Salam, & good day,
Lama L tidak menulis...eeeeh, apa yang 'glittering' di atas ni? Ya.... happy 'belated' birthday to me, yang kalau tak silap, cuma Poochow je yang wish, sebab aku ubah date bday kat fesbuk, frenste, etc. Bagos poochow ni. So~ belon2 di atas ni lak ditujukan pada dik Poochow a.k.a. Hanif a.k.a. ResaksaC, yg jatuh pada 28 Julai. Dah ni? Ya.... happy 'belated' birthday to me, yang kalau tak silap, cuma Poochow je yang wish, sebab aku ubah date bday kat fesbuk, frenste, etc. Bagos poochow ni. So~ belon2 di atas ni lak ditujukan pada dik Poochow a.k.a. Hanif a.k.a. ResaksaC, yg jatuh pada 28 Julai. Dah tua mamat ni...dah nk ada baby dh pon. Tahniah, congratz, omedeto, buat anda dan keluarga.
So, sempena besday Poochow ni, aku rajinkan diri untuk menaip la...eh, wait seminit, mlm tadi aku terpikir topik "kenapa ramai perempuan selalu kena cukai pendapatan", errr, aku tak tau berapa ramai, tapi semalam sorang dah kantoi. So, aku igt, informatif sgt la info basic aku nk share...tapi mlm td juga, aku abes byr deposit 10% beli rumah... so, igt nk share kisah membeli rumah ni- sama informatif juga walau audience sekadar...Batu (Hairil). hahaha...Poochow dh beli secara lelong (mungkin dia boleh share info tu kemudian), An pon dh beli, dh siap posting pon. Hairil dh beli apartment (long term plan nk jual, n beli lak rumah landed). dan aku baru je...beli rumah dari individu, yg agak/sangat mencabar prosesnye. Memandangkan pasal cukai tu...bende dh lepas (next tgu tahon depan la), so, tips dan trik membeli rumah, serta pengalaman berkenaan yg lebih informatif. di tambah pula button "sharing" kat bawah post ni. semoga dpt pahala atas info yg berguna.
Meneruskan… lebih kurang sebulan yg lalu, aku aktif mencari rumah tertanahkan (landed) memandangkan rumah sewa sekarang iaitu 'walk-up penthouse' kurang selesa/letih untuk didiami. Baru berlaku pagi tadi… elok dh bawak Honda ku (NF125 a.k.a. honda wave) dlm 100 meter, baru perasan henset N80i ku tertinggal. Patah balik, berlari la memanjat tingkat 4 itu. Sihat la tubuh badan pakcik dek bersenam pagi-pagi morning ni. So, mencari rumah, apa aku buat, keutamaan ialah, memudah isteri ke tempat kerja, maka lokasi rumah mesti agak hampir. Maka sasaran ditetapkan: lokasi Subang, Shah Alam; harga bajet 260k-300k (sbb xde new development, maka bajet berdasarkan 10% deposit yg termampu), priority pada freehold. Maka aktif la aku meng-gogel ke iproperty, mudah, dan sebagainya. Lalu kol agent2, bertanya info lantujatan. lalu terdapatlah 1 agent yg agak disenangi, lalu mengushalah diri ini bersama isteri, 3 unit rumah landed freefold, bawah seliaan agent ini.
Pada masa tertetapkan, pergilah kami mengusha rumah pertama, vacant (tiada penghuni), saiz agak besar, harga 280k. Ini pilihan yg baik...kalau renovasi dibuat, skrew balik lampu tu, cat balik dinding, grill sudah ada...takkan sampai 20k kan. Cuma,...jiran dihadapan ialah, mcm jiran sebelah kiri Bupet di Jalan Jagong 3, BBU. Hadis ada menyatakan, pilihlah jiranmu, demi kebaikan tumbesaran anak2. Yup...another value yg perlu aku pertimbangkan.
Ketika survey ini dijalankan, aku bersama agen, dan 1 lagi chinese famili, yg sama mengusha rumah untuk dibeli. Nmpknya famili itu juga kurang berminat rumah pertama tersebut. Maka pergilah kami ke rumah kedua, harga 320k diluar bajet asal, tetapi sungguh mantap rumah ini. 20x70, renovated. tenanted, so rumah ni terjaga la. Aku n wife berminat, tp sbb agak diluar bajet. Next, rumah ketiga, didiami penyewa, agak sukar untuk masuk dan meng-usha. Pergilah that chinese famili bersama agen, meninggalkan aku n isteri di rumah kedua. Kebetulan isteriku kurang sihat, mengepowlah akan kami, berkata isteriku pada Puan rumah "errr...letihla, boleh mintak air sikit...?". hehehe, maka berlepaklah kami diruang tamu rumah tersebut sambil memecah ais, mengorek lebih info. Dari kata2 Puan rumah, sbb jual ialah, sbb nk beli corner lot ujung tu...erk..kaya betul beliau ini. Kami lagi disogok dengan kisah2 kejiranan yg menarik, serta agen tersebut yg juga jiran pada Puan rumah. Hm...aku menimbang sedalamnya. Tidak lama kemudian, agen kembali, lantas men-join kami minum air oren di jamu oleh maid Puan rumah tersebut.
Nmpak berminat, aku lantas bertanya kos2 yg bakal muncul, selain 10%, interest on loan, legal, dan sebagainya kepada agent. Agak menggetar jiwaku untuk menarik diri…dn terus menggogel aje. Lalu kami pulang…after so much deliberation…aku msg 'DEAL!' pada agent. lantas mengoreklah akan aku, segala mcm sumber kewangan, dengan pertimbangan pengeluaran EPF dan simpanan disana-sini. Internet memang sumber yg berguna, teruslah aku mencari info tentang komuniti yg selalunya ada website/forum. terjumpa...terujalah aku melihat AGM mereka, serta paling mengujakan ialah event baro'an rumah kerumah yg diadakan ketika raya, yg biasa diadakan dikampung.
Tibalah masa aku perlu membayar 2% booking fee pada agent, supaya agent tidak lagi mengiklan mengoffer rumah tersebut pada bakal pembeli lain. Kejutan...disitulah baru diceritakan kos guaman yg meresahkan diriku...rm10k diluar bank loan perlu dibayar. Aku pulang keresahan...walaupun tidak kekeringan sumber...namun aku resah. Hampas perasaan itu. Itulah ketika aku memarahi BIMB kerana kekurangan cawangan dan ATM, kerana my chunk of money dlm bank tu. Dan marah juga aku pada Alliance Investment kerna trading online nya tidak berfungsi dgn baik, memaksa diriku kol remiser, mengarahkannya menjual segala saham maxis ku (untung 200 lebih je), dan saham2 rugiku, Sanichi dan Kencana. tiadalah balance a/c CDS ku....takpa, nnt ada IPO baru, mudah juga aku nk apply, ada nombor CDS (buka akaun ni kna cas rm10 je pon). So, moral terpenting di sini ialah- anda mesti mengambil kira kos guaman selain kos rumah.
Berapa ketika kemudian, aku menghubungi EPF, bertanya hal pengeluaran wang akaun 2. Baru ku sedar, untuk pembelian rumah dari individu, EPF sekadar RE-imburse, i.e. anda bayar segala apa semua DAHULU, kemudian anda claim dari EPF. Bermakna, wang EPF tak dapat membantu 10% deposit dan legal fee yg berlaku sebelum bank loan anda selesai!. Being resourceful (banyak menyimpan) serta meminjam wang isteri 1.5k, tiadalah sangat keresahan melanda jiwa.
Moral: Membeli rumah dari individu:
- Anggarkan anda mampu membayar 10% dari harga rumah; yuran guaman (termasuk Memorandum of Transfer)
- Jangan bergantung pada pengeluaran EPF
- Anggarkan pinjaman bank, tanya bayaran bulanan, anggarkan 'consumable income' agar anda tidak "papa asal bergaya"
- Comply dengan saranan Nabi, agar memilih jiran (baik, muslim, ada/hampir surau)
- Anggarkan kos setelah anda berpindah- renovate kitchen kabinet, security grill
- dan lain-lain.
Akan bersambung...
No comments:
Post a Comment