07 September 2013

Samsung Galaxy Y ~ the legend continue

Salam & good day folks.

The infamous Samsung Galaxy Y is like Honda C-70, or the old Mini Cooper, or the faithful Perodua Kancil. Somewhat outdated things, but valuable to some; especially for its/their ability to transform for beauty.


Just now I tried the "Evo-x 4.2.0" custom ROM. 


Here, at your own risk; backup, root your phone and install custom rom for your Galaxy Y. I repeat, your own risk.

04 August 2013

Linux Lagi-Lagi

Salam Romadhon & good day,
Hari ini ahad, hari khamis akan datang bakal raya aidilfitri. Elok juga diselitkan, penulis memohon maaf buat yang mengenali atas segala kesalahan dan kesilapan diri ini. Sesungguhnya diri ini hanyalah manusia biasa.

Topik kali ini ialah... Linux lagi. kenapa lagi? Penulis tak pernah bercerita tentang Linux di blog ini, tapi ia berlaku. ke, draft? macam pernah....hm...history... sedikit la. Mula berkenalan dengan Ubuntu dalam tahun 2006 kalau tak silap, dan mula request CD dari oversea. dapat pulak tu. 3 keping Ubuntu pertama ialah versi F, iaitu Feisty Fawn. Setiap 6 bulan Ubuntu mengeluarkan distro (distribution agaknya) baru. Request lagi, dan dapat. Gutsy Gibbon, Hardy Heron, Intrepid Ibex, etc. Sampai akhirnya Ubuntu tak lagi memberi dan hantar cd installer percuma. Mungkin sejak Jaunty Jackalope (dan seterusnya Karmic Koala, Lucid Lynx, etc.) perlu download ISO dan instal sendiri.
Lucid Lynx adalah versi terakhir penulis instal/guna untuk laptop Dell XPS m1210-yg-geforce-hangus tu. Penulis tak boleh instal Windows version dalam laptop tu sebab tiada grafik card (tebako!), mujurlah Linux masih gagah perkasa untuk sistem laptop bodo ini (tapi disable la grafik berat, compiz, etc.). Lucid Lynx adalah distro versi 10.04 (bermakna ia terbitan April 2010). lepas itu Penulis tidak lagi bertukar ke-distro lebih baru; hinggalah suatu hari terasa malas update disto, tap mahu sistem yang lebih baik; maka Penulis explore option lain dan instal Linux Mint-Maya. Sistem ini adalah jenis sokongan jangka panjang-LTS (Long Term Support. cuma update sistem, tak perlu tukar distro).
Hinggalah hari ini, Penulis terfikir, apa dah berlaku dalam dunia linux? maka penulis melihat review youtube akan disto terbaik linux setakat June untuk tahun 2013. Dan tertarik dengan versi Zorin kerana kebolehannya bertukar2 interface, sama ada windows Xp, 7, Mac, etc. Terbaik dah ni. Tapi bila tengok video sampai habis, dia tunjuk ranking markah tertinggi sayugia adalah terbaik kononnya ialah Lubuntu. Dengan andaian "L" mewakili "Lightweight", memang ia pilihan terbaik untuk sistem komputer lemah dan lama. Teringatlah komputer 22.7kg yang ada dikampung, yang tak boleh upgrade, tapi generally masih ok, eMac. Pernah disebut pada akhir 2009. Tak ingat pulak jenis eMac yang mana satu...tiba masa untuk Linux keatas eMac.
Operating System banyak bergantung pada processornya. Komputer keluaran Apple lama menggunakan processor PowerPC (PPC) (cuma kini mereka lebih terbuka dengan menggunakan Intel). PPC hak milik Apple, maka kesesuaian sistem adalah terhad (hinggalah kemunculan Linux). Sama dengan prosessor handfon anda, versi ARM paling banyak diguna dan banyak sokongan Google Play, manakala prosessor murah MIPS sokongan terhad. (bila membeli hanfon murah/buatan china/taiwan, ambil perhatian ciri ini). Bagi pengguna Windows, ringkasnya kita umpamakan begini:
Linux = Microsoft = Google Android
Windows XP = Linux version Gutsy Gibbon = Android Gingerbread
Windows 7 = Linux version Precise Pangolin = Android Ice Cream Sandwich

Okay, tgk torrent tu, Lubuntu versi April 2013 dah siap download. ready to install (tunggu laptop free, sekarang anak tengah layan pengguin joget- Happy Feet 2). Lubuntu untuk eMac belum setel. tapi takpa, komputer tu pon ada kat kampung. Kalau ada masa, raya ni aku instal.
Akhir kata, teruslah menuntut ilmu yang tak pernah habis. Lagi banyak kita tahu, masih banyak kita tak tahu.

Salam~

09 July 2013

Dexter [strictly 18SG]

Salam & good day, L said.

Terinspirasi dari tajuk posting berkenaan HERO, cuma kali ini bukan metafora. Dunia fiksyen kita dipenuhi ramai hero, dari arah mentari terbit; super sentai, kamen riders, ultraman, Son Goku, Luffy; hingga ke arah barat dengan hero-hero mereka- Superman, batman, x-man, Spiderman, dan sebagainya. 
Berbagai profile dapat dilihat; Ultraman boleh juga dibahasakan sebagai 'saka' kerana warga ultra itu merasuk serta mengambil alih tubuh manusia. Luffy yang memakan buah 'syaitan'. Goku yang sebenarnya warga Saiya dari planet Bezita. Flashman yang diculik ketika kecil oleh makhluk asing. Masked Rider Black yang menjadi ujikaji pihak Gorgom.
Tak lupa juga Superman yang berasal dari planet Kripton, Batman si jutawan dengan kisah silam gelapnya. X-men manusia mutasi. Spiderman yang terkena labah-labah radioaktif. Semuanya dengan objektif kurang lebih sama, mengadili dunia sekitar mereka demi kebenaran, keadilan, keamanan...
Hinggalah, 'hero' kegemaranku buat masa ini iaitu encik Dexter. Ciri unik beliau, mungkin bolehlah dikatakan ...gila (psychopathic). Dengan itu, boleh juga mengatakan; kalau Joker (dalam siri Batman) seorang baik, dia boleh digambarkan bagaikan Dexter. Beliau, Dexter Morgan; manusia biasa dengan masalah mental yang menyaksikan ibunya dibunuh dengan chainsaw dalam kontena, ketika itu beliau berumur 3 tahun. Dan terkurung dalam kontena itu digenangi darah selama 2 hari sebelum ditemui polis.
Sepanjang tumbesarannya, beliau yang ketagih membunuh, memaksa bapa angkatnya melatih beliau untuk membunuh mereka yang patut sahaja i.e. penjenayah. Bukankah ini menjadikan dia seperti seorang hero?
Sebijak detektif Conan, dengan kemahiran sebagai penganalisis darah (blood spatter) di jabatan forensik di Miami Metro Police; serta menyalahgunakan harta kerajaan i.e. rekod penjenayah, cap jari, DNA, beliau mencari bukti kukuh sebelum menjatuhkan hukuman mati pada mangsanya. Mayat dipotong kepada bagian-bahagian mudah dibawa dan dibuang kedalam laut. Pada pandangan polis, mereka ini hanyalah hilang tanpa kesan.
Kini sudah habis 7 musim, dengan 12 episod setiap musim dengan hampir 1 jam waktu tanyangan. Setakat post ini ditulis, sudah selesai 2 episod untuk musim ke-8.
Siri tv ini saya rate dengan tinggi dan dicadangkan untuk ditonton untuk para peminat kisah jenayah dan detektif. Harus diingatkan, siri ini memaparkan aksi 'gore', seram dan ganas dan beberapa scene 'topless' dan sex scene. Penonton tidak matang, mudah terpengaruh sangat dilarang menonton kerana ia boleh menggambarkan modus operandi watak jahat; disamping menjadikan anda berminat dalam tugas polis dan forensik.

tonton dengan risiko sendiri.