Seorang puteri raja telah dilamar oleh dua orang lelaki. Seorang putera raja dan seorang penjual roti. Kedua-duanya sama hebat. Tetapi Si Pteri tahu dia perlu memilih antara satu. Jadi, Si Puteri meminta hadiah dari kedua-duanya. Hadiahnya mesti benda yang boleh menerangi di waktu gelap.
Pada keesokan harinya dapat Si Puteri dua bungkusan hadiah. Satu dari putera raja yang berisi bunga api dan satu lagi dari penjual roti berisi lilin. Semalaman SI Puteri berfikir dan akhirnya Si Puteri memilih penjual roti.
Kenapa Si Puteri memilih Si Penjual Roti?
Persoalan ini menarik perhatian aku. Yerlah. Aku pun sebenarnya bukanlah peminat besar cerita melayu lama ni. Yerlah lakonan Ogy Ahmad Daud. Manalah aku nak engok sangat. Tapi semalam mak aku ada bukan TV masa aku tengah enak makan. Maka, aku tertengoklah cerita ini.
Ceritanya amat simbolik dan aku kagum dengan cerita ini. Jawapan kenapa Si Puteri lilin memilih Si Penjual Roti ialah kerana lilin yang dinyalakan lebih lama menyinari kegelapan dari bunga api yang nampak indah, tetapi tidak lama.
Aku kurang pasti kerana lilin juga akan ada tamat tempohnya. Mungkin lebih lama dan mungkin bila habis, nyawa kita juga sudah habis. Tapi aku suka simbolik yang digunakan. Melambangkan hidup sebelum kahwin sebagai kegelapan dan pasangan kita yang memberi keterangan dalam kegelapan kita. Cool. I like that.
Kiranya kalau nak simbolik semasa melamar nanti, aku perlu kata sebegini;
"A*i*A, sudikah awak menerima lilin dari saya untuk menerangi kegelapan awak?"
Bagi yang tak paham, mahu dia gelakkan aku nanti. Hahaha..
That's all folks. May god be with us.
1 comment:
erk, bg lilin? lucah seh. huhuhu.
ko pk banyak sangat ni. sah2 dia pilih penjual roti tu sbb beliau lebih kelakar. (mula aku nk kata ensem, tp ko yg tgk cite tu, aku xtaw). siapa yg orang perempuan pilih menjadi teman hidup? pilihannya sesalu pada orang yg membuat dia senang, riang gembira. bak kata Joker (dlm Batman), "why so serius? hehehe"
Post a Comment