27 February 2009

L's Chronicle (ep. -8)

Salam, L said.

Bermula posting ini, God Willing, bermulanya episod chronicles; kisah kita, kisah uiTM Segamat,.. lets swing back the pendulum, back in time.

Setelah aku pulang dari Vietnam, dah lepak 1 hari, tiba2 rasa nk balik kampung. boleh gak aku serah ape segala, sutera2 Vietnam yg aku beli nih. So be it.Ahad, 22 Feb 2009, pagi tu dlm kul 9, aku mula meninggalkan kg. Melayu Subang, ke jengka dengan Kancilku, seorang. Sampai lebih kurang 11.15pg, So... gitu2, biase2. Hari ini Isnin, aku bercuti, bakal kembali selepas Zohor nanti. Lalu aku mengemas dokumen2 lama, lalu terjumpalah berbagai risalah, kenangan ketika muda dahulu. episod -8 (negative lapan) membuka tirai.

Tahun 1999, tahun peperiksaan SPM bagi warga Malaysia yg nsecara normal lahir pada tahun 1982, dan yg genius (muda lg da amik SPM) termasuk yg terlebih genius (umur lebih 17, saje amik lmbat [lagi], mmg dlm plan). Maka, setelah peperiksaan tamat, apa yg kita lakukan. Aku... sekadar kerja kampung. Sebagai anak peneroka, biasalah bagiku, membantu di ladang (ironinya, bidang kerjaku kini), dan bekerja juga di bengkel motor. Sekadar menukar tiub tayar, itu biasa. Dalam kebosanan menanti keputusan exam, aku gemar mengisi lapang dengan membaca komik, dan melakarnya.

(Pistol tu, mesti terpengaruh game Tomb Raider, yg ketika itu femes dgn Tomb Raider 4: The Last Revelation).

Keputusan SPMku agak ok untuk tahap orang kampung, pangkat 1, paras hidung (lebih 20 aggregate). Memohonlah akan aku, borang kemasukan ke Universiti. Pilihanku, jurusan sains komputer, akaun, banking, etc. Terdetik juga harapan, tak mahu dapat jurusan akaun, yg juga menjadi ironi, itulah yg aku dapat.

Sudah seminggu, berita2 tv menayangkan kemasukan pelajar2 universiti dalam semesta baru. aku...tiada. putus asa, aku menghadiri temuduga kerja kilang tv, yg gagal aku dapatkan; mungkin kerana pangkat 1 ku. cis punya pangkat. Sebulan kemudian... hati berbunga... aku diterima masuk ke UiTM kampus Segamat, untuk pengajian Diploma Perakaunan. College life... begin.


Preview: next episode will show pics of BTN, and table for DIA 1S.

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews