31 December 2009

Walimatul Urus- Hanif Aziz (Poochow)

Salam, L said.
Bagi pihak Encik Hanif a.k.a Poochow, a.k.a ResaksaC; menjemput anda2 yg mengenali beliau untuk memeriahkan majlis perkahwinan beliau, seperti lampiran berikut. (abaikan nama 'Latip & Family'). no need for RSVP (respondez sil vou ple). [klik gmbr untuk view lebih besar]







20 December 2009

Pujaan Berumah tak Bertangga

Wokeh sambung balik cerita pas dah pilih rumah dah.

Pujaan pun katakan pada sales lady tu "Aku pilih kamu" eh bukan "Saya nak rumah yang ni" hahaa. Dia pun bentang tikar, bukak citer proses beli rumah, kena sain S&PA (Sales& Purchase Agreement) yang berhelai helai... kalau rumah pertama leh dpat diskaun 50% utk kos tukar nama nanti. Bank dia tolong carikan, pastu kena bayau deposit umah sekali.


Bab loan umah plak.
Bank no.1 Pujaan interview ialah EON Bank. Brader ni bukak laa citer dia ngn mukadimah
"semua bank offer benda sama je" dan pastu deduction rate 2.2% daripada BLR yg dah nak pupus menjelang tahun baru ni, installment period, x dapat tv 41".... Pengabis Pujaan tanya.. "Kalau ikutkan cerita abang ni, kelebihan kalau saya wat loan ngan EON ialah deduction 2.2% ajer ye?" pastu baru lah dia bukak citer kalau buka current akaun leh balance up monthly interest rate. emm lum decide lagi, nak dengor citer bank2 lain dulu.

Jumpa RHB bank lak.. citer lebih kurang, deduction 2.1%, installment period, setahun tanpa interest sehinggalah dapat kunci rumah, ada tambah sikit leh withdraw balik duit yg kalau bayar lebih tu, pastu MRTA bla bla bla. Yang ni nmpk promising sikit. tapi dengar lagi yang lain dulu.
Public Bank lak ni laa satu bank paling hampeh nak wat appointment. Tunggu setengah jam x muncul, balik, pastu dia call cakap sori dtg lmbt so wat appointment pada minggu depannye plak. Dah jumpa di ofis pemaju dia pun bukak citer setahun 0 interest x kira dapt kunci ke idak, MRTA, ada undi bertuah dapat TV dan bla bla bla. Nk banding yg lain, sales girl yg ni gak yg paling cute rupanye hehehe.

Pas dengar semua ni ekceli Pujaan sain ajer borang application tu. So 3 bank lah Pujaan apply hehehe. Pastu sorang2 call balik kata dah approve... Cuma si Public Bank ni je lah yang berjaya kotakan janjinya iaitu bagi setahun 0 interest x kira dpt kunci ke idak. So maka terpilih lah Public Bank ni utk menjadi banker Pujaan. Pastu sain lagi SP&A antara Pujaan dan PB Bank 45 mukasurat x 4 set... bayau lawyer fee RM3000 lebih kurang dan wallaaaa, Pujaan bakal ada rumah dah.

Lesson learnt:
1. Tawaran rumah yang ideal akan sentiasa ada. No expiry on it. Bila Pujaan dah sain agreement ngn PB Bank tu, sepupu call cakap Mutiara Rini ada bukak phase baru....huhu hampeh sungguh.
2. Deposit rumah x semestinya kita kena bayar full 10%. Ada pemaju yang bila bagi diskaun, akan tolak dari jumlah deposit tu. Untung2 cuma kena bayar RM500 je you utk deposit.
3. Housing Expo or sales is the best place to find home. U all jangan risau harga kat situ cuma
display semata sbb yg itu mmg murah2 belaka.
4. Be the first to attend any new openings. Banyak kelebihannye.
5. Profile pemaju kita kena recce dulu especially beli rumah yg x siap lagi nih. Silap2 kang rumah ntah ke mana, bank dah kejor kita.
6. Kita leh demand ngn bank best deal yg diorg leh offer. Tanyalah soalan itu "So this is the best
you can offer me?"
7. Tempat yang mahal idak semestinya mahal. Kekadang lagi berbaloi coz bahan binaan yg bermutu, prasarana yg baik (sekolah, stesen bas, keretapi)... Satu benda yg Pujaan paling perhatikan ialah masalah anai- anai.. sekali kena makan habislaaaa...kena plak rumah teres huhuhu.


Wokeh ini ajer yg nak di sharekan. Sehingga berjumpa lagi, wassalaam dan semoga berbahagia selalu.

19 December 2009

Kiub Rubik

Salam & good day, L said.

amma ba'du. よろしくね。hehehe.

lama En.L tak menulis. Kenapa? itu kita tak tahu. (quote movie 'Los dan Faun'). Kita mulakan dengan status update yer anak2. En. L kini level 360+ dalam permainan mafia Wars di facebook... ops...Add Me. hahaha.no.

Selain itu, En. L sudah berpindah dari Kampung, Melayu Subang, ke Bukit Subang. jarak lebih kurang 1 KM lebih je dari rumah sewa lama. Kalau dulu rumah kampung, kini di menyewa apartment pula, di tingkat 4 (adeeeei). Demi menjimatkan kos En.L yg miskin hina ini, terima la. Respons diterima dari kawan2 mengatakan apartment tersebut suatu pilihan yg baik kerana: apartment 3 bilik, 2 toilet, fully furnished (sofa, tv kecik, peti ais, mesin basuh, katil, almari, dining set, -security grill[in progress installation as at todate]), monthly rent RM450 (exclude TNB). So be it, konon sekejap jela nk port sini, sambil nk beli rumah.

Demand teres link, double storey, usha la 2 3 minggu lepas. monthly pymnts mmg mampu, tp dia pny 10% tu xdapat nolong la. pakcik dah miskin beli itu ini (maxis 1 lot. hahaha). So, En.L rasa, kena tgu bonus juta2, or Parade of Home company lg la. this time, xdulik dh kot harga brape, janji monthly lepas. huhuhu. jahatnye dunia sekarang.

Selain fasiliti tersebut tadi, En.L juga telah membeli sebuah komputer baru 2nd hand, eMac dengan harga kawan2. Kelemahan PC itu yg terbesar ialah... beratnya 22.7KG (dan bwk naik tingkat 4). Dan sekarang menaip menggunakan eMac tersebut. Sib ada is3 membantu. Ckp pasal is3 update, previously permohonan bertukar sekolah dari Miri, Sarawak ke Selangor telah gagal. Tapi hasil rayuan En.L ke Putrajaya, dengan surat penuh faksa ala2 karangan SPM, serta ujian meredah hujan; rayuan telah berjaya, tp tak tau lagi skolah mane.

So...update yer... En.L masih bekerja di kompeni lama, dengan nature kerja yg byk visit, serta En.Hairil masih jiran di tempat kerja. Baby? eh, xde org tanya, xpayah jwb la. hahaha. Bg En.hairil dgn baby (bakal) dia on dlu. then Chow, then An. Bile tu? hehehe

An...haritu xabis2 tanya mane nk beli kiub rubik, sejenis puzzle dengan berjuta kombinasi. Semalam En.L membeli kiub rubik tersebut, paling murah dengan harga RM3.90. setelah discamble oleh wife En.L, berusahalah En.L, dengan tak memahami sifirnya...bedal lah labu. Usha lagi youtube, tak pandai juga. Teringat En.L suatu episod dalam 'Ugly Betty', kisah seorang model yg menyukai berry, yg mana Betty merebut kuasa dengan Kimmy... Wilhemina mahu membuang masa model tersebut kerana mereka perlu menyediakan berry kesukaannya, lalu Wilhemina berkata 'cepat sket, ni bukan model yg bodoh...', kamera lantas menunjukkan model tersebut berkata 'dah...', seraya menghulurkan rubik kiub yg telah selesai. hehehe.

Tapi petang ini, En.L dengan tenang cuba memahami rupa kiub ini yg bagaikan allspark (transformer), akhirnya telah berjaya menyelesaikan 1 side. yay. lain2 side tu...nnt la. mesti sgt susah. Berikut bukti kiub tersebut, serta PC eMac En.L yg juga sama dimiliki En.Hairil dan En.Shahrizan. Till then, bubbyeeeee.