15 April 2009

Ophir=Ledang

Salam, L (married) said.

Kurang posting nampak, so aku meluangkan masa, dengan sedikit material. 30 March 2009 yg lalu, atas urusan kerja, aku dengan officemate ke daerah Tangkak, Johor, berada di sana selama seminggu. Sejak dahulu, Tangkak tersohor sebagai tempat jual beli kain ela, sehingga tiba 'senja'nya dengan kemunculan Ja**l di Segamat, yg kini semakin berkembang besar keseluruh Malaysia. Well done.

Kami bermalam di Ophir Hotel, Tangkak. Menurut orang tempatan, 'Ophir' adalah perkataan yahudi (jew) yg juga merujuk pada 'gunung ledang'. apa maksud 'ledang' by the way? Aku pada mula tak percaya; bagaimana kaitannya perkataan yahudi boleh terpahat di sini, yg kita tahu tak pernah pihak yahudi menjajah, ditambah lagi kita yg dilarang melawat negara Israel. Well, aku juga terpikir, dengan sedikit pengetahuan tulisan kanji (tulisan jepun yg menyerupai tulisan cina), ada karakter 'san' atau 'yama' yg bermaksud gunung. Jadi, benarlah 'ophir' merujuk pada 'ledang'. Aku merujuk wikipedia; ya, ia adalah perkataan yahudi, tp bukan bermaksud 'ledang'...rasanya. hm, apepon, so what. nk datang sini, datanglah ke gunung Ledang. hehehe.

Tangkak, bukan tempat familiar bagi kita, bekas pelajar UiTM Segamat, melainkan ia agak berhampiran dengan Sagil, Gunung Ledang, dan laluan ke lebuhraya. Suatu hari, sebelum kerja, kami mencari tempat bersarapan. Inilah kedai pilihan kami, penilaian berdasarkan kapasiti pengunjung.






Ketika duduk menikmati sarapan, melihat-lhat sekeliling, aku rasa mamcam pernah makan di sini. Memang tak salah, inilah tempat dan kedainya! Lebih 9 tahun yg lalu, pada suatu pagi di Kolej Sempana Riau, UiTM Segamat; dengan tiba-tiba, Irwan Azale Rozainiyazid aka 'Kota' mengajakku berjalan-jalan ke Melaka. Aku yg tak pernah jejak Melaka, bersetuju. Lalu beliau meminjam motor Kriss milik Krabit (SR 1B), kami memulakan perjalanan. Dengan tak tahu jalan, kami dengan ramah bertanya jalan apabila situasi memerlukan. Hehehe. Dan, kedai makan di atas adalah persinggahan kami, hm...mungkin lunch. Kerana aku ingat Kota order nasi goreng pataya (kalau tak silap). Dan itulah trip balik hari yg unik, bertukar-tukar pemandu, mengambil gambar, mencari tempat mandi /pantai tak jumpa, akhirnya kami ke Port Dickson. Pulang malam, lampu motor pula tak terang. Hehehe, well, kami selamat kembali ke kampus, ketika itu.

Okay, apa cerita Gunung Ledang? sebagaimana posting di bawah, hasil nukilan encik ResakseC, dengan sumbangan gambar dari encik Kobes... well tu gambar 6 tahun lalu. Di bawah ini, sedikit gambar Gunung Ledang, yg kami lawati 2 minggu lalu. Well, dengan 1 kereta, masuk lebih pukul 5 ptg, kena bayar RM4, katanya termasuk parking. elok kami menghampiri aliran sungai yg masih jernih, hujan mulai turun. Huhuhuhu... memang ada impian nak menaiki kolam puteri, lebih kurang 20minit perjalanan. Tapi hujan, apa nak buat.
















So kawan2, mungkin kita patut ada C.L.O.S.I.N.G, kita kembali ke Gunung Ledang, kalau nk extreme, kita naik puncaknya (tapi dengar member cakap, dia smpi atas, demam. Stamina...dia tiap minggu main futsal). Hehehe, takpon just balik hari mcm dulu2, pergi mandi, dengan bekal keropok, air gas botol, baring atas batu, terjun tiruk, kepala berdarah, canon ball. Dan aku masih tak pandai berenang, dan tak tahan sejuk, walau sekadar 30 minit. Aku akan tersedu. hehehe.

Till then buddy, 'have a nice day!' (kebetulan skang mp3 ni main lagu ni, by Bon Jovi)

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews