Salam, and good day,
Pujangga dan ResaksaC dan menaip...aku tak bolehla miss, walau belum ada idea nk tulis apa. yg penting...kerjasama. hehhe.
1 lagi romadhon berlalu, satu-persatu kehidupan kita dan rakan2 berubah. Tahun ini tahun kedua aku berhari raya sebagai seorang suami, dan menghadapi dilema balik raya- di kampung siapa?!. wakakaka. Tahun ini tahun pertama bagi ResaksaC, dan insya4JJI tahun hadapan, tahun pertama bagi Pujangga? dan tahun seterusnya, buat kawan2 lain yg masih bujang, atau menambah nasik. sudahla...megi aku sudah kembang...
Aku menaip dari Tanah Merah, Kelantan. ~ no...tahun ini, raya pertama ialah dikampung halamanku di pahang. lawatan wajib ke kampung isteri bermula pada raya ke-5. Kereta Kancil EZ850 berumur 9 tahun itu bagai tidak sudi membawa kami ke kelantan, lantas menitikkan air...minyak itamnya. tunggulah ko, aku tukar timing belt, ganti gasket skali la. hoh...
Maka berlalulah kami pada selasa lalu dengan menaiki keretapi malam, dari KL sentral ke tanah merah. dengan tambang RM47 dan RM53, 2 katil kelas kedua. Harga tiket bas tambahan pula berharga RM45an... no wonder orang prefer ber-travel dengan keretapi, rilek, tidur, toilet banyak, kantin pon ada. zzzzzz. Perjalanan dari 8.35mlm, selasa, tiba di Tanah Merah sekitar 9.15 pagi hari rabu. Ada gegar2, ada sejuk...tapi ok la. cukup teruja aku. Esok (sabtu), aku akan kembali ke Shah Alam, dengan bas tambahan dari Machang...kerana tiket tren habis sudaaa...adess, kasihan tulang belikat aku.
cukup. Sebagaimana Pujangga menulis, kisah pembunuhan Sosilawati cukup menggemparkan. main stream media melaporkan dengan hati-hati, media alternative (blog/forum/facebook/twitter) pula penuh dengan gossip dan khabar angin. mungkin benar, mungkin tidak. kita nantikan. Tidak puas hati dengan info mainstream media, bukan main la aku cuba mengkhatamkan membaca forum di mforum.cari.com.my yg sudah masuk versi ke 3 'benangnya'. bermacam2 andaian dan kisah yg boleh men-traumakan diri, hingga prejudis, dan prasangka.
Banting , Kanchung Laut, Kanchong Darat (keluarga Sidek, pemain badminton?), Morib, Ladang Gadong, menjadi satu lokasi terkenal dengan tiba2. Tapi memang aku pernah dengar, kisah2 gangster di sana. Di banyak blog, ramai memaparkan kisah ini, selain berkongsi info, mungkin ada serampang dua/tiga mata. tunggu dan lihat.
Sampai sini saja, ...(kena berhenti, kecemasan)
No comments:
Post a Comment