27 February 2009

L's Chronicle (ep. -8)

Salam, L said.

Bermula posting ini, God Willing, bermulanya episod chronicles; kisah kita, kisah uiTM Segamat,.. lets swing back the pendulum, back in time.

Setelah aku pulang dari Vietnam, dah lepak 1 hari, tiba2 rasa nk balik kampung. boleh gak aku serah ape segala, sutera2 Vietnam yg aku beli nih. So be it.Ahad, 22 Feb 2009, pagi tu dlm kul 9, aku mula meninggalkan kg. Melayu Subang, ke jengka dengan Kancilku, seorang. Sampai lebih kurang 11.15pg, So... gitu2, biase2. Hari ini Isnin, aku bercuti, bakal kembali selepas Zohor nanti. Lalu aku mengemas dokumen2 lama, lalu terjumpalah berbagai risalah, kenangan ketika muda dahulu. episod -8 (negative lapan) membuka tirai.

Tahun 1999, tahun peperiksaan SPM bagi warga Malaysia yg nsecara normal lahir pada tahun 1982, dan yg genius (muda lg da amik SPM) termasuk yg terlebih genius (umur lebih 17, saje amik lmbat [lagi], mmg dlm plan). Maka, setelah peperiksaan tamat, apa yg kita lakukan. Aku... sekadar kerja kampung. Sebagai anak peneroka, biasalah bagiku, membantu di ladang (ironinya, bidang kerjaku kini), dan bekerja juga di bengkel motor. Sekadar menukar tiub tayar, itu biasa. Dalam kebosanan menanti keputusan exam, aku gemar mengisi lapang dengan membaca komik, dan melakarnya.

(Pistol tu, mesti terpengaruh game Tomb Raider, yg ketika itu femes dgn Tomb Raider 4: The Last Revelation).

Keputusan SPMku agak ok untuk tahap orang kampung, pangkat 1, paras hidung (lebih 20 aggregate). Memohonlah akan aku, borang kemasukan ke Universiti. Pilihanku, jurusan sains komputer, akaun, banking, etc. Terdetik juga harapan, tak mahu dapat jurusan akaun, yg juga menjadi ironi, itulah yg aku dapat.

Sudah seminggu, berita2 tv menayangkan kemasukan pelajar2 universiti dalam semesta baru. aku...tiada. putus asa, aku menghadiri temuduga kerja kilang tv, yg gagal aku dapatkan; mungkin kerana pangkat 1 ku. cis punya pangkat. Sebulan kemudian... hati berbunga... aku diterima masuk ke UiTM kampus Segamat, untuk pengajian Diploma Perakaunan. College life... begin.


Preview: next episode will show pics of BTN, and table for DIA 1S.

22 February 2009

Busy busy busy and fun fun fun

Salam sejahtera all my lovely readers... and including you raksasa. Walaupun u ada taring terjojol 3 inci but i still love you lah hehehehhe.
How are you? Hope all of you are doing well, bahagia dan semakin gerek dari hari ke hari.

Celcom Broadband Home, Hop and Away
Pujaan baru saja subscribe dgn pakej terbaru Celcom/Telekom yang terkini nih. Before this I had dilemma of internet packages. Pujaan nak pasang tenet kat umah tapi pening memikirkan tentang kos, kemudahalihan dan kestabilan isyarat intenet. Tak paham? ok meh eksplen sikit.

Kos ni kalau Streamyx paling murah ialah RM60 punya pakej unlimited monthly. Kalau wireless broadband cam Maxis atau Celcom lak konfem Rm100 lebih lah. Kemudahalihan Streamyx mmg bukan pilihan. Dari segi kestabilan mmg kabel ialah paling stabil. Dlm setahun cuma berapa kali jer isyarat terganggu tapi kalao broadband lak leh kata tiap hari x dapat full service.

Ngan pakej ni, kita dapat pakej Streamyx maximum yang RM90 punya tu dan kad usim broadband pun maximum RM110 dan yang paling best monthly fee ialah RM108 saja dan unlimited usage. Oleh kerna Pujaan ialah pengguna Streamyx sedia ada maka masa upgrade pakej dari pakej RM60 ke pakej HHA ni cuma kena bayau RM108 saja. Lelain waived hehehehehe.

Training di Singapura dan Batam
Last week Pujaan kena gi training di cawangan Singapura. Tak jauh pung kat Jurong jer. Heheh maka pasport Pujaan pun telah dirasmikan oleh cop Kastam Singapura. Malaysia xde cop tau, cuma ada scan jer. Canggih juga Malaysia ni ye? Pengajaran yang Pujaan belajar dari Singapura ni ialah- 1: Harga barang Singapura ialah 1:2 nisbah ngn harga Malaysia. Maruku harga Sing Dolar 4 sepeket sama laa ngn RM4 kat Larkin. Cuma nilai matawang tu lah yang jadi machismo nye. 2: Tandas kat sini jenis kering. So lap guna tisu jer. Ini berlaku di seluruh negara tau.

Gi Batam lak pada hari penghujung nya. Dihoskan oleh Mr. Leonard Sitompul dan Bapak Riza kami gi cawangan sana utk field trip. Keadaan fasiliti awam rupanyer lebih kurang macam kat Pt. Sulong jer upanyer. Tapi kat keliling kawasan industri ni x nmpak pulak tiang dan pentas. Jauh lagi kut hehehe. Mengikut kata org tempatan situ nasi padang dia paling best. Kedai kat tepi jalan tu jer bukannye kat restoran berlantai marble dan berkipas angin persis kipas kapal terbang tu. Sayang x dapat nak merasa. Xpe lain kali akan ku datang lagi untuk nasi padang, seafood, tiang dan pentas itu hehehe.

Training ni participantnye datang dari seluruh dunia antaranya Azerbaijan, Kazakhstan, Russia, Batam, Jakarta, Pt. Sulong, Kuala Lumpur, Abu Dhabi dan India. Dapat laa tengok rupa awek Kazakhstan fuh putih beb. Lawa and best. Makkharbat namanyer.












Balik dari Batam tu hos Singapura bawak kami gi Pulau Sentosa menonton persembahan "The Songs of the Sea". 5 minit awal agak mengecewakan sbb rasa biasa jer. Tapi pastu mulut Pujaan duk ternganga dan siap menyanyi sama AaaAAaaaAAHHHH.
Ngan kos masuk Sing Dolar 3 rasanya mmg amat berbaloi. Soooo sesaper yang berminat meh jom kita gi sana. Persembahan mula pada jam 8.30pm dan tamat pada 9.00pm waktu Malaysia Tengah.










Raising babies
Kita ni dah masuk zaman membesarkan org dah... Ingat x masa dulu kita duk asyik mengamuk bila kena tego ngn pakcik, makcik dan ibu bapa kita sendiri? Haaa skrg ni dah ubah tempat dah. Kita pulak duk kat tempat diorg dan tego budak2 hehehehe. Tua dah kan?
Pembesaran seorang manusia sangat bergantung kepada persekitaran. Dari pemerhatian Pujaan budak yang didedahkan ngn kitaran sosial pada usia awal akan mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi dari budak yg duk segala- galanya berlaku di rumah. So hantarlah anak2 anda ke kelas mengaji, kelas silat atau tae kwon do atau kelas belajar piano. Interaksi antara kekanak ni sangat penting dlm membentuk personaliti mereka.

20 February 2009

watashino atarashi tomodachi

Salam, L said.

Semalam (19 Feb 2009), kami dinner ala2 rivercruise, kat Sungai Saigon ni la. Anjuran host, so, xtau la berapa kena byr. Dalam pukul 7.10ptg (8.10 mlm waktu Malaysia), kami ke sungai, tempat kapal2 restauran berlabuh. Mula2 bergambar la dgn awek berpakaian kelasi. ekekeke. Pastu naik kapal. Meja kami... belas org juga la. 5 melayu, 1 chinese, 1 jepon, lain2 org lokal.

Mula la mkn. mula2 hidangan mcm bihun la, sayur dia mcm acar. boleh mkn ni. 3 4 org je mintak Heineken, lain sme air kelapa je. kompiden sket halal. hehehe. Lepas tu kuih popia. biase la kan. pastu mknn yg kena arrange atas ...mcm kertas popia, campur la sayur ape2, ikan (mcm 3 rasa pon ade!) pon blh campur skali. Ok gak la. unik la daun apetah tu. Mcm mint sket. Next datang la nasi goreng dengan sup sayur hapetah... mkn la sket.

Yang bestnye, aku borak la dgn encik jepon ni. "are you japanese?", "i'm from Osaka, but working in Malaysia", "aaa, konichiwa", ... then aku borak la bahasa jepon + english. lg best dia ckp "your japanese very good. i met other foreign speak japanese, i cannot understand. u, very good." eheheh, teruja juga. Menurut beliau yg juga Managing Director disebuah company di PJ, kalau nk g Jepon, MAS ade promosi. xsmpi 3k flight return. tapi hotel mahal ngat. mmg susah. xpe...ade kabel 1. Tapi...dia bkn ade kt jepon pon.

Ok, dlm 830mlm waktu Viet Nam, kapal bergerak. yea... wow, angin yg selesa. Airnya hijau... ni pelabuhan sebenarnya. kami melalui banyak kapal/vessel yg besar. wow... ni mesti sangat biasa pada encik Ahzamudin (Katu)... owh, beliau nk ke sini la kan. hehehe. kat Meja mkn sebelah lak, ade la famili kaya mane tah, celebrate bday budak tu, umo bape, 5 taun kot. comel je. hehehe.

OK, untuk membakar semangat An... lepas stgh jam kot, kapal u-turn, aku yg berjalan2 amik gmbr, lepak depan kapal, kembali ke meja makan. Live band asik lagu Viet Nam je...xkuase gak nk layan. Aku igt ade 1 je lagu English. Hah... apeni?! Then, datang lak 1 ppuan seksi... menari aksi ghairah, sambil main api. oohohoho. menarik. Lama gak dia buat show. (in the end, mmbr aku cakap ppuan tu ialah lelaki, kantoi halkum katanya. aku xpasan pon. hehehe). Ade gak pakcik jalan meja ke meja, buat magik show. "konowa, mahou" (sana tu, magik), aku ckp kt encik jepon sebelah aku. hehehe. bila la nk g jepon. aku kata "going to japan, watahino yume (my dream)", "mmm, imawa, dame desyo (sakang xleh)". hehehe.

Sampai pier balik, turun. Amik gmbr lagi... farewell people. u all very nice people. Mr. Dahn, Mr. Albert, Mdm. Mai, Mr. Vu, Mdm. Huyen, Mdm. Nga, Mr. Phong, Mr. Tam, Mr. Phuoc, etc. Xin chao; kha meng. Then, kami lepak lak kat Highland Coffee, kedai dkt belakang Opera House. Aaah, ngantok. da minum, bebudak ni g lak usha replika kapal. mmg la xmahal, kalau pnjg 2 jengkal tu, dlm 4 USD je. tp aku xbeli, xmuat beg kot. malas la.

So, ketika aku menaip ni, masih dibilik hotel, sambil TV pasal ANIMAX (anime Nodame apetah). packing dh siap. 3 beg. 1 beg laptop akan ku galas (hand carry), 2 beg lg luggage la. berat tu. Sekarang jam sini 10.50 pg. kul 2ptg baru van amik bwk ke airport. flight dkt kul 5ptg.

ok, till then, sambung main Mafia Wars (Facebook). see u in malaysia. And Hairil... aku rs mcm ske lak beg Samsonite ni... aku rs mcm aku tolak beg Targus jela kat ko. RM50, mau? hohoho.

19 February 2009

The Thundering Herds

Sometimes it's hard to be me,

When you got a chance, you take it,

Only to find that it doesn't meant for you,

You cried, you lies, you failed,

Only to find there's a light,

To guide you back.



Love me, hate me.

It's only me,

It's hard to be yourself,

when everyone wants you to their best.

As i walked down the alley,

I realise it's only me,



I love you, Missed you,

But I have to let you go.



You're dead and I'm not,

We'll meet again, eventually,

Until then it's enough for you and me.



I'll walk up pride,

Though it sttill hurts,

because I'm with the thundering herds.

08 February 2009

27 (dua puluh tujuh)

Salam, L said.

Apa ertinya nombor 27 dalam hidup anda? mungkin ada, mungkin tiada, mungkin nombor lain, kan. Ia sekadar ironi, tp menarik untuk difikirkan. Sarung tangan Sawada Tsunayoshi, ketua mafia Vongola familia, bernombor 27, begitu juga nombor pada headphone beliau. Mungkin ada maksud tersendiri pada nombor tersebut pada mereka, dan ada juga maknanya padaku.

Sengaja aku menaip di sini, kerna aku tidak lagi menulis diari... inilah kenangan, mengganti diariku. Tahun 2009 ini, banyak teman2 kita berumur 27 tahun. Pada 27 Ramadhan, bersamaan 27 September 2008, pertama kali aku bertemu 'dia', ala2 dating, membawa pulang ke kampung, berbuka puasa di R&R Temerloh, menghantarnya ke Stesen Keretapi Jerantut. 3 bulan kemudian, iaitu 27 Disember 2008, suatu kebetulan, kami berkursus pra perkahwinan di Pusat Bandar Damansara. Dia lahir pada bulan 2 (Februari), dan saya bulan 7 (Julai), satu lagi 27 di situ.

Dan, ada slack sedikit; majlis kenduri pihak perempuan pada 19 Mac 2009, manakala di pihak lelaki pada 7 Jun 2009, menjadikannya 26 (19 + 7). Apa nak buat, 20 Mac ialah Jumaat, tak sesuai untuk majlis kenduri. Dan pilihanku 7 Jun... sebenarnya kami pilih 6 Jun kerna 06062009 cambest; tapi jiran kampungku, anak pak imam tu dah cop tarikh tu. so, kena pilih tarikh lain (i.e. 7 jun).

So, itu jela, saje nk share. care to share your "number"? my pleasure.

06 February 2009

temporary change phone number

Salam, L said.

Dengan ini diumumkan, saya bakal menggunakan Celcom Prepaid Blue dengan nombor: 019-2006292, mulai ptg 9 February 2009 hingga 20 February 2009.

Ini adalah kerana, nombor telefon saya sekarang, tidak menyokong perantauan antarabangsa (international roaming), kerana tempoh penggunaan tidak cukup matang (3 bulan), meminta saya membayar deposit rm300.

Cara paling mudah ialah, menggunakan akaun prabayar, yang menyokong perantauan antarabangsa.

Pada tarikh tersebut, God willing saya dan 2 rakan lain akan berada di Ho Chi Minh, Vietnam atas urusan kerja. Jika ada kepentingan menghubungi saya, bolehlah menghubungi nombor tersebut di atas, dengan kadar yg murah, seperti berada di Malaysia. Maklumat lanjut, sila hubungi encik Azuan Arief (B.I.).

Terima kasih, sekadar maklumat. Yela, sedar la, sape sgt yg nk hubungi aku. huhuhuhu.

p/s: God willing.

01 February 2009

em~mai~yea...

Assalamualaikum, L said. sorry buddies, this episode still about me...again. bear with me k.

DIA UiTM Segamat sekitar tahun 2000-2003, masihkah kau ingat pensyarah kita, yg pernah menjadi majikan An, that indian, muslim guy, Mr. Abdul Nasser (if i'm not mistaken). Now i can imagine the class, dengan An, Doded, Awan, as my classmate. Lecturer audit yg suka ingat 1 nama, dan guna sepanjang masa kelas itu. student faveret, mungkin sekali Siti Zabedah, kerna kerap sekali beliau memanggil "zabed", dan "Sujana", pada si Azria (kalau tak silap lagi!). Dan Kobes yg selalu ingat ketika kawan baik Haniza Maria, si Dilla Borhan, menulis nota2 pada kepingan kertas kecil, si pensyarah berkata "you must be rich by now". hahaha. So, apa kaitan dengan tajuk aneh di atas tu? mengingatkan pada suami si Ieza, iaitu Boje (Ijan), yang mengajuk "to becommen ouditir, you must be re memberrof emmaiyea... kalau O, sebut WO! kalau I sebut Yai!...". (tried my best with the slang though) hehehe. no offence (jawab "none taken").

So, member of MIA, Malaysian Institute of Accountant, institusi yg diiktiraf di Malaysia sebagai badan professional pada para penggiat bisnes, seperti akauntan, auditor, pensyarah berkenaan dan setiausaha syarikat. Sepanjang menjadi ahli, selain membayar yuran tahunan keahlian, juga dimestikan maintain CDP, kalau tak silap, abbreviation untuk Consistent Development Point, iaitu markah2 yg perlu dikumpul untuk memastikan pengetahuan si member of MIA tidak outdated dan tidak terlupa. some intro eh? hahaha. Siapa antara kita yg still on this track? An dah pasti, lepas ni berusaha dapatkan IR title kat nama tu; maklumla, engineer. Boje, dah sambung belajar Degree, tp bukan akaun lak ek. bagus gak blaja demi cita2 dan impian. [tak mcm aku, ini je dapat, layan jela.]

Amma ba'd, hari ini 1 Feb 2009, pada bulan ini pada tahun 2006, aku memulakan kerjaya sebagai auditor di company GH yg kini dah bersemadi, habis lenyap. cukup 3 tahun bekerja dalam bidang berkaitan akaun/audit, melayakkan aku untuk memohon menjadi member of MIA. tapi, maybe not now to apply, dengan yuran awal kalau tak silap RM700, dengan aku nk g Vietnam pada 9 Feb selama 2 minggu, nk kawen n kenduri kat kelantan pada 19 mac ni, kenduri lagi skali kat jengka 7 Jun nanti,..maybe not now. walaupon yuran dan spending vietnam tu boleh claim balik dari company, tp advance tak clear lagi, claim Sarawak pon ntah ape cerita. Yg Sarawak aritu, hotel je aku kena bayar rm1.6k, laundry aku n IMS dalam rm400. boleh claimpon, gna kad kedit, nth2 sempat kena interest. lambat claim, xcukup kang duit hantaran kawen. huhuhu.

Hoh, 3 perenggan besar dah aku menaip (dan merepek). Pada 2006 itu, aku yg sedang menganggur sebulan di rumah, mendapat panggilan dari Rizua, klasmetku degree dlu, menjemput aku datang interview. Kebetulan Hairil Azlan, yg baru2 ini gayanya begitu hepi, maklum la baru lepas kawen, dah xnk kua dgn kawan2 (nnt aku lain sket, smpi ujung tahun, aku quote unquote bujang.hehehe); juga ada interview kerja di KL dengan syarikat hape tah. dan beliau juga dijemput datang interview di GH company sama interview ku), oleh Bai (Elias Mohamad) yg suatu ketika dulu mrupakan rakan bilikku di SR 118, UiTM Segamat. Ironi kan. Aku deal, jumpa Hairil dan beliau decided, dump interview lg 1, n join aku g interview. bagusla, aku tak reti nk naik lif tgi2, tingkat 19 tu. ehehe. Mula2 hairil dlu kna interview, lama gak la, lebih 30 min kot. aku, kejap je, intvw mcm kompem dapat je. hairil pon rasa boleh dapat.

Tgu2...dah keciwa. agaknya inila dikatakan "don't call us, we'll call you". abis raye cina, aku dapat panggilan "kak shima ni, kenapa u tak daftar diri last week?", "ha? saya dapat ke? xtau pon". Hehe, then aku bitau Hairil, keciwa beliau, tak dapat pon. Beberapa hari kemudian aku berpindah ke KL, menumpang rumah Boje di Kg. Pandan. tapi, dalam sebulan kemudian, Hairil bertanya-tanya nama manager tempat kerjaku... haha, aku pon dapat agak, xtama, Hairil pon join aku gak dalam audit department. Sehingga kini, kami masih sama bekerja, seat dia pon sebelah cubicle aku. ceh. gaji kami tak besar, aku ade Kancil auto 850 je, Hairil dengan Waja dia, Poochow dengan MyVi langgar kambeng, Boje & Ieza dengan Proton baru tu plus Kancil, An pulak tak lama lagi Atos langgar anjing dia tu, mau nk follow Padli (Budin), Mercedes mata kacang. Apepon, bangga gak la dengan kawan2 yg membanggakan ni. So, sape yg lagi kaya dari Budin? BMW? RollsRoyce? Anyone? Mmmm, marah lak Budin kang, kata dia kaya. Yela, Mercedes tu pon murah je, dia beli 2nd hand 2 taun (kot), dlm rm60k. beli kat Oman, boleh ler. Budin, boleh ke tolong belikan? hohoho.

So be it, pasal kaya tu apela sangat. yg penting hepi. budin skang....ahh, g la baca blog dia. hehehe. So, tak lupa juga kita untuk membenci keganasan israel, tanda iman kita yg lemah ni. till then, ila huna faqad. Salam.

post script: aku rasa Nani (wife Budin) adalah penulis blog yg lebih baik dari kita (aku) setiap posting beliau akan selau sertakan dengan gambar, siap edit2 dulu pulak tu. huhuhu..aku xde kamera digital.

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews