06 July 2009

Salam

Salam, L said.

Assalamualaikum = selamat sejahtera = peace be upon you; adalah ucapan salam yg hukumnya sunat bila menyampaikan, dan wajib menjawabnya (dengan beberapa pengecualian). Salam sudah diserap dalam budaya kita di Malaysia dan nusantara hingga kadang2 kita terlupa tentang salam, menurut Islam.

3, 4, dan 5 Julai 2009, di tv9, selama 1 jam rancangan "Tanyalah Ustaz" yg bermula jam 7 pagi, menyegarkan kita tentangnya, sesuatu yg mungkin kita terlupa, atau yg kita tak pernah tahu. Sepanjang Sabtu dan Ahad saya menontonnya, dari respon pemanggil dan penghantar e-mail, jelas, masih ramai yg keliru pada cara bersalam dan paling penting tentang mahram. Berikut saya sampaikan rumusan yg saya ingat, yg mungkin baru pada kita, atau kita lupa:

- berjabat tangan selepas solat adalah perbuatan bidaah yg baik (bidaah=bukan amalan Rasulullah).
- tidak digalakkan, dan mungkin boleh jatuh haram, memberi/menjawab salam pada ahli maksiat/orang yg melakukan dosa.
- makruh (tak dapat pahala) memberi salam pada orang sedang makan, dan tidak wajib beliau menjawabnya.
- bersalam cium tangan pada orang yg lebih tua, ibu bapa, orang alim, adalah digalakkan hingga tahap sunat; tapi boleh haram berbuat demikian pada orang2 yg boleh terdetik niat membodek seperti salam cium tangan ahli politik, orang kaya, etc.
- ibu bapa mertua bertaraf seperti ibu bapa sendiri, sampai mati.
- wanita yg bersalam dengan alas (e.g. sarung tangan) adalah dibenarkan dalam situasi terpaksa; wanita bersalam dengan bukan muhrim tetap tak dibenarkan dalam Islam.
- 1 orang memberi salam dalam majlis yg ramai orang, jika langsung tiada yg menjwab salam tersebut, atau kanak2 belum baligh je yg menjawabnya, maka mereka semua menanggung dosa.
- 'salam' sms tidak dilafazkan, maka tak wajib menjawabnya. bagaimanapun,ia baik dijadikan budaya.
- wanita haram berjabat tangan dengan bukan muhrim, iaitu mereka2 yg tidak tersenarai dalam Surah An-nuur, ayat 31. Maka bagi seorang menantu wanita, tak boleh bersentuhan, malah mendedahkan aurat pada abang ipar sekalipun. Walau ada hujah mengatakan ia muhrim terhad mengikut masa, elakkan adalah lebih baik. (rujuk pada yg lebih pakar)

Maksud surah an-Nuur, ayat 31:
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
[sumber: Al Quran Digital v2.1;http://www.alquran-digital.com]

Biasanya pada sabtu dan ahad, saya suka menonton Buletin Pagi pada jam 7.30; kini saya sudah ada rancangan tv yg lebih ilmiah (berbanding propaganda politik). Sebelum Buletin Utama (8 mlm) juga, saya kini gemar menonton tv1, rancangan pengetahuan tentang alam dan haiwan. So till then, marilah terus menambah ilmu sebagaimana Rasulullah galakkan, agar kita menambah ilmu setiap hari.

(saje je gmbr ni. hehehe. kuda kat planet hapetah)

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews