31 December 2009
20 December 2009
Pujaan Berumah tak Bertangga
19 December 2009
Kiub Rubik
Salam & good day, L said.
amma ba'du. よろしくね。hehehe.
lama En.L tak menulis. Kenapa? itu kita tak tahu. (quote movie 'Los dan Faun'). Kita mulakan dengan status update yer anak2. En. L kini level 360+ dalam permainan mafia Wars di facebook... ops...Add Me. hahaha.no.
Selain itu, En. L sudah berpindah dari Kampung, Melayu Subang, ke Bukit Subang. jarak lebih kurang 1 KM lebih je dari rumah sewa lama. Kalau dulu rumah kampung, kini di menyewa apartment pula, di tingkat 4 (adeeeei). Demi menjimatkan kos En.L yg miskin hina ini, terima la. Respons diterima dari kawan2 mengatakan apartment tersebut suatu pilihan yg baik kerana: apartment 3 bilik, 2 toilet, fully furnished (sofa, tv kecik, peti ais, mesin basuh, katil, almari, dining set, -security grill[in progress installation as at todate]), monthly rent RM450 (exclude TNB). So be it, konon sekejap jela nk port sini, sambil nk beli rumah.
Demand teres link, double storey, usha la 2 3 minggu lepas. monthly pymnts mmg mampu, tp dia pny 10% tu xdapat nolong la. pakcik dah miskin beli itu ini (maxis 1 lot. hahaha). So, En.L rasa, kena tgu bonus juta2, or Parade of Home company lg la. this time, xdulik dh kot harga brape, janji monthly lepas. huhuhu. jahatnye dunia sekarang.
Selain fasiliti tersebut tadi, En.L juga telah membeli sebuah komputer baru 2nd hand, eMac dengan harga kawan2. Kelemahan PC itu yg terbesar ialah... beratnya 22.7KG (dan bwk naik tingkat 4). Dan sekarang menaip menggunakan eMac tersebut. Sib ada is3 membantu. Ckp pasal is3 update, previously permohonan bertukar sekolah dari Miri, Sarawak ke Selangor telah gagal. Tapi hasil rayuan En.L ke Putrajaya, dengan surat penuh faksa ala2 karangan SPM, serta ujian meredah hujan; rayuan telah berjaya, tp tak tau lagi skolah mane.
So...update yer... En.L masih bekerja di kompeni lama, dengan nature kerja yg byk visit, serta En.Hairil masih jiran di tempat kerja. Baby? eh, xde org tanya, xpayah jwb la. hahaha. Bg En.hairil dgn baby (bakal) dia on dlu. then Chow, then An. Bile tu? hehehe
An...haritu xabis2 tanya mane nk beli kiub rubik, sejenis puzzle dengan berjuta kombinasi. Semalam En.L membeli kiub rubik tersebut, paling murah dengan harga RM3.90. setelah discamble oleh wife En.L, berusahalah En.L, dengan tak memahami sifirnya...bedal lah labu. Usha lagi youtube, tak pandai juga. Teringat En.L suatu episod dalam 'Ugly Betty', kisah seorang model yg menyukai berry, yg mana Betty merebut kuasa dengan Kimmy... Wilhemina mahu membuang masa model tersebut kerana mereka perlu menyediakan berry kesukaannya, lalu Wilhemina berkata 'cepat sket, ni bukan model yg bodoh...', kamera lantas menunjukkan model tersebut berkata 'dah...', seraya menghulurkan rubik kiub yg telah selesai. hehehe.
Tapi petang ini, En.L dengan tenang cuba memahami rupa kiub ini yg bagaikan allspark (transformer), akhirnya telah berjaya menyelesaikan 1 side. yay. lain2 side tu...nnt la. mesti sgt susah. Berikut bukti kiub tersebut, serta PC eMac En.L yg juga sama dimiliki En.Hairil dan En.Shahrizan. Till then, bubbyeeeee.
13 December 2009
Pujaan Berumah tak Bertangga
Every Body Wants the Same Thing
Last month, for a week Pujaan telah terbang ke Kuala Lumpur (ceh KL pun nak terbang ka?) utk mengikuti kursus selama seminggu. Bertolak dari Senai pada jam 6.40pm dan tiba pada 7.40pm di KLIA.
Pertama kali juga Pujaan menggunakan perkhidmatan KLIA Express. Ngan bayaran RM35, keretapi ni mmg lah terlaju di Malaysia sekarang nih. Tepat2 28minit dah tiba. Tren ni juga sangat mesra penumpang pesawat yang membawa beg berbondong2. Cuma dari segi hiburan mmg kalah ngn bas Causeway Link sbb LCD monitor nya hanya memaparkan iklan YTL.
Kemudian dari KL Central, Pujaan menaiki teksi Limo untuk ke hotel Federal di Bukit Bintang.
Next morning, Pujaan gi ke kelas ngn berjalan kaki. "Exercise sikit bang" kata pemandu teksi malam tadi. Hehehe x da hal pun sbb Pujaan mmg kuat berjalan. Di bawah bangunan itu ternampak bos regional Pujaan iaitu Encik Robert Kelleher. Beliau ni dari Australia, baru naik pangkat jadi regional
manager. Bersopan sungguh, kadang tu naik malu gua sebagai orang Asia dan berpengalaman. Masa dia nampak Pujaan dia kata "Of all the KL people, I know this guy". Hahaaa kemain heppi lagi beliau nih. Masuk kelas dan jumpa lagi 2 org peserta, Encik James Herbert dari Srirochat, Thailand dan Encik Elango dari hotel di KL. So kelas seminggu ni cuma 4 orang je lah pesertanya.
So seminggu ngn Robert ni banyak lah dia share pengalaman dan pendapat dia. Salah satu topic yang menarik perhatian Pujaan ialah walaupun manusia berbeza, samada kerakyatan, bangsa atau agama sebenarnya kita mahukan perkara yang sama. Pokoknya asalkan kita saling hormat menghormati dan sudi bertoleransi, peperangan atau pergaduhan adalah tidak perlu. Keluarga beliau ni sebenarnya berasal dari Spain dan berhijrah ke Australia. Di kawasan kejiranan beliau ni lak lebih international dari Bukit Antarabangsa. Ada family dari China, Pakistan, India, Spain dan Indonesia. Well kalau nak bandingkan ngn scenario kita di Malaysia ni mmg x banyak beza. Tapi bezanya kat sini personally Pujaan jarang jumpa manusia yang toleransinya tinggi terhadap kaum lain. Agama Islam pun ialah
agama sejagat so kenapa fikiran kita leh lebih sempit dari agama lain ya?
Well akhir kursus semua orang lega, dapat jawab soalan periksa yg telah terdedah lebih awal hehe. Aktiviti lain ialah bertemu rakan2 di KL. Sempat laa jumpa Encik Hairil yang telah bawa Pujaan dinner di Stable Steak di Kampung Baru. Bila naik je keter beliau ni terus berkumandang lagu Hindustan. Mamat ni agaknye mmg x leh tukar genre kut hehe.
Perkara lain menarik di Bukit Bintang ialah ada banyak kedai masaj kaki dan masaj gatal di jalan Bukit Bintang. Diorang ni berniaga 24 jam watkan Pujaan rasa heran. Ada ka orang mau masaj di kala pagi2 ni? Lagi 1 perkara yang menarik ialah Bukit Bintang ni dah macam Arab Saudi dah. Sana sini mak pak anak arab berniaga dan berjalan2. Emmm tempat lain yang dilawati ialah Pavillion. Haha tempat ni memang lah tempat golongan datin2 n dato2 yang malu nak beli benda murah shopping. Semua branded n harga always over the ceiling price. Awek yg duk shopping kat sini pun canggih2 belaka.
Okeh ni ajer citer Pujaan. Sehingga posting akan datang…. Sekian.