Sesungguhnya takde idea,...ada, tp mungkin tak releven/tak sesuai/tak perlu dikongsi di sini. Maka, teruskan menaip...
Tajuk post mengarut, tapi ia adalah tajuk alternatif untuk lagu Black Eyed Peas- Time Of My Life. tajuk di atas memang lucah...atau tidak, bagi yang tak tahu. hehee... (takde idea, memang mengarut la)
Maka, "MASA". pernah dengar kata pujangga bijaksana: apakah yang paling jauh? jawapannya ialah masa. walau sesaat telah berlalu, tidak akan dapat kita kembali mendapatkannya. Masa adalah kemewahan yang tak mampu untuk aku kehilangan. bunyi pelik, tapi kalau di-omputihkan: "time is a luxury i can't afford to lose". lebih kurang la. Baru-baru ini aku diberi peluang untuk sambung belajar, ditaja sepenuhnya, 1 sen wang pon tak perlu keluarkan. Malangnya, "masa" dan komitmen yang diperlukan, tak mampu aku sediakan.
Bila difikirkan, kenapa mahu sambung belajar sesuatu demi kemajuan kerjaya, bukankah demi keluarga dan diri?! Tapi apabila ia perlu dibayar dengan masa dan komitmen yang disediakan untuk keluarga, "beat the purpose" dan "no point" la, kata omputih. Tidak dapat tidak, aku terpaksa menolak. Maka teruslah aku ditakuk lama...yakah? no way. kita tak pernah ditakuk lama. Setiap hari pasti ada pengalaman baru, cuma ilmu baru saja yang tak pesat berkembang.
Kalau nak kuot (quote) kata-kata nabi, kita kena menambah ilmu setiap hari, iaitu hari esok lebih baik dari hari ini... Metallica pon ada, dlm lagunya: everyday for us something new, open mind for a different view... & nothing else matters.
Kesimpulannya, utamakan keluarga anda.
Berikut adalah selingan, gambar pemandangan ketika penulis ke Kedah. Dari atas Gunung Jerai, Kedah. Februari 2011.