26 November 2014

Menabung????

Kaji selidik dijalankan sebuah bank terkemuka mendapati hanya dua bagi setiap lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini mengamalkan tabiat menabung.
Berdasarkan statistik itu, persoalan yang timbul ialah adakah sukar untuk mengamalkan tabiat menabung? Hakikatnya menabung tidak sukar, malah menguntungkan.
Bagi menggalakkan tabiat murni ini, SIDC turut mendapatkan pandangan beberapa individu mengenai 10 tabiat bagi memudahkan setiap daripada kita menabung.
Pengawal Kredit, Mohamed, 28, berkata antara cara mudah yang diamalkannya adalah dengan berhenti merokok sebaik pengumuman kenaikan harga terbaru bahan itu dibuat, sekali gus membolehkannya berjimat sehingga RM 20 seminggu, yang juga secara tidak langsung membantu menyihatkan tubuh, mengurangkan risiko penyakit seterusnya mampu menjimatkkan kira-kira RM 1,040 setahun.
Akauntan, Soh Guat Ha, 36, pula membawa sendiri makanan tengah hari dari rumah ke temppat kerja untuk menjimatkan antara RM 30 ke RM 50 seminggu iaitu kira-kira RM 1,560 setahun.
Manakala, Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Khairi, 26, pula mencuci sendiri keretanya pada masa terluang di hujung minggu supaya tidak perlu menghantar kereta ke tempat cuci yang mengenakan caj sehingga RM 10 bagi setiap cucian.
Bagi Juruteknik Teknologi Makumat, Mahinder Kaur, 25, pula, dia mengambil keputusan membatalkan keahlian di sebuah kelab kesihatan untuk bersenam di rumah sahaja memandangkan dia jarang ke pusat itu untuk beriadah.
“Saya sudah mula bersenam di rumah sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah dan saya berjalan di sekitar kawasan perumahan saya selama 30 minit sehari. Jumlah yang dapat dijimatkan? RM 180 sebulan atau RM 2,160 setahun”, katanya.
Menurut pengatur cara, Ahmad Kamal, 23, satu lagi tip untuk menabung adlah dengan membayar bil kd kredit secepat mungkin bagi mengelak bayaran caj lewat yang boleh mencecah sehingga maksimum RM 50.
Penulis bebas, Kannan, 42, mengambil keputusan mengajar sendiri anaknya di rumah tanpa menghantar mereka ke pusat tuisyen.
“Langkah itu bukan saja membolehkan saya memantau dan memberikan tumpuan kepada pendidikan anak-anak, malah menjimatkan sehingga kira-kira RM 360 sebulan”, katanya.
Bagi pelajar, Sofiana, 18, dia mempunyai cara tersendiri untuk berjimat iaitu dengan memilih menghabiskan masa bersama rakan di gerai berbanding restoran kerana tidak peru membayar lebih.
“Dulu saya dan rakan suka melepak di restoran yang ada kelas pada hujung minggu hingga kami menghabiskan hampir RM 50 setiap kali, tapi kini saya hanya perlu keluarkan RM 10 seminggu”, katanya.
Suri rumah, Cheah, 47, berkata bagi megurangkan penggunaan tenaga elektrik di rumahnya, dia menggunakan alat jangka masa untuk penghawa dinginserta mematikan lampu dan barangan elektrik yang tidak digunakan hingga membantunya berjimat sehingga RM 110 bagi bil elektrik.
Penjual bunga, Dina, 33, berkata dia merancang perbelanjaan terlebih dahulu dan membuat senarai belian sebelum keluar mendapatkan barangan dapur bagi mengelakkan pembaziran.
Jurutera perisian, Rajesh Nair, 28, pula mengamalkan pembayaran bil melalui kemudahan internetbagi menjimatkan kos bayaran letak kereta dan minyak setiap bulan.
Kesimpulannya, mengurangkan perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan dan amalan itu boeh dimulakan sedikit demi sedikit dengan sentiasa bersabar ketika berbelanja selain beri tempoh satu tahun kepada amalan berjimat cermat itu sebelum menilai hasilnya.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews