PTPTN... satu nama yang Pujaan resah bila disebut. Sebab nye tak lain tak bukan ialah kerna BELUM HABIS BAYARRR. Itu kisah dulu hinggalah pada Januari itu.
Pada tahun lepas Pujaan dapat tau yang akaun 2 KWSP leh digunakan utk bayau PTPTN nih. Tapi tak ambil berat sangat hinggalah akhir2 ni asyik kena gi luar negara je. Rasa resah gelisah tiap kali bila check in kat kastam asyik ade aje. So by the end of year 2011 Pujaan nekad mesti setel kalini.
Langkah pertama yang Pujaan buat ialah check borang2 yang diperlukan utk buat pengeluaran ni. Gi website KWSP cari brochure dia. Benda yang dia nak pertama sekali ialah pengesahan sah baki pinjaman. Ingatkan yg print dari website PTPTN tu diterima rupanye tidak. Kena guna format yang KWSP keluarkan. Pujaan check dengan PTPTN dan rupanyer boleh buat. Tak berapa susah pun. Klik kat capaian Borang Permohonan Baki Pinjaman (Individu) Online isi dan fax borang tu ke PTPTN. Lepas 5 minggu fax nanti dapatlah borang tu dari PTPTN.
Dah dapat borang tu sediakan je dokumen2 lain yang KWSP nak cam Diploma, bukti akaun bank, salinan IC, salinan surat perjanjian dan lain lain lah. Korang baca sendiri dan ikut jer.
Pas semua dah ready bertemankan Nikerina tersayang maka pergi lah Pujaan ke pejabat KWSP pada 1 Jan lepas. Tunggu tak lama, nombor dah panggil pastu pegawai tu semak dokumen2 tu. Dia cakap "Ni keluar semualah ye? dan kami akan bayar terus ke PTPTN ye" Pujaan makin happy lah sbb tak payah nak pening nak uruskan bayar membayar ni.
Encik KWSP tu print kan satu statement pastu balik.
Minggu lepas dah dapat dah notis payment dari KWSP ke PTPTN. Alhamdulillaah dah settle dah satu beban. Pasni nak gi Singapore tengok bola dah tak yah nak risau2 dah.
Saya dah.... anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment