Dalam menempuh segala urusan dan dugaan hidup ini, kita kadang2 terlupa yang kita juga kehilangan selain dari apa yang kita dapat on the way itu. Kita sering lupa menghargai apa yang sepatutnya kita hargai. Namun, itulah kehidupan. kita melepaskan yang terbaik dalam hidup ini. Kadang2 kita dapat tebus kembali dan kadang2 ia terus menghilang.
Begitulah jua apa yang berlaku bila kita menempah kejayaan. Kita sering lupa apa yang kita patut lakukan. Sujud syukur kepada ilahi. Namun di situlah letaknya keikhlasan yang seharusnya diberikan. Apabila kita berjaya, mesti ada yang menjadikan kita berjaya. Tidak kurangnya lawan kita yang membuatkan kita juara. Tanpa mereka, kita sudah tentulah hanya menjadi orang bodoh berlawan seorang diri. Kan?
Begitu juga dengan kawan. Kita sering melupakan kawan kita. Tanpa disedari, diri kita sudah tidak disenangi oleh kawan itu. Duduk diam tanpa menghubungi kita dan terus mendiamkan diri. Apabila kita call, dia sudah menjadi orang asing. Tiada lagi bual2 mesra seperti dulu. Hanya kerana kita tidak berpeluang memberitahu hal sebenar. Maka spekulasi berlaku. "Dah sombong kot?" "Ni call aku mesti nak mintak tolong. Dah susah baru nak cari aku."
Kadang2 kita tidak mahu menghargainya. Hanya kerana diri itu sudah dapat apa yang kita nak, bukanlah bermaksud kita harus lupa apa yang kita tinggalkan untuk mengisi kejayaan itu.
Ingat tak masa kita sama2 melalui jalan itu? Kadang2 takut. Takut sampai kita sendiri tidak mampu nak laluinya seorang diri. Nah! Berdiri seseorang yang kamu tidak kenal dan kamu menyapanya. Lalu kamu berkawan. Jalan yang kamu takuti tidak lagi kamu takut kerana adanya kawan. Apa saja rintangan kamu yakin dapat laluinya kerana kamu yakin dia akan membantumu. Tiba di satu persimpangan. Kamu tidak sehaluan dalam memilih jalan yang harus dituju. Jalan yang kamu ambil itu mungkin sekali ada seseorang yang dapat membantumu.Tanpa kamu sedari, kamu meninggalkannya. Tanpa bantuan, dia pergi mencari teman lain dan kamu juga.
Tanpa kita sedari, satu hari nanti kamu akan bertemu dengannya. Masa itu, adakah kamu akan berkawan baik kembali. Sudah banyak berlaku dan mengubah segala2nya. Kadang2 ia akan menjadikan kamu musuh. Tetapi masa itu kamu harus fikir, kamu dulu pernah berkawan.
So, why not just pick up your phone and call all your old friends. Mungkin kamu akan dapat sesuatu. Tidak kurang juga kamu akan di'reject'. Yerlah.. Tak semua orang terbuka hatinya untuk menerima kamu kembali.
p/s: Takziah aku ucapkan kepada Yowa@L. Aku harap kau tabah melalui semua ini.
No comments:
Post a Comment