17 December 2007

Kebanggaanku- Yowa

Salam Yowa said.

Petang Ahad, aku baru bangun tido. tgk henset, ada 1 mesej mntk komen pasal dia yg risau masa depan- nk masuk zaman bekerja/kawin etc. aku gi mandi dan terpikir, hal-hal macam tu kurang difikirkan... sebab everything will always just fine.
terfikir pulak kawan2, how they all, most of them so well in life. tak kiralah bagaimana mereka memilih jalannya... sambung degree, master, CAT, ACCA, other professionals, terus bekerja, terus berkahwin, atau menganggur... next time bila
aku dgr balik kisah mereka;

aku seronok dengan kisah kejayaan mereka. Kejayaan pula berbeza pada pandangan setiap orang. scorer memang suatu kejayaan, tapi ramai yg berjaya melalui kegagalan dan kesilapan.

Pada aku, hidup dengan gembira adalah suatu kejayaan. Untuk gembira, tidak semestinya dengan wang. Kadang kala kita cuma perlu kawan, atau keluarga, kerjaya yang halal, buku, komik, komputer, internet,game, bola, lagu, siaran tv,
pemandangan yang indah, kenangan terindah, or even sharing other's happiness.

Memadailah sesuatu yg dapat buat kita tersenyum.

Jumaat yang lalu aku ke KL (skang dh jadi org Subang) sebab ada briefing kat Head Office. tengahari tu cari pot nk solat Jumaat & kami (car pool manager's car) pilih masjid Wilayah yang terletak di Jalan Duta, dekat dengan HQ.

lepas solat, hujan sangat lebat yg menemukan aku dengan Zainal, yang aku tak ingat nickname dia. beliau adalah 1 batch senior kita, ms di Segamat course DIB, bersama Parex (Fazdli), Hairin. Pernah jadi my classmae masa BEL part 2 kalau tak
silap. Dia mula menegur aku, terharu gak dia kenal aku yg bukan batch dia. korek2 cerita, dia bekerja kat IRB (LHDN>) sbelah ni la.

wow, kerja dengan LHDN adalah idaman ramai. Pulit dan MatPet (both wingmate) juga bekerja di sana, lain department. Baru aku tau sbenanye dia ada sambung degree di UiTM Shah Alam, bersama Bupet(Khairul Anuar; my roomate).
Bupet bekerja di... MITI? MATRADE? situ lah. balik tu baru terfikir, patut mintak no fon dia so boleh kita dapat info untuk sesiapa nk bayar PTPTN melalui LHDN (mcm aku
buat).

Hehehe. So, for me itu suatu kejayaan pada mereka. Seronok dengar dia bercerita, Alhamdulillah, rezeki, kali ke 3 interview"... katanya.Hasan(wing 1D) juga IRB di Johor Bharu. kelakar pula mengenangkan dulu, Hasan yg pada disket drive PC nya ada label Scan dulu disket lebih kurang. hehehe. These sweet memory can also make you smile eh.

An adalah seorang lagi yg aku banggakan. Bermula dengan sikap positifnya dulu bagi aku orientate ni suatu perkara yg baik. kalau tidak kita (pihak ter orientate) memang susah nk kenal mereka (senior/pihak meng orientate) bila kita dah mengenali
mereka, kita berkawan. banyak kita boleh belajar yeah... tu An's thought yg memang ada benarnya. Cabaran hidup kita tidak ada yg merugikan by the way.hehehe. Siapa An? beliau webmaster blog ni, PujaAn.

how's his life? i found it some kind of very simple way. susah cari kerja lepas diploma? dia kerja kontraktor, buat bangunan kalau tak silap. then kerja sebagai operation manager di 1 outlet Pizza Hut (the same path of Chibang>-Khaidir I guess). dah puas buat doh (dough), buat pizza, marah bdk2 pas SPM... last2 dia blasah (dan di blasah) bos dia and abscond i guess. hahaha. life's go on. kerja lak Hwa Tai si pembuat biskut as pencuci toilet dan take care of Nepalese, Vietnamese also haha. sambil melarikan diri dari JAKIM, audit, ... dia customise resume dengan sijil2 lain sebesar karpet masuk course for Occupational Safety & Health (OSH), and PJJ Open University. then there's shine of opportunity kat KL, MNC (multi-national company)- Siemens, yg kita tau ada jual henset. Walaupun kerja dengan ikatan kontrak, dengan gaji dan allowance dia sekarang, dia on par dengan aku yg dh melalui 1 annual increment 10% (kalau tak, aku memang kalah).

Dengar cara dia kerja disitu, aku rasa dia handle kerja dia sendiri. dia cipta scope kerja. tak macam aku yg cuma menurut perintah... executable executive. hahaha. 11 Dec 2007 lalu Selangor coti, besday sultan. aku &An gi window shopping (end up i bought nothing) & ketika di IKEA, aku teruja dengan cara dia melayan bos dia si mamat German (and his wife). what a rapport. memang la mcm just formality- tegur bos bila jumpa kat mane2, tp cara dia tegur tu. dengan english-jawa dia tu, cakap mesti ada seloroh... hebat. 1 basic rule bila berada di kompeni besar- make people up there know u for your good things. jangan femes pasal hal tak baik.

Well, Budin (Padli) is a legend! Lepas diploma, tak dapat sambung degree, kerja KLCC ala2 tourist guide (Boje-ijan's path too). berapa ramai foreigners dah dia ajar tentang Malaysia. Hehehe.Budin the Legend yg femes dikalangan gadis2; kini di Oman,
orang kuat kedutaan kita di sana (well... maybe tak kuat mane. kid you), antara lelaki batch kita terawal berkahwin, ber-rumah, ber-baby (soon eh?). Bila aku fikir balik, dulu, rasanya macam takde pon planning hidupnya jadi begini.

Din, is your life is what you imagining while you diploma? nop i guess. (atleast
that 'wife' part not until you graduated right?! hehehe). Budin the Legend; tak pernah balas surat peminat. pernah dapat hadiah lighter+lilin, peringatan jangan
melakukan onar. well... dia (sender) xkenal ngat Budin kot, but it's kind of creative by the way. (Budin's Self-Defensive of Onar!) heehhe. And Budin & Wife sure happy out there. Budin, you must be happier than Donald Trump eh.

we are all happy for you then. Well, dah kul 5 lebih. rasa nk makan makanan ringan lak. better stop here.

Kawan2 lain juga sangat di banggakan. Batu (Hairil) dgn Sime Darby nya, Kobes (Reza Hafiz) dengan 'going professional'nya,Buloh (Bazli) dengan Burger King nya, Bai (Elias) dengan >EY nya, Boje, Ieza, Shahriman, Poochow (Hanif),Waco (Firdaus), Basir (Ridzuan), Taipa, Hairin, dengan bank masing2, BI (Azwan Ariff) da Mat Celcom, dan ramai lagi yg tak tersebut di sini hoho jgn maghah (loghat Perak)

Wishing all of you... us, always happy! till then, tsuzuku.

03 December 2007

Menongkah arus..errr jem heheh

Assalaaamualaikum and kabare semua!!!!

Sejak duk kat KL ni lama sungguh x speaking Jerman sbb skrg ni Pujangga dah berkawan ngn org Jerman hahahaha..

1st of all...
Takziah kpd Norieza dan Shahrizan yg kematian baby ketika masih lagi dlm kandungan.. Baru 4 bulan saja umur baby. Di harapkan keluarga mereka sabar dlm mengharungi dugaann...

Bulan org kawen is Disember

Seperti pada taon2 lepas..bulan ni mmg lah ramai kapel2 yg nak menaik kapal menongkah arus ditemani nakhoda yg gagah perkasa hahaha apa aku merepek ni Syaitonn

Emmm minggu ni PZ kawen lak...x dpt laa nk ngurat ko lagi hahaha..dan bnyk lagi lah yg telah menghantar kad2 jemputan nih.
Kalau den tak dan nak sampai mintak maaf lah yer? Moga kamu berbahagia hingga ke akhir hayat

Sejak Pujangga duk kat PJ nih aktiviti utama ialah menyesatkan diri di lautan flyover yg over kat sini. Sanggup berabis duit di tol demi keseronokan kesesatan mengharung jem nih..
Tapi hasilnya ialah skrg ni org dah takleh tipu jalan dari Puchong sampai laa ke Sg. Buloh hahahahaha
Kat sini cari vcd payah betui...asyik2 jumpa dvd jerr brrrrr


Emmm oklah
sampai disini ajer
saja tulis ni sbb para kakitangan mogok tak mau sokong Pujangga lagi
huk huk huk
ni semua sbb Pujangga kurang bagi kasih sayang kat diorg
huk huk huk

Adieu herr Guten Tag ^_^

01 November 2007

Dunia baru ~_+

Assalaamualaikum,

Hari ni first time Pujaan update blog di CC setelah sekian lama...Naper Pujaan update kat CC? Apa kena ngn opis? Sbb utamanyer lah ialah kerana Pujaan dah berpindah ke Petaling Jaya...yaaa menghadapi dunia baru..

Jom kita citer sikit apa yg berlaku dari hari first duk kat sini sampailah first day kejer hehehe...

30th October, Selasa
Oleh sbb mlm tadi ada marhaban maka plan nak dtg sini pada ari Isnin dibatalkan.. Pagi 2 sibuk mengemas barang masuk dlm keter sampai penuh..pastu bertolak dgn perlahan2 menuju ke PJ

Kul 12.30pm sampai dah kat area umah sewa...Alamak! Lupa bwk duit sewa upanyer..Huhu caner ni? Tipon adik pinjam duit..Dia transfer lalu ebanking... Tapi kul 1.30pm chek takder..Tanya balik dia kata konfem dah masuk..tunggu lagi sampai kul 2pm..
Adeiii x masuk gak huhuhu... Tipon tuan umah tanya leh tak bayau separuh dulu... Nasib baik dia bagi kalau idak mmg balik Johor balik laaa jwbnyer..

Bayau duit sewa, ambik kunci, terus menuju ke umah... Ceh diorg tak cuci lagi umah aku ni upanyer..Angkut sumer barang dari keter naik ke tingkat 4 nih...huh huh rasa cam napas kuda pon ada laaaa..
Lepas cuci umah baru bentang kapet, tilam and bantal...pasang apa lagi yg patut..Lap dinding dan segalanyer huhu

Mlm gi cucuk lagi duit...Alhamdulillaah duit dah masuk...Duit yg tertinggal pon mak Pujaan dah tolong depositkan...Leh shopping barang2 sikit pastu usha jalan gi opis..

31 Oct 2007
Kul 7am cari fail nak wat Medical Check Up...alamaakkkk x jumpa..Abis laaa pon tertinggal gak kat umah ni...huhu.Takpe abaikan dulu masalah nih.

7.30am baru gerak menuju ke opis..kul 8.10am sampai dah dgn kelajuan malar..ooo takde laa susah sangat upanyer. Ngeteh jap kat seksyen 17 pastu kontek adik Pujaan cakap nak jumpa dia sekali ngn pulangkan duit..Ok dia kata dtg laa hehehehe

Tghari singgah kat Maybank area IOI Puchong..parking takdak..so parking kat alley jer..Masuk dlm tukau kad (sbb ATM dah takleh nak baca) ngn apply kredit kad..Dpt laa adiah bendalah lembut wat squeez2 tuuu

Kuar bank terperanjat gue tengok majlis tgh angkut keter2 yg diletak kat alley tuh..Mamat majlis tu tgh usha keter gue cpt2 gue tepuk bahu dia..Dapat laaa saman rm80 huhuhu (tapi dlm hati kata jgn harap ler aku nak bayau)
Apo laa nasib

Teruskn perjalanan ke tmpt adik Pujaan...jumpa lunch jap pastu blah. Kul 3.30pm sampai umah pastu tido jap...tepat kul 4.30 kompeni tipon..awek HR upanyer. Dia tanya Medical Cekap nyer mana? Story laa apa masalah itu ini begitu begini.
Dia kata kena wat gak arini...suruh gi klinik kat seksyen 17 (nasib baik gua tau)

Sampai kat klinik diorg kata X-ray yg buat org lain.Mungkin dah tutup dah sbb lebih kul 5..Pujaan cek kat tmpt x-ray tu nasib baik lum tutup lagi sbb ada mamat wat appointment tapi x muncul2...dgn pantas gue bukan baju dpn awek tu hehehe...utk di x-ray lah!

Pastu jumpa doktor utk ketuk perut, cek tekanan darah (tinggi kata dia), urine lagi, dan segala macam... Oooh lega akhirnya setel lagi 1 masalah.

Dan Pujaan lum lagi pass jalan nak balik umah huhuhu...4-5 kali mengorbit kawasan damansara nih argh ngabiskan minyak aku jer!

1st November

Pagi tu sejuks gilerrr...ujan beb..nk bangun pon malas. Dlm kul 7.15 kuar umah dah sbb semangat penyapu baru hehehehehe

Sekali sampai LDP leh lak jem brrrrrrrrr..Ni pasal ujan laa ni org sumer naik keter brrrrrrr...dgn sabarnye menempuh dugaan dan nasib baik kat TTDI x jem..dpt laa mendesut dgn bersopannyer menuju ke opis..

kul 8.25 sampai dah.. 8.30 masuk ke induction yg mengantuk amat sangat dan selamat lah Pujaan sbg pekerja rasmi di kompeni nih..

Petang kul 3 gi Bangi sbb kena beli sikit barang utk show booth..Pas gi Bangi balik terus ke umah utk berehat..

Ok lah sampai sini jer...Lain kali sambung.. Mahal ni CC ni hehehehehe