13 December 2009

Every Body Wants the Same Thing

Assalaamualaikum dan salam sejahtera ke atas kamu. Sudah lama bener penulis2 Pujangga ini bercuti hinggakan ada yang buat2 prihatin bertanyakan apakah tiada siapa yang mahu mengupdate blog ini? Heheheheeeeeeee

Last month, for a week Pujaan telah terbang ke Kuala Lumpur (ceh KL pun nak terbang ka?) utk mengikuti kursus selama seminggu. Bertolak dari Senai pada jam 6.40pm dan tiba pada 7.40pm di KLIA.

Pertama kali juga Pujaan menggunakan perkhidmatan KLIA Express. Ngan bayaran RM35, keretapi ni mmg lah terlaju di Malaysia sekarang nih. Tepat2 28minit dah tiba. Tren ni juga sangat mesra penumpang pesawat yang membawa beg berbondong2. Cuma dari segi hiburan mmg kalah ngn bas Causeway Link sbb LCD monitor nya hanya memaparkan iklan YTL.

Kemudian dari KL Central, Pujaan menaiki teksi Limo untuk ke hotel Federal di Bukit Bintang.


Next morning, Pujaan gi ke kelas ngn berjalan kaki. "Exercise sikit bang" kata pemandu teksi malam tadi. Hehehe x da hal pun sbb Pujaan mmg kuat berjalan. Di bawah bangunan itu ternampak bos regional Pujaan iaitu Encik Robert Kelleher. Beliau ni dari Australia, baru naik pangkat jadi regional

manager. Bersopan sungguh, kadang tu naik malu gua sebagai orang Asia dan berpengalaman. Masa dia nampak Pujaan dia kata "Of all the KL people, I know this guy". Hahaaa kemain heppi lagi beliau nih. Masuk kelas dan jumpa lagi 2 org peserta, Encik James Herbert dari Srirochat, Thailand dan Encik Elango dari hotel di KL. So kelas seminggu ni cuma 4 orang je lah pesertanya.

So seminggu ngn Robert ni banyak lah dia share pengalaman dan pendapat dia. Salah satu topic yang menarik perhatian Pujaan ialah walaupun manusia berbeza, samada kerakyatan, bangsa atau agama sebenarnya kita mahukan perkara yang sama. Pokoknya asalkan kita saling hormat menghormati dan sudi bertoleransi, peperangan atau pergaduhan adalah tidak perlu. Keluarga beliau ni sebenarnya berasal dari Spain dan berhijrah ke Australia. Di kawasan kejiranan beliau ni lak lebih international dari Bukit Antarabangsa. Ada family dari China, Pakistan, India, Spain dan Indonesia. Well kalau nak bandingkan ngn scenario kita di Malaysia ni mmg x banyak beza. Tapi bezanya kat sini personally Pujaan jarang jumpa manusia yang toleransinya tinggi terhadap kaum lain. Agama Islam pun ialah

agama sejagat so kenapa fikiran kita leh lebih sempit dari agama lain ya?

Well akhir kursus semua orang lega, dapat jawab soalan periksa yg telah terdedah lebih awal hehe. Aktiviti lain ialah bertemu rakan2 di KL. Sempat laa jumpa Encik Hairil yang telah bawa Pujaan dinner di Stable Steak di Kampung Baru. Bila naik je keter beliau ni terus berkumandang lagu Hindustan. Mamat ni agaknye mmg x leh tukar genre kut hehe.

Perkara lain menarik di Bukit Bintang ialah ada banyak kedai masaj kaki dan masaj gatal di jalan Bukit Bintang. Diorang ni berniaga 24 jam watkan Pujaan rasa heran. Ada ka orang mau masaj di kala pagi2 ni? Lagi 1 perkara yang menarik ialah Bukit Bintang ni dah macam Arab Saudi dah. Sana sini mak pak anak arab berniaga dan berjalan2. Emmm tempat lain yang dilawati ialah Pavillion. Haha tempat ni memang lah tempat golongan datin2 n dato2 yang malu nak beli benda murah shopping. Semua branded n harga always over the ceiling price. Awek yg duk shopping kat sini pun canggih2 belaka.

Okeh ni ajer citer Pujaan. Sehingga posting akan datang…. Sekian.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews