13 June 2009

Kenduris

Ahhh rasanye sekarang mmg dah masuk peringkat watak2 dewasa yang Pujangga perlu mainkan. Bila masuk cuti sekolah je berduyun jemputan hadir ke mail box Pujangga haha.

Kenduri umah Farah Waheeda
Dulu masa diploma ni ler gadis yang paling mendapat perhatian kerna bapanya yang memiliki Syarikat Cepat ekspress di Segamat. Ni juga lah perkhidmatan pengangkutan awam kegemaran Katu, Bomber dan student lain di UiTM Segamat.

Well dengan kenduri ini maka berakhirlah legasi gadis ini. Bagaimanapun ada lagi kumbang- kumbang tewas yang sudi hadir utk mengucapkan farewell dan all the best utk pelayaran di alam rumah tangga. Antara kumbang tersebut ialah si Raksasa. Pujangga setia berdiri di tepi sambil memegang kotak tisu cap Tesco.

Si Kumbang tewas ada ambil banyak photo pada hari tersebut dan Pujangga harap beliau boleh share koleksi beliau di sini.

Selamat Pengantin Baru Farah. Moga berbahagia hingga akhir hayat.


Kenduri Encik L
Last week, 7 June 09, 5.15am Pujangga wat rekod bangun paling awal di Gelang Patah hehe. Org lain masih lagi berdengkur kecuali anjing German Shepherd yg duk sibuk menyalak kepada Nepal- Nepal yang tinggal berdekatan.

"Apo nak bawak ni? Alah pergi 2 ari wat cara 2 ari lah"
capai beg sandang kecil, beg toileteries, jaket..."hmmm video cam dah ilang kena rembat ari tu"
turun tingkat bwh wat sarapan. Si Adam masih lagi berlingkar ngn laptop on.

"Cessssssss" bunyi raungan nugget kena goreng dlm kuali. Dengan secawan Milo suam maka lengkap lah sarapan pagi itu.
Tulis sms kat Raksasa: [Kita gerak dlm kul 7.30am. Aku dah kuar umah ni]
Start enjin keter, humban luggage kat bonet dan terus gerak.

Kul 8.30am selamat sampai di Jln Junid, Muo.
"Anep x ade kat depan?"
"Hehe x nmpk pulak pak cik. Takpe saya call dia"
Pelan2 dengan lemak2 nye dia pun sampai. "Okeh jum gerak"

Kami menuju ke Muadzam Shah, lalu Rompin, Gambang terus ke Cherating.
Tiba di cherating pada jam 2pm. Alamak semua penginapan ni penuh laaa plak. Dari Inn smpai laa ke Sea View Resort jawapannye satu: "Full House Encik"

Dgn putus asa pada jam 4.30pm kami menuju ke Kuantan. Alamak mana best bercuti duk kat bandar nih?
Di Pantai Balok mata ni gatal plak nmpk satu chalet. "Cau try le yg ni last. Mana tau ada rezeki ko dpt laa tdo dkt ngn pantai"
"Ada kosong kak?" "Ada"
"Hoh ye ke?" "Ye laa"
Tak fikir panjang gua terus aje hulur wang sebanyak RM180. Si Raksasa ngn Ali berbondong2 masuk ke bilik mcm remaja PLKN.
"Wokey jom mandi laut!!" "Aku nak tido daaa"
ceh perosak program sungguh si Raksasa nih.

Kat pantai ombaknye sungguh menakutkan. Besau2 tapi pas 5 minit rendam kaki masing2 bertukau menjadi ikan duyung dah haha.

Malamnye kami gi mkn seafood. Malangnye servis dtg lmbt. Last course tom yam seafood dah xde sape nak makan. Tapau dan akhirnya jadi sarapan pada keesokannyer.
Malam tu meronda tanpa tujuan di sekitar Cherating. Cari pantai awam Balok tp gagal berjumpa..

Sok paginye ujan lak. Si Raksasa yg sibuk tido smlm kempunan nak rasa air laut hahha. Kol latip utk konfemkan bila patut kami dtg. "Dtg petang sikit sbb pengantin dtg lmbt"
So dlm kul 10.30am kami check out dan mulakn perjalanan ke Jengka plak.

Sesampai di umah pengantin kami tercengang...eh apsal wak DJ tu dah angkut audio tu? org dah cuci pinggan dah? eh pengantin dh takde keris ngn tanjak dah?
"meh makan kat bwh meh"
halamak rupanye org sini wat kenduri cm dinner daa. semua dtg serentak.laaa kami yg dtg ikut waktu peak di Johor mmg dtg utk cuci pinggan je lah haha.

Jam 3pm kami ucapkan babai kepada kedua mempelai. Nampak bahagia dan excited sekali mereka berdua ni hehehe.

Sampai ni je lah tulisan ku. Nanti sambung lagi ...

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews