.
k, till then, SELAMAT MENYAMBUT HARI MERIAH, TERMASUK AIDILFITRI, KRISMAS, THN BARU... dan besday sesape yg berkenaan. wassalam.

22 November 2003

Assalamualaikum, Kabare, Sejahtera atas Kamu- Ya ahli Kuburrrr

Web ini telah di upgradekan lagi ngan hasil kreatif Yowa2 kalau ko perasan ada banyak makhluk ghaib bergerak kat web ni.
Lagi satu ada hidden message kat tiap gamba tu, pepandai korang la nak cari.
Oleh sebab kontent telah di upgrade maka web ini harus di view ngan menggunakan resolusi pixel at least 1024x768. Korang leh ubah kat desktop propeties.
Well selain itu aku nak ucapkan Selamat Hari dan Maaf Zahir batin, kepada sumer kekawan aku :D

Assalamualaikum
pergh, BI yg dah bersuara... takleh buat ape la.yela, menang la.aku boh dua2 chatterbox.buleh?
aku buat lagi gif animation. download kat sini


http://angelfire.com/blog/stor/gif2.zip

(latest). yg dulu dah download? kalu belum, kat sini


http://angelfire.com/blog/stor/gif.zip

. yg ni lak versi besar, baru pueh ati!


http://angelfire.com/blog/stor/fpm.zip

(fpm stand for FlashPlayerMedia..kot.)

16 November 2003

いらっしゃいます


dikesempatan ini, saya mengucapkan
SELAMAT
MENYAMBUT HARI RAYA!!!


and saya memohon kemaafan zahir dan batin, kepada sesapa yg mengenali diri
ini (chewah!). korang sume tetap dalam ingatan ku. insayaAllah, ada nama2 korang
tercatat dalam diari aku. so,


oh ya, bagi para pelawat, bolehlah guna
shoutbox

kat tepi tuh untuk UCAPAN RAYA KORANG
enjoy! (tapi takleh panjang2 ngat, tak kuar.) kalau korg tak nmpak, kat bwh kot.
sori, resolution kena tinggi kalau nak display properly!

=latip menulis=

AMARAN!! SEKSI INI ADALAH DITULIS OLEH PUJANGGA
JANGAN TERSILAP



Selamat Berpuasa di samping keluarga yang tercinta!!
Amacam poser korang taun ni? Penuh? Alhamdulillah aku dapat poser penuh tahun ni.
Takda banyak dugaan. Just sleep and mandi jer lah kerja aku tetiap ari. Korang caner?
Pada keluaran kali ni aku akan wat list track kekawan kita cam dulu- dulu:

Pelajar sem baru part 8:

1. Pulih: ada dua paper lagi
2. Tomok: ntah braper lagi
3. Pucau: tinggal satu. Jgn putus harap, we love u.
4. Ta'ei: ada dua lagi kalau tak silap
5. B.I : ada dua lagi

yang MIA (grad tak sempat)

1. Pulit: tapi kata nak jumpa NC
2. Peon : ni aku tak tau
3. koku : ni aku faham, last sem dah teruk keadaan dia. Ganbatte

yang nak MIA (Transfer)

1. Bolly : gi Melaka (babaii En. Arun)
2. Eliz : gi Melaka gak
3. Zeha : gi Segamat?!! takleh study kat Shah Alam katanyer. Pelik? dia ni umah kat ner?

Yang berjaya sambung semula:

1. Sagu : Shah Alam, tak tau amik aper
2. Wari : Shah Alam gak, dapat lepas wat rayuan
3. Farah(Cepat exp): ni kes haru, dapat tapi check takder nama, siap gi jumpa dekan wat rayuan.
4. Azim : ni minah cuti sem, kira la jugak
5. Jenal: Dapat kat Shah Alam


Ha ni jer lah yang aku tau. Lagi satu: budak part six last sem ramai tak grad. Huh ho, pak lan,
oscar, kamal dan ramai lagi masih ada lagi. Kali ni kes En. Albarudin. FM dah payah ke?

Kepada yang lelain blajar rerajin. Latip jgn main game pepagi. Tak baik utk perut. Takder yang
nak bagi gambar ker? Penat aku tunggu, takper aku tunggu lagi.

Well dat's all 4 now. C u again. Bubbaiii

13 November 2003

ada kata salah kj start pulak la An. tu ker redlof yg ko kate? scan tak jumper pong?
aku dah ubah shout box. jadi ker? dah kasik lebar, panjang, n cara guna smiley. try la.
anyway, sape nak download gif animation aku yg buat klik sini http://angelfire.com/blog/stor/gif.zip

kalau nak blaja, bagi tau la. nnt aku buat note. hehehe

10 November 2003

KENAPA AKU TAKLEH ONLINE?

Pada mlm tersebut, tgh aku best check result final, sambil chat ngan BI, Batu,.. An pon ada, tetiba, kapish, tebaaaboooo. black out. pastu aku g tido la.
esoknyer(Jumaat)... cobaan. sampai lebih kul 8.30 mlm (2030) baru ada karan. terus on pc, online..... modem lak tak ddetect dial tone. ampes la gini.
Ahad kedai pc tu tutup. so, arini, Isnin. lepas sahur, tido, 6.45 solat. mandi, siap2, lepak, last Blade jap, pegi kampus Jengka +-8.30pg(0830) ntk mendaftar. settle +- 9pg.balik, g kedai pc tu. katernyer, ada waranty, bwk produk r. aku balik, dtg bwk modem tuh. dia test2, dpt baru. terus aku online ni hah.
diasamping tu, aku dah pon format balik pc aku. abis la data2, file2 assignment last sem, gmbr2 gif, brg2 jahat(hehehe). tapi takpe, at least pc nih, dah sihat. k, SELAMAT BERPUASA N RAYA. ===latip menulis===

09 November 2003

SELAMAT PULANG KE KAMPUS !!!!
BACK TO SCHOOL EDITION


Ahaks selamat balik blajo kpd korang yg berjaya naik semula dan tahniah kpd yg berjaya dpt result cemerlang sbb aku tau Latip ngan Batu dpt 3 pointer. Bila nak belanja?

Kpd yang tgh tunggu result application Sambung blajarrr, ni aku nak bagi nombor kaunter pertanyaan Shah Alam.
03-55443615@ 3614
Korang tanya la kat makcik tu kut nama korang dah ada dlm register. Ho ho. Selamat berjaya.

Well aku akan selidik saper yg dapat dan siapa yg tidak seperti awal pembukaan laman ni. So jgn matikan henset anda. Tunggguuuuuuu.

Oh ya Raya karang dtg ler rumah . Nanti aku cari nasi bariani kasi korang makan. Kurr kurrrr.
ok lah sampei di sini saja. Babaiii
Assalamualaikum

07 November 2003


assalamualaikum. result dah kuar gi kat http://www.myuitm.com/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=37 atau cuba link atas tuh.

05 November 2003

Ho ho hoi, pekabarrrr sekalian?
Lama aku tak post berita baru. So ari ni aku tambah lar sesikit.

Ni pasal Doded, aku dengor dia accident masa nak gi raptai ari tu. Pekabo skrg yerk? Ada patah ker? Kepada sesaper yang tau tu kabor ler,,,, tak reti- reti?

Bolly lak dia dah transfer ke Melaka. Takper Bolly gi lah, aku pun dah jumpa ko lagi, kalau tidak kau akan menyesal. Heh he. Happy jer aku dengor cerita dia.

Pasal Boja@Ijan dia ternak ikan sekarang, ikan akuarium. Ari tu aku gi KL singgah umah dia jap. Banyak la gak ternakkan dia. Kpd sesaper yg berminat nak dapat supply ikan mas ke,ikan kaler- kaler dia call 0123735841. 24 jam on call.

Pucau jadi tukang wat air kat warong time poser nih. Warong bukak siang. Baguslah tu tapi jgn lak customer 4 ko wat 5 cawan lak yer Pucau.

Mirc sekarang makin hot. Kalau korang teringin nak berbual ngan bebudak ni datang chanel uitmsegamat,webnet. Biasanyer dlm kul 12 sorang- sorang datang. Ni korang sahur ke tak? Jaga badan la tu.

Kami selaku webmaster laman ni amat memerlukan gambar2 dan bahan2 baru utk web nih. Banyak dlm konstruksi dan nama korang akan dipublishkan ngan sewenang-wenangnyer.Ni la cara nak glamor senang.

Kpd pembaca wanita, silalah tinggalkan mesej atau ucapan di chatter box. Herna aku tau ko slalu dtg.
Welll Sekian


LAWAK TEPI

Kek Birthday

Ada la sorang pakcik tua ni datang kedai kek nak tuku (beli) kek utk besday bini nyer. Pastu pekedai tanya, "nak tulis apa kat kek ni cik?" ngan berkobar- kobar nyer dia kata "anak tulis kat bahagian atas 'sayang sangat di sayangi' dan kat bagian bawah 'sayang sangat cantik'".
Pastu masa besday makcik tu, makcik pengsan.?!!! Sebab aper? kat kek tu tulis "Bahagian atas sayang sangat disayangi dan bahagian bawah cayang sangat cantik".

Selamat Ari Raya

04 November 2003

try post ntuk bulan 11 lak.
An, ape yg ko kate... messenger lah, hape lah. msg aku 012-9182494

29 October 2003

Halamak, gagal taruk hit counter. search pon, takleh kot.
1 nov, kali ni aku buang gmbar mokuro, panjangkan lagi flobber chat tuh.
aku edit post ni jer byk kali, pasal An lama x tengok. so, camner? next 041103 TUEsDAy.

السلام غليكم
amacam.... ada kuar gambar tak?
preview ada tadi.

associate with http://angelfire.com/blog/stor/ and pintu.blogspot.com

aku dah ready page, gambar je takder. so, sesape, antar gambar2 scanned pada.... aku ker?
cuba yowa2@tm.net.my atau an sendiri gargonite@yahoo.com. kata nak pakai tmnet prepaid, macam aku gak.

25 October 2003

<==Latip menulis==>
An.... aku tipon ko, ko blk kmpong( 25/10/03 Saturday).
aku nk mintak izin... pasal Poochow ngan Batu slalu gk dtg sini, ada net kt umah, ok tak kalu kasi diorg login ko nih?

takde la org bosan xde update. so, buat syarat, tulis name penulis blog ni. pasal dh 4org la yg bley access blog ni. ok ker?

So, sesape kt luar tu, yg nak gak access web ni (nak tulis, kasi idea), mintak kt aku ker...., An ker(xder henset dah.)

24 October 2003

ok?
ni aku ubah description.macam winamp version lak. aku invite batu nad puchow. ok kan an.
pastu, tengok bwh flobber, ada joke. ada cadangan bg tau la.
nk buat search, tp geicities dh tak kasi. susah la tiap kali nk bukak yahoo kan?!
batu, poochow.... lain kali nak chatting, ajak aku.

23 October 2003

aku muncul ngan nama sendri lak. An, apsal jual henset? ingat kerja ngan Mr Naseer makin kaya. lak tu jaga kemusa. ni musti awek asik mintak blanje.

ape la, tgk budin, ada byk pon, diorg xbrani mintak blanje. yg mintak tu pon, agaknye (agaknye) takde intantion....

so, sape an? sape.
to Poochow, kalo ko kecewa lg, ingat la pesan mak ngko...bukan makwe ko.

22 October 2003

aku ubah template ko lagi. ha ha ha.
assalamualikum.
ok la en. pujangga. tp aku xtau pon aku ni wartawan rasmi! aku tau aku ngan ko pengasasnye, ala, macam Bill Gates & Allen hapekename tu.

em,banyak aku update nih! tips ntuk org yg b'minat nk save page ni,buat mcm aku buat ni. DAH BUKAK PAGE NI, KLIK view>source. (@right klik>source) TERBUKAK LA NOTEPAD DGN HTML KAN. SO, file>save as> NAMA FILE SUKEATI, TP BOH DOT HTM (eg weban.htm). okeyh?slamat mencuba.aku wat cmni la.

1st, aku nak komen ko punya latest story dulu(3 isu). ok, ko marah Katu pasal xdtg web ni? budin? ko tak kate ape? tp jgn marah dia. dia sibuk kerja, nak layan msg lg, yg semakinhari makin b'tmbah. xmcm reza@batu@aku sendri, makin jauh, makinlenyap kengkawan tanpa berita.

lagi, patutnye aku sokong ko pasal pulaukan reza. rasenye aku pernah ajak bebudak pulaukan dia aritu. ha ha. tp, aku ni simple je pemikiran, JGN la pulaukan dia. dia xmatang lg. kecian dia.aku sejuk ati pasal ari tu, 9hb okt kot, aku sesaja miskol pasal tau korang dah abis paper(tax shj kan!!). pastu dia call aku pakai henset, melayan la +-10 min kot. dgr gak suara CAYUNK ADIK aku, poochow. ha ha.

oh yer, Peon dtg web ni tak? aku nak mintak mahap bebanyak la. aku serious luper la, nak kem slm member jengka ko si Kay tu. maklum la, musim exam. ko kena phm, aku NR.aku g kampus,kalu xpasal kelas,pasal test/exam jer. kali t'akhir aku jejak padang kampus jengka ni pon,8 thn dulu(darjah 6).tu nasib baik pernah jejak.

ok, berikut adalah cerita KONVO kitorg.tp, my view la kn?!1st, 5hb amik jubah. xsusah pon jmpa bebudak.batu,boja naik kete budin(abg).mewah siot.ada la org2 grad, xyah sebut kot.tau2 la kan.tp yg mcm ngko(he he),ada Kallat, MatPet,Hasan.dan yg lebih hebat dr ko,(don't take offence) Abu(duduk dkt aku,aku pnjm pen dia),Itik(ex-ydp SR).yg pompwan, biase la.

pastu majlis raptai la,hape la,kitorg sesi fotografi.problem budin biasa la,xramai tau guna kamera mewah dia(abg) tu.tpaksa jadi dia sendri jd jurufoto.ada abg reza yakni Tungka(Faiz).klaka, matban kt "ramai org ingat ko xgrad.."kat Tungka. ha ha ha.mamat ni ETR amik masa pt4 tau.makin byk uban dia.lapo seh.nmpaknye batu&bolly xsemesra dulu, no more "ape dia,cipan", "ko yg pekak,bangang". ha ha.aku xblk umah abg aku ptg tu, ikut geng2 jht,naik kete mewah budin(abg).mkn2 dulu.

bersama aku,tungka,budin,boja,batu.ktorg g lak umah(blk?) katu. ingat ni: Seksyen7, blok 4 no 502. (kalu xsilap la..)penghuninya:Katu(mak),Bases(ayah),(anak2)Waco,Serang,Arab,Baka&Topah.masa ktorg smpai, xde Katu,Topah,Serang.mkn2 klas.pastu Serang dtg. ko tau,Boja dah ready nak gaduh ngan Katu.kecewa betul.mmg pastu keluar la ayat "keluaran kilang" kalau jumpa.pastu g mkn2 lg kt S.11 lak.pastu balik.

fuh,baru satu ari. next day,majlis tu.sesi pg ada sape je, aku,abu, itik,batu,pempwanz.em, biase2 je.nnt korg tau la.yg penting JGN TAK SALAM! ada sorg awek ni,xabis blaja(agama) abg aku kata,xslm ngan NC tu.time beliau berucap,mmg kena basuh awek tu.aku xtau sape.tp sian gak.ntah2 tengah nangis.NC kt xmarah, tp phm2 la kan.pg tu je,lebih 800 org graduanz.baik aku awal2.

abis tu,xnmpk pon batu.aku sesi gmbr ngan mmbr jengka lak.jmpa jawa.aku xphm crita dia.pulangkn jubah.jmpa Jepun.ada gak Katu.makin encem.borak2 la.sian la yg course professional(CIT:Chartered in Transport eg topah) tu,xdpt loan. .......lg aper yer.takpe, nnt aku ingat aku tarok lg.

skang nyer crita... pasal aku la.aku dh jumpa jam besi aku.aritu dia ilang lebih sebulan tau.smpai test FAR cashflow aku xde jam punya crita,kelam kabut aku buat.pasal final exam lak,pergh, mmg agak susah la.tp agaknye lulus pasti.cuma takde harapan nak pakai selempang mcm Masrieza tu.yg kompem aku score musti la arab.final, lepas 40min aku keluar.mmg pancake('kacang' versi eropah) la.hidup aku, mcm rindu la clearance bilik,packing nak balik,open table kt benteng(mcm Nani),hadiah grad(nasib baik).tp, bg aku,cabaran aku xlari, mungkin cuba elak.

till then, JYA bubbye.ila huna faqad.

11 October 2003

Assalamualaikum,kabare?
Aku sesaja update blog nih. Ni sebenanyer lagu faberet aku. Baru jer suka.Tak tau kenapa. Tapi yang aku tau lagu ni lagi best dari lagu Vitamin C.
Soundtrack Armageddon. Cuba korang enjoy dis song. Oraitt


All my bags are packed, I'm ready to go,
I'm standing here outside your door,
I hate to wake you up to say goodbye.
But the dawn is breakin', it's early morn,
The taxi's waitin', he's blowin' his horn....
Already I'm so lonesome I... could cry.......

So kiss me and smile for me,......
Tell me that you'll wait for me,......
Hold me like you'll never let me go....
I'm leavin' on a jetplane,
I Don't know when I'll be back again.
Oh babe, I hate to go....

There's so many times I've let you down;
So many times I've played around,...
I tell you now...... they don't mean a thing.
'Cause Every place I go I'll think of you,...
Every song I sing I'll sing for you....
When I come back I'll wear your wedding ring....

So kiss me and smile for me,...... etc.

Now the time has come to leave you,
one more time let me kiss you,...
Then close your eyes,
And I'll be on my way.
Dream about t the days to come,...
When I won't have to leave alone,..._
About the times... I won't have to say....

So kiss me and smile for me,...... etc.
I'm leavin' on a jetplane,
I don't know when I'll be back again.





06 October 2003

Ha ha ha,hi hi hi.Ari ni ari spesel wat yg dah grad sbb korang tengah KonVo sekarang. Mesti tgh happy giler sampai makkertua lalu kat belakang pun tak perasan. Aku sdg ngan bomber outing di tgh ujan nak ilangkn boring nyer pasal. Tahniah2 kpd korang sumer.

Kepada yg lum grad leh cuba lagi sem depan. Mana tau rezeki korang sampai time tu. Tul tak Herna?

Kpd Katu aku benci ko sbb tak dtg lawat web ni. aku dah kekurangan bahan umpatan nih. Happa la. Boja call pucau tadi, biasala adik call abg mintak wish. Pucau maintain steady jer. Oh ya Meah tgh kena pulau ngan aku time ni. Padan Muka dia.

Maun lak tgh bercuti kat cherating nih. Kuang Hajar sungguh. Arter lak sdg di Anti oleh pak cik Bomber and Abg Nagi sbb tak wat group assignment. Dia selamber balik masa nak due date. Kpd sesaper yg nampak dia, tolong la nasihat. Keter dia tu dah tak power dah,jual jer jadi besi buruk.

Pak ngah sdg kuat study skrg nih."Nak Grad niii" kata beliau."Jgn lupa panggil wartawan masa aku konvo nanti". Bangga nii. Aku pun bangga ngan ko niii Ngah. Takper tungguuuuu.

kpd Latip,tolong wat laporan penuh kejadian Konvo ni. Asyik aku yg cerita pasal org.Ko kan wartawan rasmi Pujangga. Nanti aku wat baju.Anto kat ngko. Tapi belanja hantaran sendiri aa

ok la., aku nak belah dulu. babaiiiiii

05 October 2003

hai hai hai, percubaan latip nak tarok gambar kat web ni gagal lagi.
takper kita cuba lagi.

ho ho final dah dekat, bagi budak bacelor ni la final first korang.wat berbaek, dptkn cg best2.klw tak sekelas la kita sem depan, hah ha.tul tak herna?

ada banyak beritas aku nak letak tapi tak sempat nak tulis. aku tgh struggle utk final ni,paper aku abis 9 hb.doakan la aku grad ngan hensemnyer.dan juga pucau,kutu,meah,barter,cugi,bomber dan yg lelain la.

well tu jer la coretan aku.harap tak puas ati.cuti ni sebelum nak berbuka tu buka la web ni dulu ok?
slamat berpuasa di bulan ramadan ni.
assalamualaikum

30 September 2003

An. aku aku rase aku dah tarok gambar. geocities dah takleh upload file. kena carik pot lain la.

24 September 2003

Salam siaran, (",)
Dah lama aku tak mengarut dan mencarut di website nih. Hari ni segala
yang terbuku di dada akan diluahkan. Ho ho ho(ketawa jahat)

Aku nak mula ngan BERITA TAKZIAH dahulu.
Seramai 3 org junior SR telah kehilangan bapa mereka pada bebaru ni.

Memula ialah TASBIH@YDP MPP: bapa beliau meninggal dunia pada awal bulan ini.
Selepas itu pula bapa kepada KACHANG, meninggal pada seminggu lepas itu.
Bapa kpd ACAP@ wingmate Batu pula meninggal pada minggu yg sama.

Sesamalah kita menyedekahkan Fatihah kpd mereka. Semoga Allah mencucuri rahmatNya
kepada roh mereka.

Lepas tu!!! Kita cerita pasal Herna lak.
Ari tu An telah meng"call" dia dan tanpa disangka2 rerupanya tetiba tetelah
ada seorang jejaka meng'usha' awek sorang nih.Hai makan nasi minyak ler kita
tak lama lagi.
Tak sangka awek ganas nih ada org berani usha.Ella patut belajar dari dia.
Per per hal wa caya sama lu!! peace sistah!

Dlm dediam final dah menjelma. Maka aku dgn tak segan silunya ingin mengoffer diri
menjadi ejen Ucapan Salam dan soalan bocor.Mungkin agak lambat akan di releasekan
tapi kita cuba try dulu.

HAPPY GRADUAN GUYS

Pujangga sejak akhir2 ni asyik jumpa ngan memember bachelor jer. Suma ajak gi graduation day.
Tak janji datang but tengok keadaan lar. Yang telah menyatakn akan kofem dtg pada hari itu:
1. Nanny
2. Zu-liana
3. Bolly
4. Saleh
5. Dll
6. tak ingat ler, ramai sangat...

Ok le sampai di sini saja. Website ni is still under construction. Icon kat bawah tu jgn klik
sebarangan kecuali dah berumur 40 taun ke atas dan dah cukup iman. Well see ya again guys.
Adios

19 September 2003

assalamualaikum kengkawan sumer,
aku pujangga minta maaf bebanyak sbb lama tak update.
ni adalah kerana server ada banyakkkkk problem. dan poket aku slalu kosong.
so harap bersabar yer.
new update will be told by sms as usual.
assalamualaikum

28 August 2003

Aku lagi.sori la, gmbar tak kuar.upload aku gagal. lebih 1mb file tu tau. aku punye blog pon problem. xleh publish pon!
apatah lagi nak edit template.

so, sini la aku tumpukan perhatian yer. buleh?

Assalamualaikum. ni contoh gif dari cite(game) MARK OF THE WOLF.




CAMNER NAK BUAT? xsusah. kena ada program Flash Macromedia.
then kumpul gambar bebanyak, ..... senang kalau korang ada Neoragex la. korang dah pilih scene mane nak di-gif kan,
save la gambar2 tu.macam cite katun la. tekan F9 bebanyak. skali tekan tu, 1 Frame. kalau pakau Kawak, pause(Enter)
then ctrl+p untuk save gmbar tu.

Bukak program Flash, File>Import> then amik satu file gmbar tu dari foldernyer la.kalau step korang betul, dia kate image tu sequential. amik la.ok.
so,dlm flash dah masuk gmbar tu ka.cube tekan Enter.gerak tak?

Skang nak produce jadi gif.sebenarnye, jadi mende lain pon bleh.tapi gif la paling ok rasenye. klik File>Export movie>
kat bhgn Save as type tu, korang pilih la.yg aku ajar ni Animated gif(*.gif) la.

Thats it. selamat mencuba!!!
Bubbye.

bwh ni 2 lagi, Kim Jae Hoon(MARK OF THE WOLF) & Musashi(LAST BLADE 2).





sepatutnye, kotak2 tu kuar gambar animasi. ingat lg nak camner nak buat?

Hai An, ko baik ngan En Abdul Naseer yer?! bagus la. nak kem slm ke tak? ingat lg ke aku?
aku gak kat sini kene buli. Jahat bebudak ni. tapi, siape peduli, ye tak? kata buleh luah perasaan kan! 13hb Sept, ada minggu bhs arab. kena la buat persembahan, sume yg amik arab la. ikut klas. MAUT. kelas aku kena buat DIKIR BARAT dlm bhs arab. biasenye, ni bukan hal aku. peduli ape yetak?
teringat dulu2, masa BTN Anis(Hidayah, DBS) kata aku 'lepas tangan'. ha ha ha ,tak dpt dinafikan.

so, the problem now, aku lak yg kena handle bhgn persembahan kitorang. lak tu suruh aku baca doa perasmian. mane aku reti!
nak tolak, aweks2 yg suruh. Poochow pon volenteer kalau ade peluang.
itulah saye. tapi, sincerely, aku suke macam ni. senang nak rapatkan hubungan klas mate. yetak?!

anyway, baru aku ingat, Buluh (Bazli, DIB) kata hebohkan no henset baru dia. nasib la.0129330742

till then, maassalam
Assalamualikum. apa crita? Yowa kembali! suke tak? ;)
Baru2 ni ktorang bebudak B.Acc pt1 (sem 4) jengka Pt masuk weh! pakcik kayo. sorila...tak dapat nak blanje ngkorang. jauh ngat. xde rezki la itu.
so, ni nak kasitau, aku tlah me-material-kan duit PT tu dengan: Desktop PC
2.4mhz Pentium 4
256 DDRAM (DDRAM tau, bukan SDRAM)
HDD 40GB (biase la)
dgn harga RM 1,750
+ printer Canon S200SPx RM 180
POWER BUKAN?! Ha ha. Tapi kawak takleh fullskrin. katenyer nak 16@32 bpp. ape ke binatangnye bpp tu An?
Yang lain memang ok la.
Member aku kasi pinjam se bundle cds game (+15 cd title kot). bahaya btul pelajaran.yang aku nak bangga ialah, NeorageX aku ada +-40 games tau.
tu termasuk yg dah lama aku carik ie. GAROU; THE MARK OF THE WOLF.

nak tengok gif lain!


Dulu aku nampak game ni kat pc Athur(Ally Azran Abd Rahim), part 2 kot.aku mintak lama dah, katenyer kat hard disk.pastu x penah2 bwk.

Kalau korang ada main KOF2000 korang tau ada striker ie Kim Jae Hoon & Kim Dong Hwan. Agaknye anak Kim Kaphwan!
Ada juga Hakutomaru rasenye. Ninja dia ialah teknik Shiranui. Anak Mai kot?! Rock Howard of course la ada.
Cuma, takkan la Terry xde nak buah ye tak? Blue Mary ape crita?

Ape hal la aku crite pasal game.Memang x show la main sensorang. skang ni aku main "The Thing". best gak.maklum la, xjumpa Angel of Darkness, inipon jadi la.
So, below is the gif animasi yg aku buat.nak belaja?

encik sensei,caye nak blaja buat gif



So, enjoy. member2 yg nak konvo tu, see u'all 05/10/2003 key?! InsyaAllah.


22 August 2003

CINTA KOLESTROL BERADA DI UITM SEGAMAT!!!!

Ari sabtu ni ada banyak aktiviti kat sini, GAYONG wat seminar martial arts, jemput johan dunia taun 1994.
MPP lak jemput krew and pelakon CINTA KOLESTROL dtg sini makan angin.cambiasa kena beli tiket, tapi aku tak beli. mahal, oleh itu aku akan menyamar jadi erra fazira utk masuk percuma. tunggu forecast dari aku nanti. korang kalau nak dtg antar sms kat an-0127594712.tapi aku tak janji ada tiket tau! ni cuma usaha jer
BERITA GEMPARRRRR!!!!
AN DAH BER"ANAK" (mempunyai anak)"

Kolej SR,Bilik 336.Rabu. Seorang teman yang amat kita kenali telah mengaku bahawa dia telah mempunyai anak. Kita ikuti wawancara tersebut:
p: pujangga
An: poyo


p: a'kum
An: alam
p: aku dengor ko da ada anak betul ker?
an: hmm,,,,,,,, ya (sambil blushing)
p: berape anak ko skrg
an: sbb aku belum kawin jadi cuma ada 2 jer.
p: oo gitu. habis kalau da kawin brapa anak ko?
an: mungkin cukup 2 team basketball kut? (lebih kurang sepuloh)
p: siapa nama anak ko tu?
an: nama dia Cindy.dia lahir kat SR,mak dia nama Faridah, bukan Feridah. Dia ni anak terbiar sebenarnyer. aku kutip masa cuti ari tu. leh la jadi teman tido aku. hari2 aku kasi makan friskies.
p: oo kalau gitu anak ko ni jenis maun la
an: eh bukan! maun ada kat bilik tgh main game. dia ni ket laa.
p: cis ko telah mempermainkan aku yg hensem nih. amik ko (pengarang telah mengeluarkan hikmat angin seram masam.

begitulah hal yg telah berlaku. Bomber ialah nanny kpd cindy. dan maun ialah penjaga bilik.
sekian berita dari karam singh walia

20 August 2003

a' kum semua

ari ni spesel sikit sbb aku update kat bilik En. Abd Nasseer. Hoho aku berlagak..
Masa ni eliz, ayang ngan aya(JAIS) ada kat sini. tgh tanya ssignment.

berita baru tak der la sangat
no aliph
AIN dah dapat kerja Assistant Account bebaru ni. tepuk2. baru masuk bulan nih

Kobis@meah da ada awek. awek tu yang ngurat dia, cambiasa. dia ni kan pemalu orangnyer

cuti korang wat per ha? aku tak cuti, duk sini teman cik Abd Naseer wat research. nak claim double nih. kayo pak cik.ha ha ha.
oh yaa, aku nak mintak mahap kat org2 yang telah dikutuk aku. ada yg ngadu kat aku sampai takut nk tengok website ni lagi. ala skali skala.

ok la sampai di sini saja.ayang kata dia dari Australia bila bos aku tanya "kampung mana?"

babai

17 August 2003

ok, smbungan dari pintu pasal link gambar. ni hah syntax tersebut
Powered by Blogger

http://www.gamingmatrix.com/kofonline/Images/KOF2000/kof2kKyo5.gif
Powered by Blogger
thilap yg tu yer. jgn pakai.
so, ubah la, contohnye...
img alt="Powered by Blogger" border=0 src="http://www.gamingmatrix.com/kofonline/Images/KOF2000/kof2kKyo4.gif"


aisey, skali bila preview, tak nampak la plak dia nyer gambar. "bila mouse point sini" qalastum?

angin nyer..... tengok kalau camni lak...
Powered by Blogger

aper ni... Powered by Blogger
assalaualaikum..
An, aku nak dah tau camner nak tarok gambar kat blog ni. tapi kena la masuk technical software kat port aku, ye tak? dah deal kan.

so, pelajaran seterusnya.... tak payah la aku ajar j-poon ye tak? buat mende lain la. bagi cadangan.

08 August 2003

KEPADA MEMBER b.ACC
kite kena saling tolong menolong bukan? so, kasitau mane nak cari info for:
TITAS: hubungan China dan ISLAM (sejarahnye)
MAF: re-engineering technology
PSA:...tak payah la.
FAR: manggggg ai. dasatnyer assignment publish account. baik lecturer ialah THR
(Tuan Haji Razali (PM)), bukannye PM Aron (sabo aje le)
QMT: ini yg aman damai, tp bleh kasi galakan moral tak ntuk LINEAR PROGRAMMING.
MAT126 saye amik setaun (2sem).
B. Arab, insya Allah! buleh makan nih. selagi belum Bahasa Arab tinggi la.
assalamualikum.
ikut program An, aku patut mengajar NIHONGO skang, kat sini.
tapi, cam biase org buat, pengenalan@syokai@ta'arruf. ye tak?
so, nama saya... panggil je lah ape2, paling bangsat pon "org yg aja Jpn kat Pujanggamalam tu, yang poyo tu..." .....hm, bolehlah. insyaAllah tak kecik ati.

ok, ini kena kasi ingat, kan ke kewajipan kita untuk sentiasa menyebarkan dakwah(opinion; tak setuju kalu, komen la!).so, sentiasalah kite sama2 bersyukur apa yg kita ada. tupasal la, sepatutnye.... erm, takpayah lah. this another my opinion. nnt kate aku hipokrit lak, walupon memang benar hal yg demikian. so, (brape bayak so la...) tau tak lagu ni?
marilah...ber a mal, beramal kerana Allah, beramal kerana, Allahuakhbar!
beramal kerana Allah, pemuda melangkah gagah, menjana kuasa rakyat,
bersiap menghadapi cabaran. semarakkan............ etc.

cari sendri la. lagu fav. aku time tingkatan 5.

ok, kita mulakan pelajaran NIHONGO yg pertama.

yg korang kena ingat ialah... "watashiwa nihonggoga wakarimasen!" yg bermakna: aku mane reti bahasa jepon!

cukup tak?
hi, ila huna faqad. ma'assalam.

03 August 2003

aku try masuk pakai invitation ko. agaknya ada nama aku la kan. oit bebudak, aku bukaan Yasashi
saya, webmaster saya juga webmaster blog pintu, nak inform, aku pakai no baru yaitu ..... takpayahla. bagi sesape la yg nak. kepada An, watashino seito, hantensho! bagus la ko nyer blog. mane nye hit counter? gagal la itu. key, till then, ja made. ila huna faqad. assalamualikum.

02 August 2003

Selamat hari Mengawan!!!! atau Happy Frenzship Day !!!
aku tak tau ada hari ni sampai la aku dapat dua sms pasal frenship day nih. Terasa baiknya, Exist.

Ni adalah update spesel for this event....
Unttk opening aku akan menyanyi utk korang semua, dan ditujukan khas untuk: 1.geng S.A.G.I.L - LATIP, BOJA, BUDIN, BATU, MAT BAN
2. budak kampung aku- BUNGA, WAK, PUCAU, BOLLY
3. pet aku- Bomba
4. geng pompuan yang aku takleh sebut sbb korang cepat jeles kalau ada yang aku tak tulis kat sini, tapi budak kompang nilam,baiduri dan bnyk lagii
5. yang tersayang, ehem ehem.si R..

dengorkan lee lagu Sandarkan pada Kenangan ni- Duet aku ngan Siti Batu


Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Duri ranjau dalam belajar
Lumrah dunia

Sayang menyayang
Katil hostel dikenang
Perasaan menjadi rindu

Oh...
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa hint soalan mu sayang
Siapalah aku

Sayang menyayang
Saling percaya
Punca C.G berpanjangan

Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada Mat Ban?
Sememangnya aku tak pernah melupakannya
Mengapa mesti ada perasaan benci
Kerana hutang dan percaya luput dalam perasaan

Marilah kawan
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan


yaa tepuk- tepuk pap pap pap. Sedap tak korang nyanyi? ala mana orang dengor kalau nyanyi dlm hati.


dan ni aku sertakan bahan yang aku jumpa kat Jaring, jgn caya bebulatz. aku tak tanggung tau!!

RAHSIA TARIKH LAHIR




Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.


benarkah? benarkah?


ok lah, sampai di sini sahaja. lain kali aku update lagi k?? hari ni Ashka datang. kena interview dia dulu baru aku bubuh bahan baru. babaiii, a'kum

31 July 2003

Aku lupa nak announce bayi bulan Ogos
cam pucau,kita miscall, call, dan sms dia banyak kali.
Pucau kata dia "mati" kena tembak, berlobang2 badan dia.ha ha ha. thanks to our frenzz

Bayi no 1: Siti Norazlin Sajat- ni budak Baiduri - 2 ogos
Bayi no 2: Siti RAzmah@Azim - ni budak Muo - 17 ogos

aku tak bagi no henset atas sbb keselamatan. Kalau pucau tu apa la sangat yer tak?
Ok la geng, adios.... (",)
Ho ho ho :)
Selamat pagi kalian.. apakah kalian telah bersedia untuk menikmati lagi
berita2 drp ku?

ini ada lagi sikit informitas tentang kekawan kita.

Herna Khalid@Henna - dah transfer Shah Alam.amik pra bachelor kat sana.
awal bulan ari tu dia belah tak cakap aku.

Baruh@jepun - datang bwk hard disk.kat sana takde servis kata dia.
ada kat shah alam,jd model losyen muka.ni sebab muka dia
dah licin dah. amik IB

Kentang - datang sehari semalam jerk ngan awek dia. jumpa dia kat kemusa
sekarang kat Shah alam juga.amik retailing

Badik - stay seminggu kat sini. ntah apa hutang dia kat itm tah sampai
kena tahan. saman sebab letak kereta kebal sesuka hati kut.

En.Farid - datang wat clearan gak.dah selamat kerja kat petrosains.gemuk
sikit aku tengok.ye la dah takleh jogging kat klcc tu.naik
escalator satu hal,kalau dia jogging dlm tu nanti klcc jadi cam
menara condong teluk intan kang.

Minggu lepas Kelab Inspirasi wat Malam citrawarna@pertandingan dikir barat.
Biasalah "Booed by everybody,cheered by family" esrarian masuk.kali ni
ngan gimik ala orang utan campur itik padang pasir.
tapi kali ni tak menang da,nombor lapan juga.tapi takper TS pun tak dapat
hadiah juga.
kolej mak mun ngan hasra pun join gak beb,cayalah SAB.walaupun dah tua
diorang tetap nampak muda malam tu.ranking malam tu:
1.SMK
2.ZAMRUD kut
3.MUTIARA

ari sabtu minggu lepas aku ngan kobis@reza@hafiz@meah gi main boling kat
melaka raya.Batu dtg jd azimat si kobis.group aku dapat score paling tinggi.
biasalah org terer kan??

pada hari yang sama juga telah berlangsung pertandingan silat cekak ustaz hanafi pering kat kebangsaan kat UNITEN bangi.
kita dapat 3 perak,, tepuk tepuk pap pap pap
tahniah kpd pesilat kita.nampak kemajuan sejak zaman latip dah berakhir dah

rasanya sampai kat sini dulu.before that ada satu announcement:
BORANG IJAZAH SARJANA MUDA UTIM DAH KUAR.
cara apply ialah online: www.uitmonline.com
prosedur:
1.gi bank muamalat
2.isi slip biru
3.kat "nama",tulis "aplikasi elektronik uitm"
4.atas "nama",tulis nama korang
5.isi no akaun
6.ni nombornya: 1403-000-2974-718
7.beli borang yang harga RM 16 sahaja tau.

mari2 kita apply lagi sekali.pada yg rasa course yg korang amik skang tak
best pun meh la amik lagi sekali.

18 July 2003

Hai salam sejahtera semua,
kali ni aku nak beritas pasal memember yg dah wat clearance,
antara yg dah wat ialah:

Baizura Sani@kak bai - dia dtg berdua, tapi aku tak kenal sangat member
dia tu.tak dtp sambung memana tapi berazam utk
apply lg skali.Hidup bai

Latip - ketua rombongan, sampai paling lambat sebab train main tukar2
kepala.kata kat jengka best,takde stress dan takde hal."meh
dtg transfer reramai kat sini" kata beliau

Boja@ijan - penolong ketua,tak sambung memana,tapi nak aply saing
aku next sem.keja part time ngan abg ipar dia.

Budin - peserta rombongan, dia ni takde kemajuan langsung.mcm
tu gak,hitam. mandi pakai urang aring agaknya.keja jaga
skybridge kat KLCC.jgn kasi jatuh jmbtn tu.

Batu - jejaka bermotor,baru beli beb.RXZ JHA 9403.nmpk moto ni
korang baling je ngan apa2. paling teruk pun dia cuma
kata "cipan" je.

aku jd tourist guide diorang tanpa gaji.
sesapa yg berminat nak khidmat aku call le....

ha ni aku nak cerita org2 yg bertuah dpt sambung lepas rayuan ari tu..

UiTM Segamat

Aida SMK- aku taktau nama bapak dia. tapi antara yg terawal register la.
sambung B.Acc
Dilla - pun sambung B.Acc, lepas aku kutuk dia dlm update yg lepas terus
dia cari aku kat sini. baik tak jumpa.

Ieja - sambung B.Mark. dpt bersama ngan bakal laki dia lerrr. aku jumpa
dia kat pasar mlm masa rombongan latip dtg ari tu.sekelas ngan
ieza.

UiTM Shah Alam

Azim@ Siti RAzmah - sambung International Business.tp cuti satu sem sbb
takut kantoi test one.

ok la sampai kat sini ajer.aku doakn korang bahgia walau kat mana korang
berada.
adios

25 June 2003

Selamat pagi sumer, ari ni aku baik ati update banyak skit berita, maklumla internet free.
Noradilla Borhan@Dilla@cutecamdugong telah antar emel kat aku.dia kata dia da dpt kerja jd guru sandaran.Ajar Pendidikan Islam,takdelah, dia tak cakap subjek apa, rasanya lebih kurang cam guru ganti kalau cikgu tak masuk kelas kut.Dia kata tgh cari kerja tetap yg lain. Takbest ke jadi cikgu?
Selamat kerja,dpt gaji jgn lupa rakan2.

Oh ya, aku dah jumpa ah ah@awek rompin,dia tgh lepak benteng kat sini.Tak sempat nak tanya berita.
Kpd latip,budak2 wing lega ko takder sbb diorang leh rasa "kemenangan" KOF. Bila nak dtg? Mengganas lagi la selamber

Ok la, sesiapa yg da masuk website ni,kirim la berita korang.Tak la bazir sms antar sana sini. Sapa yg nak kawin@tunang@Besday antar la date korang kat aku.
Assalamualaikum
Selamat pagi sumer, ari ni aku baik ati update banyak skit berita, maklumla internet free.
Noradilla Borhan@Dilla@camdugong telah antar emel kat aku.dia kata dia da dpt kerja jd guru sandaran.Ajar Pendidikan Islam,takdelah, dia tak cakap subjek apa, rasanya lebih kurang cam guru ganti kalau cikgu tak masuk kelas kut.
Selamat kerja,dpt gaji jgn lupa rakan2.

Oh ya, aku dah jumpa ah ah@awek rompin,dia tgh lepak benteng kat sini.Tak sempat nak tanya berita.

Ok la, sesiapa yg da masuk website ni,kirim la berita korang.Tak la bazir sms antar sana sini. Sapa yg nak kawin@tunang@Besday antar la date korang kat aku.
Assalamualaikum
sorang lagi berjaya menjadi warga segamat semula,
Norieza asmadin@ieza dah berjaya sambung bach. in marketing kat sini. dengar kata murid dlm kelas tu cuma tujuh org jer.takkan dah sikit pun nak short every sem lagi kan? tapi takper, aku doakan ko berjaya, ha ha ha.

aku ada petua nak cari isteri,
kata org tua-tua,
nak cari isteri jgn cari nurse and polis.
sebabnya nurse suka kata next,next. Polis lak suka kata stop,lagi teruk freeze!
Kalau nak isteri,
cuba cari Konduktor bas ngan Dentist.
ini adalah kerana konduktor suka kata dlm lag!dalam lagi!
Dentist lak, cuba buka luas2 aaaaaa....

berjumpa lagi dlm siaran yg akan dtg.
sorang lagi berjaya menjadi warga segamat semula,
Norieza asmadin@ieza dah berjaya sambung bach. in marketing kat sini. dengar kata murid dlm kelas tu cuma tujuh org jer.takkan dah sikit pun nak short every sem lagi kan? tapi takper, aku doakan ko berjaya, ha ha ha.

aku ada petua nak cari isteri,
kata org tua-tua,
nak cari isteri jgn cari nurse and polis.
sebabnya nurse suka kata next,next. Polis lak suka kata stop,lagi teruk freeze!
Kalau nak isteri,
cuba cari Konduktor bas ngan Dentist.
ini adalah kerana konduktor suka kata dlm lag!dalam lagi!
Dentist lak, cuba buka luas2 aaaaaa....

berjumpa lagi dlm siaran yg akan dtg.
sorang lagi berjaya menjadi warga segamat semula,beliau ialah,,,,,,,,,,,,,,
Norieza asmadin@ieza dah berjaya sambung bachelor in marketing kat sini. dengar kata murid dlm kelas tu cuma tujuh org jer.takkan dah sikit pun nak short every sem lagi kan? tapi takper, aku doakan ko berjaya, ha ha ha.

aku ada petua nak cari isteri,
kata org tua-tua,
nak cari isteri jgn cari nurse and polis.
sebabnya nurse suka kata next,next. Polis lak suka kata stop,lagi teruk freeze!
Kalau nak isteri,
cari Konduktor bas ngan Dentist.
ini adalah kerana,
konduktor suka kata dlm lag!dalam lagi!
Dentist lak, cuba buka luas2 aaaaaa....

berjumpa lagi dlm siaran yg akan dtg.

24 June 2003

sorang lagi berjaya menjadi warga segamat semula,
Norieza samasudin@ieza dah berjaya sambung marketing kat sini. dengar kata murid dlm kelas tu cuma tujuh org jer.takkan dah sikit pun nak short every sem lagi kan? tapi takper, aku doakan ko berjaya, ha ha ha.

aku ada petua nak cari isteri,
kata org tua-tua,nak cari isteri jgn cari nurse and polis.
sebabnya nurse suka kata next,next. Polis lak suka kata stop,lagi teruk freeze!
Kalau nak isteri cari Konduktor bas ngan Dentist.
ini adalah kerana konduktor suka kata dlm lag!dalam lagi!
Dentist lak, cuba buka luas2 aaaaaa....

berjumpa lagi dlm siaran yg akan dtg.

23 June 2003

Aku sebenarnya dlm usaha utk membangunkan satu website khas utk org2 yg mcm kita. Akan tetapi aku kekurangan berita iaitu tentang korg sendiri, so tolong la hantar emel tentang apa yg korg buat and kat mana korang sekarang. Itu sudah cukup buat masa sekarang.
Yang aku tau:
Latip:ada kat Jengka tanam pisang... takdela, dia tgh B.Acc skrg
Budin,Boja:tgh cari kerja
Katu,Serang,BAdik,Laci and Baka:duk satu rumah,hari2 wat pesta 18sx
Batu:no komen. tapi kat melaka la skrg ni.
An:tgh pening kepala gaduh ngan si azim
Pucau,BI,Kutu,Che Nard,dan ramai lagi!!!: tgh wat konsert ala Sheila on Seven
Bomber:baru part six satu kelas ngan si Arter.

tu jelah bahan aku utk kali ni. jgn bimbang aku ada banyak masa lapang dan itm segamat dah ada internet servis for free. hope to hear from u guys soon. Ieza,ah ah,mart ban(ni lanun,aku tau ko nak vanish dari dunia ni),dan sesiapa yg aku tak sebut di sini,please greet me at
gargonite@yahoo.com

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews