10 July 2015

Assalamualaikum,

Connecting the Dots
Percaya pada diri sendiri, keberanian, destiny atau karma dalam kehidupan kita seharian supaya satu hari nanti apa yang kita buat itu berguna di masa hadapan. Seperti kata dia dalam ceramah yang aku dengar;
You can’t connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards”

Apabila kita percaya apa yang kita buat; ikut naluri hati kita walaupun ia membawa kita keluar dari jalan yang sepatutnya, ia mungkin mengubah segala-galanya.

Love & loss
Kita perlu cari apa yang kita suka dalam hidup kita dan hanya kerana itu kita akan membiat kerja dengan sungguh-sungguh. Ia akan menghasilkan kerja yang menakjubkan.
Jika kita belum menemui apa yang kita suka, teruskan mencarinya. Jangan hanya berdiam diri. Kita akan tahu apa yang kita suka kerana hati kita tidak akan menipu.
Love what you do”

Death
Petikan ayat;
If you live each day as if was your last, someday you’ll most certainly be right.”

Dengan menganggap hari ini adalah hari terakhir dalam hidup kita, kita tidak akan rasa ragu-ragu untuk kehilangan kerana pada penghujung hari, kita akan mati.
Jangan biarkan hidup kita terperangkap dengan pendapat orang lain sehingga kita lupa suara hati kita sendiri.



Akhir sekali, “Stay hungry, stay foolish”. Jangan takut untuk mencuba apa yang kita suka. Carilah ia supaya kita akan lakukan pekerjaan yang baik dan kita akan sungguh2 lakukannya.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews