29 January 2011
STRESSED
Oleh kerna akaun fesbuk telah terbuka kepada rakan kerja, bos dan para keluarga maka kat sini je lah tmpt yg selamat nak cerita topik ni.
Siri stress ni bermula pada 2 minggu lepas bila bos Pujaan secara officialnya di announce sbg bos wilayah Asia Pasifik. Bila dia x ada maka x ada lah bos kat departmen ni. Dan bila dia tak ada juga maka secara x rasminya Pujaan kena sambung kerja2 yang dia dah tinggalkan tu.
Department ni originalnya ada 3 orang: Bos, Pujaan dan nurse. Ada lagi sorang intern tapi x kira sbg kakitangan tetap lah. Nurse ni baru je masuk bulan 4 ari tu dan bidang pengetahuannya terhad. Budak intern ni plak oleh sbb bukannya dapat gaji tetap so nak bagi load bebanyak tu fikir gak 2- 3 kali. Pendek kata 50% tugas Pujaan makan sorang dan selebihnya di share oleh nurse dan intern tu lah.
Mimpi ngeri stress ni bermula dengan deringan telefon yang berbunyi pada setiap 15 minit. Pernah satu ari tu Pujaan tertinggal henpon setengah hari dan ada 17 missed call di rekod di henpon. Setiap panggilan pulak akan bermakna tambah lagi satu item untuk dimasukkan dlm to do list Pujaan. Maka to do list tu bila buat pada hari Isnin dah ada 10 item, maka pada hari Jumaat boleh jadi 40 item jadinya.
Untuk cover atau cegah to do list ni membanjiri diri maka Pujaan ambik inisiatif bekerja sambil beramal (x leh claim OT) hingga lewat malam. Nak pulak baru kawen ni ada komitmen nak jumpa isteri, giliran balik umah mertua and so on maka bertambah lagi lah stress nya. Bila balik on time rasa bersalah bila on laptop kat rumah dan sambung kerja. Bila balik lambat lak lagi rasa bersalah sbb x luang kan masa for new family. Tersepit sungguh Pujaan dengan perasaan bersalah ni.
Lagi satu sumber to do list Pujaan ialah si bos yang baru di promote kan ni. Ingatkan bila dah di promote ada kurang sikit cerewetnya, rupanya makin dahsyat. Ada saja arahan baru yang dibagi pada tiap minggu. Pujaan pass kan kat nurse aje suruh settlekan tapi pun datang lagi dan lagi. Yang letihnya dia buat double job bila dia buat benda yang Pujaan dah buat. Nak tegur x sempat, nanti kena masuk dlm to do list lagi. Letih
Antara usaha yang Pujaan buat untuk uruskan stress ni ialah dengan pergi HR bahagian hiring dan kata pada HR rep tu "I perlukan seorang URGENTLY". Kalau boleh next 2 weeks mesti dah masuk. Berapa dia mintak bagi lah (ceh macam Pujaan lak yang bayar gaji). Feedbacknya ialah diorg masih mencari. Letih
Yang lain masa gosok gigi tgh pandang cermin tu Pujaan kata kat diri sendiri "Saya ialah engineer hensem yg perlu bekerja mati- matian lagi hari ini". Psiko diri sendiri utk absorb semua challenge dan stress dan tekanan dan emosi. Tapi arini nmpknye mcm dah gagal control diri bila henpon berbunyi dan nombor kilang yg keluar. Sorang dah kena marah dah yg lagi sorang maleh nk layan. Apa- apa jadi ari Isnin ni maka kenalah Pujaan jawab. Letih
Orang yang paling effect bila Pujaan dah stress ni ialah isteri lah. Bila dah kurang bercakap dan kurang gemar nak melayan keletahnya sebab takut tempias emosi sensitip yang datang dari kilang ni. Semoga dia dpt bersabar sehingga lah Pujaan dpt bos baru dan keadaan kembali pulih seperti dulu. Sayang kat dia sangat2 sebenarnya tapi itulah, ada sebahagian dalam diri ni yang bisa mencederainya jika loose control.
Minggu ni balik kampung pun kena on laptop. Alamak fail sungguh. Patutnya spend the time fully with family. Dah x balance. Main futsal pun tinggal sbb kesedapan sambal belacan. Letih.
Sampai di sini ajer. Jangan lupa mini gathering kat Port Dickson pada 1 Mei. Dapatkan updatenya di Teratak Pujangga d Facebook.
Tata.
28 January 2011
FoFi is First Out, First In ... no? huhuhu
gambar ni lagi! siap kertas putih tak bukak lagi... |
Proton Inspira |
Mazda 2 |
KIA Forte |
Toyota Vios |
Honda C |
- paling orang takut...maintenance cost. ni first Fiesta model masuk Malaysia, so memang payah la nk carik spare part. TAPI... guess what. first 60,000 kilometer atau 3 tahun, free maintenance (setiap 10,000km), labour dan minya/filter skali.
- harga spare part memang tak dinafikan, mahal. boleh usha. tapi...aku rasa hal ni mcm anda dan console Xbox 360, atau PS3 la. harga sekeping blue-ray disk game dah berapa? ada ke jual game yg tak ori. so, setiap kali ganti spare part, ganti barang tulen bang. hehehe...kilang buat kete ni ade kat Thailand. so, kete ni CBU (Completely Build Up- siap pasang) dari Thailand yer.
- air-bag kat driver je. so, pakai sentiasa la seatbelt. (driver warning chime kalau xpakai seat belt)
- side mirror boleh auto-fold. eh, ni kelebihan. ces.
- xde bluetooth connection dgn phone, xde usb port untuk mp3, ...mcm Fofi S punya. huhuhu
- xde kaler merah...ade kaler2 ni je untuk sedan. tapi aku xkesal la kaler phantom blue aku!
- door lock style western. lock dari luar, dari dlm anytime boleh bukak. takot TERlocked je. dok la kt lua, kunci dlm kete.
- ...ape lagi yer...aku baru sejam pakai Fofi ni. ahahaha...maceh.
time: 16:59; date: 28.01.2011; mileage: 000073km |
26 January 2011
Kini aku ada alamat!!!
- batu bata hiasan kat tiang depan tu tak lekap kuat. kena simen semula ni.
- water heater dlm bathroom sudah tanggal. kena simen jugak nih.
- 2 kipas syiling hiasan cap "Wings", 5 blades itu, remote controlnya kurang respon (selalu tak respon). dah tanya kedai letrik/kipas hiasan, remote xde jual. aiyaaa....
- kelmarin hujan lebat...bila masuk nk tido, tgk tuala basah. suspek ada bumbung bocor. tp semalam pon hujan, xde la pulak. (alamak, air apa?!)
- celcom broadband under perform, berbanding dengan di apartment. signal kurang stabil.
- channel tv free (guna antena), dapat tv9 dan tv8 je. tu pon xclear sangat. memaksa aku pasang astro. huhuhuhu.
Kena install autogate nih. |
Bila mau basuh ini porch? |
Itulah kancil yang banyak berjasa. |
Kitchen tanpa tong gas. |
Wardrobe, simply not enough. |
23 January 2011
Idup Berumahtangga si Pujaan
3 December 2010 tarikh Pujaan mengakhirkan zaman bujang tegar. Walaupun banyak giler cabarannye tapi akhirnya berjaya menyempurnakan cita- cita. Macam x caye kawen dgn isteri skrg nih. Dulu gado- gado skrg dah sayang- sayang hohohoho.
Ada teman2 yang bertanya: Amacam life lepas kawen? Pujaan dengan yakinnya jawab "Magnificient!"
Tapi ada juga yg sceptical. Hanya Pujaan yang tahu betapa magnificientnya life pas kawen nih.
Perkara no 1 yg best pas kawen ni ialah rezeki bertambah- tambah- dan tambah. Tiap2 ari kenyang perut pun dah leh jadi air bag kt dlm keter dah. Syukurrrr.
Perkara no 2 ialah semakin banyak aktiviti masuk dlm jadual harian dan mingguan Pujaan. Hampir tiap minggu xda kat rumah gi sana dan sini. Jauh berjalan luas pemandangan beb.
Perkara no 3 ialah banyak belajar pasal diri sendiri. Nak control baran ni amatlah mencabar especially bila ada org lain dalam umah dan barang2 bnyk di alih sana dan sini. Pastu cara potong bawang pun lain huhuhu. Lum lagi bab menentukan cara melaksanakan perancangan and so on. Pendek kata give and take in a very different manner lah.
Perkara no 4 ialah dah jarang giler gi warung. Nk makan nasi goreng ke, mi goreng ke, murtabak Makassar ke mesti nak kat umah. Kalau mkn kat warung ni rasa lain macam lah, x sedap mcm org rumah masak.
Perkara no 5 ialah bila solat kt umah skrg dpt 27 kali pahala. Dulu single jer ekekekeke.
Cakap pasal rezeki, bos Pujaan dah di promotekan ke peringkat Regional baru- baru ni. So peluang agak terbuka utk Pujaan menduduki jawatan Menejer itu. Pujaan idaklah kemaruk sangat utk dptkan jawatan tu sbb tanggungjawabnya besar tapi kalau dapat pun ok lah.
Smlm pun berjaya mencalonkan diri sendiri utk jadi AJK persatuan professional Safety Officer wilayah selatan. Moga dengan menambah kan sibuk pada diri yg dah ultra sibuk ni akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
Orait sampai ni ajer. Kami tgh wat planning utk mini gathering pada bulan Mei. Tunggu saja berita dari kami ya.
Salams
21 January 2011
Love Quotes..
Love is a temporary madness. It erupts like an earthquake and then subsides. And when it subsides you have to make a decision. You have to work out whether your roots have become so entwined together that it is inconceivable that you should ever part. Because this is what love is. Love is not breathlessness, it is not excitement, it is not the promulgation of promises of eternal passion. That is just being "in love" which any of us can convince ourselves we are.
Love itself is what is left over when being in love has burned away, and this is both an art and a fortunate accident. Your mother and I had it, we had roots that grew towards each other underground, and when all the pretty blossom had fallen from our branches we found that we were one tree and not two.
- Captain Corelli's Mandolin6. "Love is the beauty of the soul."
20 January 2011
Sebulan Di BIMB Nilai..
06 January 2011
Sebelas ialah Eleven !!!
- Rumah teres dua tingkat, freehold land di Bukit Subang, Shah Alam (dijangka dapat didiami pertengahan Januari 2011)
- Kereta baru berjenama Ford, berjeniskan Fiesta (nicknamed 'Fofi'), sedan, 1.6L, 6 speed auto, (market price RM78,888. Murah dari Toyota Vios & Honda City). Inilah kereta diguna oleh Ken Block, untuk Gymkhana. (loan Maybank dah approved, tp belum sign. tunggu la...)
- Siti Hiromi (takkan guna nama nih)... my baby girl, dijadualkan lahir pada 1 Februari 2011, tp kawan2 cikgu lain dok pakat bersalin awal je. takot lak pakcik.
Dengan mainan-mainan baru tersebut, maka L (dan keluarga) memerlukan sumber kewangan yang mantap. Rumah sewa sekarang yang 'fully furnished', mewajibkan L membeli segala macam perabut serta alat letrik untuk rumah baru... bajet diluluskan L sendiri ialah RM8k. Begitu juga Fofi, yang kompem kena buat cheque downpayment lebih kurang RM8k, tak termasuk booking RM1k. Tak lupa juga amanah Allah, yang macam2 keperluannya...nnt kena belajar dengan Tuan Poochow, persediaan menyambut baby (mungkin Tuan Poochow boleh buat special posting tentang ini). Itupon Allah ringankan beban L dengan me-rezekikan baby girl, so, akikah seekor kambing jela, instead of 2 ekor kalau baby boy. |
03 January 2011
Tahun baru 2011
Looking back in 2010. Bitter sweet achievements and memories
1. Berjaya duk di rumah baru. Home sweet home bebeh
2. Tambah lagi 2 akaun di Public Mutual. Ni kena continue nih
3. Berjaya dapatkan seorang isteri. Pas ni nak dptkn baby lak hohoho.
4. Semua writer Pujangga dgn rasminya xda yg bujang dah.
5. Pucau dpt baby hohohoho.
6. X banyak tourism activity...huhuhuhu. Mungkinkah kita wat family day? Hmm? Hmm?
7. Blog ni berubah wajah.
8. Teratak Pujangga dah masuk Fesbuk. Taon dpn kna lbih aktif.
9. Dah belajar main Farmville dgn mak. Aiyoh sudah kena rasuk huhuhu
10. Tak banyak saving. Lagi banyak perabih duit. Huish kategori rakan muda syaitan dah ni.
So be it. This coming 2011 ada few potential improvement dalam karier Pujaan yg boleh direbut.
Lain target nk abiskan training yg perlu dan peperiksaan yg x terambik- ambik.
Paling utama nk membina keluarga yg sakinah dan ramaiii.
Adios.