29 September 2012

Posting berfaedah (read: pahala)

Salam & good day, L said.
Sok ada miting, dgn aku sbg orang penting (urm....2nd or 3rd penting dalam miting tu kot). Tapi nak gak share posting ni. Later I'll mengarut lebih lagi, guna EDIT. Dengan imej dibawah sahaja, .... digest.

Source: https://www.google.com/analytics; 1 Jan 2012 - 27 Sep 2012.
Okay....dah faham? Carta di atas menunjukkan page views dari para pengunjung Teratak Pujangga. #1 tentulah, main page. Tapi untuk kategori content lawatan, manakah posting yang membawa pengunjung ke blog yang tidak seberapa ini?
Ya! Praktikaliti dan penggunaannya. Rank #2 dengan 69 paparan unik (pelawat yang berbeza) ialah posting tentang pemasangan Astro Beyond pada 2 tv. Tapi ini special case, banyak rujukan datang dari lowyat.net, karena seseorang telah berkongsi link page ini dalam forum lowyat. Tapi tetap, ia suatu posting yang berguna dan praktikal. Rank #3 pula informasi tentang pemilihan penyaman udara.
Maka, apa yang penulis cuba sampaikan di sini ialah, disamping menggunakan blog sebagai wadah untuk meluah perasaan, berkongsi status terkini, duka lara kisah hidup kita; sangat wajar jadikan ia sebagai ruang berdakwah, serta berkongsi ilmu agar ia menjadi amal jariah yang kekal selagi ia bermanfaat. Maceh.

27 September 2012

58 Kord Lagu

Salam & good day, L said.

Gitar Sakura aku, beli bersama An, naik motor je.




Macam biasa, bila selongkar barang2 lama, jumpa bende2 memorabilia. Kali ini, "Buku Latihan". Malas lak nk attach gambar. Termaktub dihadapan buku itu dengan tulisan jawi dengan ayat "DIA bahagian 5 UiTM". Ya, buku latihan sekolah setebal 200 mukasurat (termasuk kulit) ini adalah hasil peninggalan roomate-10-hari ber-nickname "Kaku" bermaksud "kakak kau awek aku"; pada tahun 2002. Beliau masuk 10 hari je kot, pastu pindah kemana tah. Tak tau la kalau sbb tak tahan kena ragging ke... tp wing SR1A bukan geng ragging... kalau ada pon, sexual harrassment je. hahaha...gurau.
Ah, buku tu aku gunakan untuk menyalin nota pelajaran, selain conteng2 bahasa jepun, lirik lagu, dan posting kali ini: kord lagu. Memandangkan buku tu pon dah retak menanti belah, dh lunyai setiap kali aku membelek sambil bermain gitar... maka aku abadikannya di awan ini (ehem, cloud computing beb), agar bisa ku mencarinya dikemudian hari.
Dan...setiap lagu ada kisahnya. Tak menang nak cerita setiap satu, mungkin lain kali. Contohnya lagu "Tentang Seseorang", mengenangkan Pulit & geng, menang gak la masa Battle of the Band, ketika SR Open. Padahal main lagu sambil tengok salinan lirik/kord. apedaaa. "Sebuah Kisah Klasik" dan "Sahabat Sejati", lagu dipopularkan oleh Puchi diiringi petikan gitar oleh Keelat, ketika di dorm SR (B132 kot) parti farewell mereka ketika part 6 kalau tak silap. Masih ku ingat Puchi bernyanyi "...aku raja kau pun raja, aku hitam kau pun hitam" sambil menunjuk kearah member ygsangat agak gelap kulitnya. Nice. More after the jump. 

16 September 2012

Samsung Galaxy Y ku: Tips dan tricks

Assalaamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni Pujaan nak share tentang smartphone yg Pujaan dah guna hampir setahun. Bukan utk kondem sbb Pujaan masih guna lagi smartphone ni tapi mungkin berguna sebagai panduan kalian semua.



Berharga RM599.00 pada permulaan perkenalan di pasaran dulu, Pujaan dengan kehendak upgrade ke dunia smartphone demi mengikuti trend terkini dan lihat samada gajet ni berfaedah kepada diri sendiri.

So di sini Pujaan akan terangkan beberapa isu yg telah timbul dan bagaimana Pujaan atasinya.

1. Internal memory full/ tiba- tiba tak cukup.
Galaxy Y didatangkan dengan internal memory 190MB- jumlah yg cukup besar bagi Pujaan yg innocent.
Apa yg Pujaan tak tahu ialah kesemua software/ program/ game yg dipasang (install) akan menggunakan internal memory ini, walaupun program tu kata dia guna external memory. Pujaan telah beli external memory sebanyak 8GB dan nampaknye tak menyelesaikan masalah.
Nampaknye external memory hanya digunakan utk save data sampingan sahaja seperti progress level game yang korang dah main.

A. Pujaan atasinya dengan menghadkan jumlah software yang dipasang kpd kurang dari 10. Itu pun dah jejak 120MB juga.

B. Kemudian kena rajin bersihkan cache. Kalian boleh lakukan ini di "settings", "applications" dan "manage applications". Program yg rajin besarkan saiz cache ialah facebook, internet dan program radio kalau korang ada.

C. Pujaan juga akan bersihkan data program selepas beberapa kali update. Ini sebab update yang dulu masih disimpan oleh program tersebut. Boleh dilakukan melalui langkah yg sama spt di atas. Selepas klik "clear data" korang boleh update semula program tersebut dan hanya yg terkini akan disimpan. Kesan negatifnya ialah korang kena isi semula username dan password sebab data korang dah dipadam dgn langkah ini.

D. Jangan sychronize kan segalanya. Cukup dengan perkara yg perlu seperti emel dan calendar. Pujaan tak fancy nak sync kan contacts dengan Facebook sbb tak bermakna pun dan juga sync kan contacts dengan alamat di emel Yahoo sebab alamat di emel tersebut dah mengarut- terlalu banyak- dan banyak contact yg x update.

2. Tak boleh cas& sambung ke komputer
Masalah ni baru je terjadi pada minggu lepas. Dan agak mengejutkan bila mengetahui yg adik- adik Pujaan yg guna Galaxy W dan Ace juga terkena masalah yg sama. Lagi mengejutkan ialah bila kesemua smartphone kami terpaksa ditukar main board nya.
Kami suspek yang smartphone Samsung sensitif dengan charger tempat penyala rokok kereta. Taubat lepas ni cuma cas kat radio kereta atau kat rumah je. No more charging in the lighter port.
Pujaan hantar ke main service center dan selesai dalam masa 4 hari.




3. Samsung Kies tak berfungsi
Ini masalah terbesar Samsung yg mana diorg tak reti develop pc suite software yg berkesan. Program ni cuma berfungsi utk pasang driver dan itu saja. Tak lebih dari tu. Masih menunggu Samsung utk memperbaiki software mereka.

4. Tak boleh sync contacts di smartphone lepas format/ factory reset/ padam lebih dari 10 contacts
Pujaan sync kan contacts dengan akaun Gmail atas sebab2 tertentu. Kemudian bila kita buang contact yg x perlu dlm Galaxy Y tu banyak sangat masalah lain pulak timbul.
So berikut ialah apa yg Pujaan buat:
1. Back up contacts akaun Gmail dalam satu fail
2. Delete semua contacts dalam akaun Gmail tersebut
3. Synckan smartphone dengan akaun Gmail
4. Restore semula contacts di akaun Gmail dgn gunakan backup fail tadi.

Leceh kan?
Jadinya kalau korang nak beli dan kemudian lenjan sepuas puas hatinya, Pujaan cadangkan korang beli Galaxy S Advance yg berbaloi dengan nilai dan pakainye. Tak pun Galaxy Note yg termaju dalam kelasnya.
Usha website lazada.com utk potongan harga hingga 12%.


Ok itu aje dari Pujaan. Jumpa lagi di lain kali.