29 June 2009

ResakseC vs Sulli

Salam, L said.

Hari ini aku menonton "Monster Inc.", filem animasi pixar yg pernah popular suatu ketika dahulu. Walau dah lama, dah tengok, masih tetap kelakar. Suatu perkara tentang filem ini...mungkin ramai yg tahu, ada kaitan dengan rakan penulis kita, ResaksaC, penulis topik jiwang dan cinta, yg 'bertuhankan futsal'...metaphorically.

Movie ini sungguh comel, mengisahkan alam monster yg memerlukan jeritan kanak-kanak, menghasilkan tenaga bagi bandar monster; bagaikan elektrik. Hinggalah suatu insiden, watak utama-Sullivan (yg juga dipanggil 'kitty') mendapati suara gembira kanak menjana kali lebih tenaga berbanding jeritan ketakutan. Ironi, encik ResaksaC begitu 'mirip' dengan Mr. Sullivan ini, dari segi baik hati, pandai bergurau, bengis,.... dan phisically. hehehe. don't take offence.

Menonton kembali, terbayang semula Encik ResaksaC menggayakan babak "u...go...2...sleep". hehehe. aksi angkat bahu dan sebagainya, begitu serupa. Hahaha. Well, ketika itu kita masih di kampus, berusaha mendapatkan segulu... errr, 2 kepingan diploma (english and malay) dan 2 keping transkrip summary. Hm...sweet lovely days huh. So, till then, enjoy recalling the memory. Berikut adalah klip video berkenaan encik ResaksaC (di Sungai COngkak, Ampang; 2 May 2007). Boleh juga dianggap resume untuk mencari jodoh. hohohoho.


till then, salam.

17 June 2009

Enjoying television

Lately Pujangga feel yg diri Pujangga ni kekurangan zat humor di dalam badan. Ni mungkin disebabkan oleh pemakanan atau kesibukan kerja membuatkan Pujangga menjadi seorang yang membosankan. Antara sebab yang membuatkan Pujangga risau ialah bila membuat public speech kurangnye respond para pendengar dan banyak pula yang mengantuk.

So antara effort Pujangga utk selesaikan masalah ni ialah dengan banyakkan menonton dvd. Citer pertama yang ditonton ialah Crank 2. Tapi cerita ni tahap sampah sarap langsung xda nilai murni. Then tonton Transporter 3. Haa ada laa nilai murni yang boleh diambil. Gi wayang aritu tonton Blood. Terasa sebak laa gak bila tengok anak antu bunuh mak antu huhuhu. Tertarik ngn pronounciation huruf "R" diorg. Sebijik mcm Pujangga hik hik.

Tadi duk surf channel tersangkut kat NTV7. Ada sitcom Mr.Siow's Mandarin Class.
Menariknye citer ni pelakonnyer berbilang bangsa, melayu, tamil, tiong hua, indon pun ada. Part paling best ialah bila cikgu review homework diorg. Kena wat ayat dari perkataan cam "sedih"- ada laa mamat ni wat ayat "longkang di depan rumah saya sangat sedih" kawan dia sambung "Rupa cikgu lagi sedih". Perkataan "sambil" ayatnye camni plak- "Saya tidur sambil makan". Well bukan budak2 aje yg mengarut masa blaja tapi org dewas pun same jer hehehehe.

Ok lah tu je nak share.
Sehingga ke kehidupan yang akan datang, salam.

16 June 2009


Hanya gambar ini sahaja yang dapat aku ambil. Panggil Farah suh posing, si cameraman pula sibuk ambil pose milik aku. Well, he's doing his job. Yang penting bagi aku, aku dah tunaikan apa yang aku janjikan pada Farah untuk datang ke rumah dia, majlis dia.
Terbaca post Pujangga yang mengatakan aku tewas. Hahaha.. She's MyLady. Kelakar lah. Aku ngan Farah kawan jerk tetapi Si Pujangga sering ingat aku ngan dia ada something. Well, she's good looking and why not?? Hahaha.. Semuanya dah berakhir tatkala Pahlavi akad nikahnya Farah. Macam best plak masa aku post ni, aku dengar lagu Pergi by Aizat. Dengarlah..

Latif @ Petu @ Mr L.. My fren, ko telah melangkah ke alam baru. Akhirnya terucap juga ayat yang selama ini aku pikirkan jika kawan baikku berkahwin, "Mimiy, jaga Latif elok2 ya?"

Haha.. yup, you are one of my best friends. Aku harap ko bahagia dan cepat2 buat anak2.. Ada gak Si Pujangga mintak izin isteri Mr L untuk bawak pergi bercuti, tapi macam tak lepas jerk.. HUrm...

Pasti best pengalaman bujang bersama ko. Perak, Sg Congkak pasti aku ingat. Life goes on, bro. :)
Kelakar.. Lagu Pergi by Aizat masih lagi diputar. Rupa2nya window media player aku di set repeat untuk list lagu.

13 June 2009

Kenduris

Ahhh rasanye sekarang mmg dah masuk peringkat watak2 dewasa yang Pujangga perlu mainkan. Bila masuk cuti sekolah je berduyun jemputan hadir ke mail box Pujangga haha.

Kenduri umah Farah Waheeda
Dulu masa diploma ni ler gadis yang paling mendapat perhatian kerna bapanya yang memiliki Syarikat Cepat ekspress di Segamat. Ni juga lah perkhidmatan pengangkutan awam kegemaran Katu, Bomber dan student lain di UiTM Segamat.

Well dengan kenduri ini maka berakhirlah legasi gadis ini. Bagaimanapun ada lagi kumbang- kumbang tewas yang sudi hadir utk mengucapkan farewell dan all the best utk pelayaran di alam rumah tangga. Antara kumbang tersebut ialah si Raksasa. Pujangga setia berdiri di tepi sambil memegang kotak tisu cap Tesco.

Si Kumbang tewas ada ambil banyak photo pada hari tersebut dan Pujangga harap beliau boleh share koleksi beliau di sini.

Selamat Pengantin Baru Farah. Moga berbahagia hingga akhir hayat.


Kenduri Encik L
Last week, 7 June 09, 5.15am Pujangga wat rekod bangun paling awal di Gelang Patah hehe. Org lain masih lagi berdengkur kecuali anjing German Shepherd yg duk sibuk menyalak kepada Nepal- Nepal yang tinggal berdekatan.

"Apo nak bawak ni? Alah pergi 2 ari wat cara 2 ari lah"
capai beg sandang kecil, beg toileteries, jaket..."hmmm video cam dah ilang kena rembat ari tu"
turun tingkat bwh wat sarapan. Si Adam masih lagi berlingkar ngn laptop on.

"Cessssssss" bunyi raungan nugget kena goreng dlm kuali. Dengan secawan Milo suam maka lengkap lah sarapan pagi itu.
Tulis sms kat Raksasa: [Kita gerak dlm kul 7.30am. Aku dah kuar umah ni]
Start enjin keter, humban luggage kat bonet dan terus gerak.

Kul 8.30am selamat sampai di Jln Junid, Muo.
"Anep x ade kat depan?"
"Hehe x nmpk pulak pak cik. Takpe saya call dia"
Pelan2 dengan lemak2 nye dia pun sampai. "Okeh jum gerak"

Kami menuju ke Muadzam Shah, lalu Rompin, Gambang terus ke Cherating.
Tiba di cherating pada jam 2pm. Alamak semua penginapan ni penuh laaa plak. Dari Inn smpai laa ke Sea View Resort jawapannye satu: "Full House Encik"

Dgn putus asa pada jam 4.30pm kami menuju ke Kuantan. Alamak mana best bercuti duk kat bandar nih?
Di Pantai Balok mata ni gatal plak nmpk satu chalet. "Cau try le yg ni last. Mana tau ada rezeki ko dpt laa tdo dkt ngn pantai"
"Ada kosong kak?" "Ada"
"Hoh ye ke?" "Ye laa"
Tak fikir panjang gua terus aje hulur wang sebanyak RM180. Si Raksasa ngn Ali berbondong2 masuk ke bilik mcm remaja PLKN.
"Wokey jom mandi laut!!" "Aku nak tido daaa"
ceh perosak program sungguh si Raksasa nih.

Kat pantai ombaknye sungguh menakutkan. Besau2 tapi pas 5 minit rendam kaki masing2 bertukau menjadi ikan duyung dah haha.

Malamnye kami gi mkn seafood. Malangnye servis dtg lmbt. Last course tom yam seafood dah xde sape nak makan. Tapau dan akhirnya jadi sarapan pada keesokannyer.
Malam tu meronda tanpa tujuan di sekitar Cherating. Cari pantai awam Balok tp gagal berjumpa..

Sok paginye ujan lak. Si Raksasa yg sibuk tido smlm kempunan nak rasa air laut hahha. Kol latip utk konfemkan bila patut kami dtg. "Dtg petang sikit sbb pengantin dtg lmbt"
So dlm kul 10.30am kami check out dan mulakn perjalanan ke Jengka plak.

Sesampai di umah pengantin kami tercengang...eh apsal wak DJ tu dah angkut audio tu? org dah cuci pinggan dah? eh pengantin dh takde keris ngn tanjak dah?
"meh makan kat bwh meh"
halamak rupanye org sini wat kenduri cm dinner daa. semua dtg serentak.laaa kami yg dtg ikut waktu peak di Johor mmg dtg utk cuci pinggan je lah haha.

Jam 3pm kami ucapkan babai kepada kedua mempelai. Nampak bahagia dan excited sekali mereka berdua ni hehehe.

Sampai ni je lah tulisan ku. Nanti sambung lagi ...

12 June 2009

Encik L - Dilucutkan jawatan ???

Ya, memang benar.

Assalamualaikum, L said.

Hari ini Selasa, 9 Jun 2009. cantik gak nombor ni, 090609. hehehe. Lama tak posting, tp mungkin dapat dijangka tujuan/topik kali ini, memandangkan aku baru saja selesai majlis kenduri di pihak ku. setel, syukur.

Thanks pada semua yg hadir dan yg wish. Menurut tujuan kenduri, agar dapat menghebahkan bahawa si polan lelaki ini masih available 3 lagi, dan si polan perempuan tidak available sehingga... aaah, pandai la, korang dh belajar kan.

Berdasarkan tajuk blog kali ini... itulah dia. Ketika majlis kenduriku,  tanpa belas kasihan, aku telah dipecat dari jawatan tak rasmi ku sebagai "Setiausaha Terhormat" bagi "Kelab Bujang2 Pujanggamalam"; yg sesungguhnya baru ketika itu ku tahu nama jawatanku. Maklumlah, elaun pon tak pernah dapat. imaginary fees paid pon tak tau kemana perginya. berapa ramai dah bayar, siapa yg bayar, semua tak tahu. hahaha.

Dengan surat rasmi tersebut, ditandatangani oleh boss2, kompemlah aku dipecat. Walaupon ade beberapa perkara diragui seperti berikut:

- Logo bintang ala2 Ultraman Joe, dengan efek 'bergerak'...kadang2 macam Patrick Star (Spongebob) pon ada; tak ada ciri2 kelab ini langsung.
- Surat diterima dari "Pengerusi, Kelab Bujang2 Pujanggamalam", tetapi tidak ditandatangani beliau (Pengerusi) yg entah siapakah gerangannya. Mungkinkah Reza Hafiz (Kobes)?
- Surat rasmi ini tidak bertarikh, yg mungkin sepatutnya 7 Jun 2009 atau lebih awal.
- Alamatku... sesungguhnya aku bilik 118. bilik 120 Sempana Riau tak pernah aku huni, yg ku ingat warganya ialah Kobun, Buki, Bubun, pada tahun 2000 dahulu.
- Perlanggaran Akta 1 (i), tanpa menyebut nama sebarang seksyen, subseksyen atau apendik. Dengan aggapan akta yg dimaksudkan adalah akta dalaman Kelab, tetap tidak tepat, Kerana Akta 1 (i) [akta dalaman kelab, seksyen i] merujuk pada "syarat kelayakan memohon cuti bersalin", iaitu "pemohon dikehendaki telah mengandung dan dijangka akan bersalin dalam jangka masa terdekat, iaitu 2 minggu dari tarikh dijangka bersalin. imaginary allowance akan dibayar untuk cuti 2 bulan secara 2 kali bayar, comply dengan akta pekerjaan Malaysia". (jangan komplen sangat, kelab ni memang strict). {by the way, ni kan Kelab Bujang, kenapa ade term maternity leave ni?! pening pakcik!!!}
- Surat ditandatangani oleh Personnel Director, seorang Tan Sri, disokong oleh Direktor General berpangkat Dato'. Bukankah Tan Sri lebih tinggi dari Dato' (pulak tu bukan 'Datuk' yg dianugerah oleh Agong). Tapi takpelah.


Apepun, aku terima pemecatan dengan ceria. Thanks all. AKu masih penulis Pujanggamalam kan. hehehe. by the way, skang aku jawatan "Kaki Pukul" kat dalam 2 grup mafia iaitu "++Mafia Wars Malaysia++" dan "HMMC- Harimau Malaya Mafia Club". Join us in "Mafia Wars @ Facebook".

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews