Terlebih dahulu saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca dan admin. Dah lama benar saya tidak membuat tugasan saya dalam meng'update' blog ini. Entah kenapa kesibukan yang membuatkan semua perkara yang ingin saya lakukan tergendala. Kesibukan kerja dan pelbagai perkara.
Apa nak cerita ya? Dalam mencari ketenangan, teringat saya pada suatu cerita. Cerita di mana kita mendapat susah atau dugaan dalam hidup. Ada pelbagai cara untuk kita lakukan untuk mengatasi masalah atau dugaan kita itu. Kadang2 kita tak sangka ia berlaku.
Contohnya kalau kita bekerja dan kita mengalami masalah. Ada orang menganggap ia sebagai penghalang. Seperti contoh, jika seseorang mengalami masalah, dia akan cuba sedaya upaya menuding jari ke arah orang lain agar orang lain itu akan memikul beban masalah itu. Ini kerana dia menganggap masalah itu sebagai penghalang dan dia sebenarnya pengecut kerana dia tidak mampu menghadapinya sendiri. Orang macam ni kadang2 suka menerima 'credit' atas usaha orang lain. Tetapi menyorok jika ada masalah berlaku. Jangan salah anggap kadang2 kite juga bersikap sedemikian. Macam istilah "Kau, kau. Aku, aku"
Berlainan pula dengan orang yang mengganggap masalah itu sebagai cabaran. Dia sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikan masalah itu walau tidak dengan segera, tetapi dia sentiasa ada inisiatif untuk menyelesaikan masalah itu. Walaupun kadang inisiatifnya itu membuatkan orang jelek terutama pada golongan yang pertama tu. Yalah mana taknya nanti semua nanti dia juga yang akan kena buat jugak. Berhati-hati kerana kadang2 ada orang akan bercakap belakang kerana mencemburui sifat dan inisiatif kamu. Hehehe..
Tak ketinggalan pula yang tak ambil tahu atau ambil 'port' langsung dengan masalah itu. Orang macam ni kadang2 mungkin dah perangai dia atau kadang2 pernah kecewa dengan tempat kerja dia. Kena akui dan terima setiap pekerja pasti ada goal masing2.
"Takpelah lau aku mula2 kerja kat sini sebagai 'office boy'. lama2 aku leh naik jadi kerani dan seterusnya pegawai."Hampir semua akan berfikiran sebegitu. Tetapi kadang2 rezeki kite bukan ke arah situ, maka orang lain duk naik dan naik, awak macam tu je. Kalau kite tak bagus, takpe la. Kadang2 yang naik tu pun sama je ngan kite. Kata orang dua kali lima. Nah! Dalam perkara macam ni, orang ni bukan la nak dikatakan dia tidak bertanggungjawab, cuma 'self esteem' dia dah setakat tu je. Mungkin motivasi yang dapat mengatasinye.
Dalam hal sebegini, semua mesti mengambil inisiatif "agree to be disagree". Jangan jadi kuku besi sangat. Memang lah ketegasan menjadi sifat yang baik untuk bos, tetapi idea2 orang bawahan pun apa kurangnya. Ingat, kita berada dia atas itu adalah juga dugaan dari tuhan. Nak tengok kamu lupa diri ke tidak.
Yang pekerja tu pulak, lau tahu cara kerja tu salah, terima teguran dan berubah. Tak salah lau kite berubah tetapi result tetap sama, kite boleh memberi idea.
Team work. Terma yang selalu kita gunakan dan jarang sekali kite praktikkan. Cuba fahami dan selesaikan bersama-sama. Kalau kita buat bersama-sama, pasti dapat selesai.
2012 telah melabuhkan tirainya dan 2013 telah muncul. Yang lepas tu biarkan ia berlalu dan sekarang buka buku baru. Sesudah hujan, pasti ada pelangi yang indah.
No comments:
Post a Comment