Kaji selidik dijalankan sebuah bank terkemuka mendapati
hanya dua bagi setiap lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini mengamalkan tabiat menabung.
Berdasarkan
statistik itu, persoalan yang timbul ialah adakah sukar untuk
mengamalkan tabiat menabung? Hakikatnya menabung tidak sukar, malah
menguntungkan.
Bagi
menggalakkan tabiat murni ini, SIDC turut mendapatkan pandangan
beberapa individu mengenai 10 tabiat bagi memudahkan setiap daripada
kita menabung.
Pengawal
Kredit, Mohamed, 28, berkata antara cara mudah yang diamalkannya adalah
dengan berhenti merokok sebaik pengumuman kenaikan harga terbaru bahan
itu dibuat, sekali gus membolehkannya
berjimat sehingga RM 20 seminggu, yang juga secara tidak langsung
membantu menyihatkan tubuh, mengurangkan risiko penyakit seterusnya
mampu menjimatkkan kira-kira RM 1,040 setahun.
Akauntan,
Soh Guat Ha, 36, pula membawa sendiri makanan tengah hari dari rumah ke
temppat kerja untuk menjimatkan antara RM 30 ke RM 50 seminggu iaitu
kira-kira RM 1,560 setahun.
Manakala,
Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Khairi, 26, pula mencuci sendiri
keretanya pada masa terluang di hujung minggu supaya tidak perlu
menghantar kereta ke tempat cuci yang mengenakan
caj sehingga RM 10 bagi setiap cucian.
Bagi
Juruteknik Teknologi Makumat, Mahinder Kaur, 25, pula, dia mengambil
keputusan membatalkan keahlian di sebuah kelab kesihatan untuk bersenam
di rumah sahaja memandangkan dia jarang
ke pusat itu untuk beriadah.
“Saya
sudah mula bersenam di rumah sebagai sebahagian daripada kegiatan
riadah dan saya berjalan di sekitar kawasan perumahan saya selama 30
minit sehari. Jumlah yang dapat dijimatkan?
RM 180 sebulan atau RM 2,160 setahun”, katanya.
Menurut
pengatur cara, Ahmad Kamal, 23, satu lagi tip untuk menabung adlah
dengan membayar bil kd kredit secepat mungkin bagi mengelak bayaran caj
lewat yang boleh mencecah sehingga maksimum
RM 50.
Penulis bebas, Kannan, 42, mengambil keputusan mengajar sendiri anaknya di rumah tanpa menghantar mereka ke pusat tuisyen.
“Langkah
itu bukan saja membolehkan saya memantau dan memberikan tumpuan kepada
pendidikan anak-anak, malah menjimatkan sehingga kira-kira RM 360
sebulan”, katanya.
Bagi
pelajar, Sofiana, 18, dia mempunyai cara tersendiri untuk berjimat
iaitu dengan memilih menghabiskan masa bersama rakan di gerai berbanding
restoran kerana tidak peru membayar lebih.
“Dulu
saya dan rakan suka melepak di restoran yang ada kelas pada hujung
minggu hingga kami menghabiskan hampir RM 50 setiap kali, tapi kini saya
hanya perlu keluarkan RM 10 seminggu”,
katanya.
Suri
rumah, Cheah, 47, berkata bagi megurangkan penggunaan tenaga elektrik
di rumahnya, dia menggunakan alat jangka masa untuk penghawa dinginserta
mematikan lampu dan barangan elektrik
yang tidak digunakan hingga membantunya berjimat sehingga RM 110 bagi
bil elektrik.
Penjual
bunga, Dina, 33, berkata dia merancang perbelanjaan terlebih dahulu dan
membuat senarai belian sebelum keluar mendapatkan barangan dapur bagi
mengelakkan pembaziran.
Jurutera
perisian, Rajesh Nair, 28, pula mengamalkan pembayaran bil melalui
kemudahan internetbagi menjimatkan kos bayaran letak kereta dan minyak
setiap bulan.
Kesimpulannya,
mengurangkan
perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan dan amalan itu boeh
dimulakan sedikit demi sedikit dengan sentiasa bersabar ketika
berbelanja selain beri tempoh satu tahun kepada amalan berjimat
cermat itu sebelum menilai hasilnya.