31 January 2009

Lagu & Kita

Salam 'alaikum, muslimin wamuslimat, L said. its been a while, kalini L kembali menulis dengan 1 lagi topik poyo tentang lagu. Apa yg trigger saya memilih topik ini? i'll tell you.

Hari ini, hari ke 2 daily outstation ke Banting. Dlm perjalanan, leader ku memainkan cd audio dalam keretanya, lagu yg aku familiar suara itu, Duta. ya, Sheila On 7 dengan album terbaru bagi tahun 2008, "Menentukan Arah". Kini hit di radio lokal dengan single "Betapa" dan "Yang Terlewatkan". Aku juga salah seorang peminat lagu2 So7, yg tidak hanya fokus pada lagu2 hit mereka, tp lagu2 lain yg penuh makna; seperti "Khaylila's Song", "Sahabat Sejati", dan lagu kisah cintaku "Tunjukkan Padaku". hehehe.

Setiap dari kita, selalu ada kenangan dengan lagu kan. Padli (Budin) & Nani dengan lagu "mahligai Kasih" (UNIC) yg padaku comel banget liriknya, kisah percintaan dengan panduan islam. Bila dengar lagu "Dan" (So7), selalu teringat Bupet (khairul Anuar Yunus), jiran Noraliza. Minggu2 awal aku menjejakkan kaki ke kolej Sempana Riau (SR), UiTM Segamat, Bupet yg ketika itu rakan bilikku, begitu bangga kerna berjaya copy mp3 lagu "Dan"; dengan menggunakan 4 keping disket. hahaha.

Masih dengan SR dan So7, lagu "Sahabat Sejati" dan "Kisah Klasik", tiba2 menjadi lagu kegemaranku sejak 2002. Sebelumnya, 2 lagu ini bagai tidak pernah dikenali, tak pernah didengar, hinggalah suatu majlis farewell batch part 6 untuk SR, wing 1B. Diadakan di dorm, setelah tamat majlis, Puchi dengan sukarela ingin menyanyikan lagu. Diiringi petikan gitar dimainkan oleh Keelat, sungguh menarik. Bukan pitching suara yg penting, tapi mesej yg cuba disampaikan. Bergenang air mata, Puchi bernyanyi sambil tersenyum, tapi dapat dibayangkan kesedihan berpisah dengan teman2. masih segar, ketika sampai lirik "aku raja kau pun raja, aku hitam kau pun hitam...", ketika itu Puchi menunjuk jarinya pada wingmate yg berkulit hitam (tak ingat nama). hehehe.

Bila sebut farewell, selalu terbayang lagu "Graduation" (Vitamin C). yup, nice song tp kadang2 dah rasa typical, stereotype. aku teruja bila "Leaving On A Jet Plane" (Chantal Kreviazuk) juga tak kalah sebagai lagu farewell. Malah, ada yg menggantikan liriknya supaya lebih sesuai dengan gaya lokal "so miss me and smile for me, tell me that you'll wait for me...", menggantikan Kiss pada Miss.

Ingat "Numa Numa"? hahaha, kenangan kembali ketika aku praktikal di Pasir Gudang. lagu yg comel, tak ramai yg mengerti maksud liriknya. Aaah, zaman belajar yg dah jauh berlalu. Kini zaman bekerja, apakah tiada lagi lagu dikaitkan dengan kenangan? tentulah ada. Kisah cinta, lagu "Always" (Bon Jovi) dan "Semua Tentang Kita" (Peterpan), 2 lagu favoret ku sambil memetik gitar.

Pernah, dalam tahun 2006 aku menyertai 'busking', iaitu public performance; berdua dengan pak Ari, masing2 1 gitar, selepas office hour, di bawah pokok besar di hadapan bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, ketika orang sibuk pulang kerja, menuju LRT Ampang Park, kami berdua bermain muzik sambil bernyanyi. Tak meminta apa2, sekadar hiburan, membina keyakinan diri. Ketika kami membawakan lagu "Always" (Bon Jovi), ada seorang mamat menghampiri, fokus mendengar lagu sambil mengangguk2 melayan nadanya. Waaah. Inilah perasaan teruja, seronok menghiburkan orang. itulah the only busking aku join.

Baru2 ini "Lagu Untukmu" (Meet Uncle Hussein) telah menjuarai Juara Lagu, kebetulan, dengan pemain gitarnya (Taja) adalah adik officemate ku, dan lagu itu adalah antara lagu faveret band office ku, boleh kata lagu wajib setiap kali jamming. Liriknya biasa2 saja, tp lagunya unik. Sampai akhir tahun lalu, lagu jamming kami banyak bertumpu pada lagu2 Muse seperti "Time Is Running Out" dan "knight of Cydonia". Muse bukan band favoretku, tapi bila dimainkan secara live, dengan fokus drum dan bass, ...muzik yg menarik.

Hm, makin panjang, makin merepek. So people, what is music of your heart? (*N Sync + Gloria Estafan)

p/s: mari membenci israel.

21 January 2009

Kenali Lelaki & Bali

Hi all,

Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga tahun ini akan memberikan warna-warna kehidupan yang indah dan ceria. Semalam saya baru terima 1 emel...forwarded by a friend...rase cam nk berkongsi dgn kwn2 semua walaupun anda semua sudah tahu (mengenai topik lelaki...semestinye anda semua tau sbb majoriti drpd pembace blog ini adalah lelaki)...kdg2 mmg ape yg diperkatakan tidak mengena pd seorg lelaki tp mgkn kene pd lelaki yg lain. mcm artikel yg saye tulis beberape bln yg lalu mengenai lelaki, mmg tidak semua akan mengene pd anda, tp ia kene pd kwn anda.....ok la....slamat membace...kalo ade pape komen jgn segan2 kemukakan....

KENALI LELAKI
1. Apabila lelaki menyendiri,dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

6. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

7. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

8. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

9. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.
Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

10. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

11. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

12. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki.
Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

13. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

PERCUTIAN KE BALI
Pada 25/12/2008-29/12/2008 kami telah pergi becuti ke Bali (me, my mum, dad n kak zurin). Bagi saye Bali adalah sebuah pulau yg sgt cantik, lebih kepade percutian utk org2 mude....kalo pergi dgn keluarga tu, kene pandai pilih tmpt rasenyer...nk2 yg bwk anak bwh umur....x sume tmpt sesuai dikunjungi......

Penduduk Bali majoritinye beragama Hindu...menurut kate pak supir yg menemani kami, penduduk hindu dlm 60%, yg lain2 islam, kristian dan budha. Tetapi hindu di sane x seperti hindu malaysia, mereka lebih kpd hindu kuno, perayaan mereka bknla seperti deepavali.....mereka merayakan hari Galungan (hari raya terbesar)...then 1 mlm setiap 210 hari tu mereka perlu bergelap (lupe la name perayaan tu). Pulau Bali penuh dgn kuil2 lame....kalo sesiapa yg begitu meminati seni mmg suke la pergi ke Bali....mcm2 kesenian...seni tari, seni lukis, seni ukiran, mcm2 lg..tp yg sshnyer, semua ade unsur2 hindu...jd agak sukar utk saye membeli barangan mereka. kat tepi2 jln pun leh dpt lukisan2 yg kalo kat sini kite jual kat galeri...

Tang mkn pun ade sikit susah la....kiteorg kene pilih mknn nasi padang sbb org minang yg wat...x pun gerai goreng pisang, keledek goreng, tempe goreng yg biasenyer di jual oleh org2 jawe Banyu Wangi....bg yg bkn muslim, anda boleh try Babi Guling...terdapat merate2 di tepi jalan (its like roasted one la)....

Sblm ke sane saye telah melayari internet dan juga bertanyer kpd teman2 mengenai bali....timbul cerita "the beach boys are also gigolo". Saye telah diingatkan oleh seorg kwn, mamat2 beach boy ni mmg ade part time job, kdg2 tu mereka berani approach wanita2 yg dtg bersame pasangan...tp mereka lebey suke aim awek2 jepun or yg muke cam chinese look....so saye pun merasa slamat la kerana tidak tergolong dlm kategori berwajah cine.....muahaha...aku tertipu...mereka tidak kire sesiapa pun...agak2 rase ade chance, try je la....mmg terkejut denga ayat2 diorg....x biase la denga bende2 camni....but i tried to make it as a joke....at last rasenyer diorg phm yg aku bkn spt itu....hehehe....

Antara tempat2 yg dilawati adalah Pantai Nusa Dua (di sinila tmpt yg saye jumpe beach boy). Seronok gile sbb dpt try diving, parasailing, flyfish. mase gi menyelam tu, masyaalah...terpegun saye dgn keindahan dlm laut...terase cam kat dlm akuarium...ikan2 yg cantik berenang2 disekeliling...batu karang pelbagai rupe....semuanye diabadikn dlm foto dan video yg mereka ambil.....kami yg 1st timer ni dibawe tmpt yg cetek je (dlm 7 meter)...yg mat & minah saleh gi tmpt 15meter & 25 meter. nk upload kat friendster ade prob error....so x dpt nk share ngan kwn2...biasenyer parasailing naik dr tepi pantai...yg ini kite kene naik bot gi tgh laut....mase belon naik ke atas, anggaran tggi adalah 50 meter...manakala kedalaman laut di bwhnyer 20meter...agak ngeri tp fun....

Kami ade gi Tanah Lot, kuil tertua di Bali....bkn niat nk melawat kuil sbnrnyer...sbb ayah ckp scenerynyer cantik, tepi laut, so kiteorg gi sane, amik gamba laut je la...x msk kuil pun....lgpun kuil ini hanya boleh dilawati apabile air laut surut......sbb die mcm pulau...terpisah dgn tanah besar...kat spnjg jln ke kuil tu byk gerai2 menjual kraftanagan....God Im crazy bout it!...kalo nk bli ole2 boleh la bli di cni..........

Dh alang2 smpi Bali rase rugi x try spa die.....saye mmg x biase la berspa ni....tp kak zurin dh biase...so kiteorg try 1 spa ni...kos lebey kurang RM130 utk 3 jam....rasenyer agak murah nk dibandingkn kat malaysia....asik banget!selepas di spa terase cantik spt menjadi gusti putri retno dumilah....kuikuikui....

Tmpt lain yg kami lawati adalah tmpt wat batik, wat perak, tmpt wat koko & kopi, gunung kintamani dan Pekan Kuta (ade tmpt kelab mlm yg di bom). Gunung Kintamani ni agak dingin suhunye, spt genting highland la...pemandangan cantik...ade tasik di tgh2 pergunungan...jenis gunung berapi yg masih aktif... pekan kuta pula merupakan tmpt "orang2 muda"...anda leh menemui kelab mlm khas utk gay...mcm2 kelab mlm seronok utk dikunjungi oleh org2 yg biase ke kelab mlm..pelbagai servis ditawarkan....(seronok utk cuci mate) ....di sinila tmpt tumpuan mat2 saleh bercuti...pantai kuta pula jauh lebey sesak dr pantai Nusa Dua....padahal cume boleh surfing je...water sport lain xleh main sbb angin kuat....tp mgkn sbb dkt ngan accomodation, kelab mlm, gerai2 utk shopping...1 stop centre sbb tu jd tumpuan...tp sebenarnye agak bahaya la kalo kami pergi ke sane sbb time tu krismas...keadaan sesak ngan mat saleh..takut ade terorrist je...so ayah ckp mlm dok dlm otel je.....kami menginap di Harris Hotel, x smpi 5 minit dr airport....

Selepas Bali, kami ambil flight ke Surabaya...menginap di sane 1 mlm je sbb kami ambil flight blk ke jb dr Surabaya.....kat Surabaya cume sempat pergi 3 tmpt je.....kiteorg gi 1 kawasan yg besanyer mcm bandar baru uda yg telah ditenggelami oleh lumpur...lupe name tmpt tu...tp ade 9 perkampungan yg tenggelam......tmpt tu dh jd mcm tasik....x nmpk pape.....ade sebuah kilang yg tenggelam pun tggl bumbung je.....ade 3 pasentren pun tenggelam....walaubagaimanapun, tiada kematian dilaporkan sbb kejadian ni bkn on the spot...it take years...sikit demi sedikit....utk menutup aib, kerajaan Indonesia telah menambak tanah yg begitu tggi supaya kawasan ini tidak dpt dilihat dr jalan besa...

Pastu kiteorg gi satu toko menjual tas....nk kate besa xde la sgt...kire mcm 3 shop lot jd 1 la...2 tingkat....jual barangan kulit, handbag, kasut, belt jacket drpd jename2 yg terkenal spt Cloe, esprit, bonia, LV, mont blanc, guess, gucci, prada & byk lg.....brg2 ni mmg la immitate...tp bkn la ditahap immitate RM10....kualiti dijage....tgk hasil kerjatgn beg2 yg dihasilkan mmg tip top....tmpt display pun mmg klas la kat almari kaca...diorg ni ade licence utk buat barangan branded ni....gile puas ati la dtg sini!!! nasib baik kad kredit dh leh gune kalo x kempunan i.....!

As a conclusion, for me Bali is a good place to go for holiday.....water sport best, shopping best, tmpt melawat pun best...kalo kat msia mcm kat langkawi...mcm2 ade.....
Quote of the day


To love you, to let you go, to make you happy, to let you go, to give you freedom, to let you go...what else decision should I make?

18 January 2009

Everything Changes

Dalam menempuh segala urusan dan dugaan hidup ini, kita kadang2 terlupa yang kita juga kehilangan selain dari apa yang kita dapat on the way itu. Kita sering lupa menghargai apa yang sepatutnya kita hargai. Namun, itulah kehidupan. kita melepaskan yang terbaik dalam hidup ini. Kadang2 kita dapat tebus kembali dan kadang2 ia terus menghilang.
Begitulah jua apa yang berlaku bila kita menempah kejayaan. Kita sering lupa apa yang kita patut lakukan. Sujud syukur kepada ilahi. Namun di situlah letaknya keikhlasan yang seharusnya diberikan. Apabila kita berjaya, mesti ada yang menjadikan kita berjaya. Tidak kurangnya lawan kita yang membuatkan kita juara. Tanpa mereka, kita sudah tentulah hanya menjadi orang bodoh berlawan seorang diri. Kan?
Begitu juga dengan kawan. Kita sering melupakan kawan kita. Tanpa disedari, diri kita sudah tidak disenangi oleh kawan itu. Duduk diam tanpa menghubungi kita dan terus mendiamkan diri. Apabila kita call, dia sudah menjadi orang asing. Tiada lagi bual2 mesra seperti dulu. Hanya kerana kita tidak berpeluang memberitahu hal sebenar. Maka spekulasi berlaku. "Dah sombong kot?" "Ni call aku mesti nak mintak tolong. Dah susah baru nak cari aku."
Kadang2 kita tidak mahu menghargainya. Hanya kerana diri itu sudah dapat apa yang kita nak, bukanlah bermaksud kita harus lupa apa yang kita tinggalkan untuk mengisi kejayaan itu.
Ingat tak masa kita sama2 melalui jalan itu? Kadang2 takut. Takut sampai kita sendiri tidak mampu nak laluinya seorang diri. Nah! Berdiri seseorang yang kamu tidak kenal dan kamu menyapanya. Lalu kamu berkawan. Jalan yang kamu takuti tidak lagi kamu takut kerana adanya kawan. Apa saja rintangan kamu yakin dapat laluinya kerana kamu yakin dia akan membantumu. Tiba di satu persimpangan. Kamu tidak sehaluan dalam memilih jalan yang harus dituju. Jalan yang kamu ambil itu mungkin sekali ada seseorang yang dapat membantumu.Tanpa kamu sedari, kamu meninggalkannya. Tanpa bantuan, dia pergi mencari teman lain dan kamu juga.
Tanpa kita sedari, satu hari nanti kamu akan bertemu dengannya. Masa itu, adakah kamu akan berkawan baik kembali. Sudah banyak berlaku dan mengubah segala2nya. Kadang2 ia akan menjadikan kamu musuh. Tetapi masa itu kamu harus fikir, kamu dulu pernah berkawan.
So, why not just pick up your phone and call all your old friends. Mungkin kamu akan dapat sesuatu. Tidak kurang juga kamu akan di'reject'. Yerlah.. Tak semua orang terbuka hatinya untuk menerima kamu kembali.

p/s: Takziah aku ucapkan kepada Yowa@L. Aku harap kau tabah melalui semua ini.

06 January 2009

Durian itu berduri- manggis itu hitam

Hehe tajuk atas tu FaFau yang bagi. Rasa cam mencincang angin, ditetak tak kena, di tampar mengilau... hohoho apo ke bondo aku mengarut nih?

Aku ada terfikir, apa beza cara org bujang kawen, duda or janda kawen and bila laki kawen lebih dari satu. Antara banyak kategori ni yg paling susah nak kawen dan kecoh ialah org bujang. Masa pilih pasangan punyalah kecoh sampaikan putus asa bila tak jumpa Ms. Perfect/ Anggun atau Mr. Bagus...sanggup x kawen asalkan happy.

Klw tengok org yg dah kawen pastu nak kawen lg sekali ni merupakan org yg paling sempoii bila kawen. Rupa tengok sekali kalau ada rupa tu kira cukup lah. Paling penting hati masing2 suka and sanggup saling jaga antara satu sama lain. Adakah ini maksudnya cinta sejati?

Laki yg kawen dua kali ni plak mcm smart tag. Asalkan ada kos nak beli alat smart tag pastu auto top up pastu cepat aje kawen. Tak yah nak berenti jumpa awek toll gate mintak tiket nak tunang baru lalu. Terus pantass pandu lalu ajer hehehehe.

Kata Dr. Fadzilah Khamsah "Pasangan yang telah dinikahkan merupakan pasangan terbaik yg telah dijodohkan oleh Allah. Tapi org tak faham bila perceraian berlaku sebenarnya manusia sendiri yg menjadikan mereka sendiri x serasi atau pasangan yang silap"
Gua pegang ni pada kata dia ni. So jaga lah pasangan anda sebaik mungkin. Para isteri sebelum tidur seeloknya pohonlah ampun dari suami. Barulah romantik cara Islam giteww.

Citer pasal org kawen mesti org tanya aku lak "Ko tuu bila nak kawennn?"
Jawapan aku lak- aku tunggu org yg boleh jawab soalan keramat aku dengan hebat. Apa soalannye?- "Boleh x I kawen 3?" kuang kuang kuang

Hmmm ok lah sampai sini jerk tenaga aku. Tunggu org Oman online x muncul lak hehehehe. Tengah lunch agaknya skrg nih.
Orait adios amigoes, stay tune stay cute and maintain beriman.
Kabare.

01 January 2009

Welcome 2009

Assalaamualaikum dan salam sejahtera dan tak lupa Selamat Tahun Baru.

Tahun ni agak unik kerna Maal Hijrah, Happy New Year dan Gong Xi Fa Chai disambut pada tarikh yang dekat2. Untungnya ialah kita dpt cuti umum yang lebih sikit hehehehe. Kalau nak pukul OT pun time ni laa nak buat ngan alasan "allaaa aritu dah cuti bos boring dah cuti lagi." leh dpt kredit utk naik gaji lagi tuh hehehehehe.

Tahun 2008 yang lepas bagi Pujaan sangat bermakna. Banyak peristiwa dah dilalui dan peristiwa yang di alami.
Secara peribadi antara peristiwa penting yang telah berlaku antaranye ialah pertukaran tempat kerja buat sekian kalinya ke Johor, dpt bonus yang betul2 bonus, percutian ke Lost World of Tambun, langgar anjing di Ayer Baloi, perpisahan ngn awek wat sekian kalinya, kucing beranak kat dlm almari baju, berjaya memiliki tv plasma 32", pertunangan dan perkahwinan rakan2- Mazlan n Reen, Elize, Batu, Mawi, Pak Nga dan lain2 yang x tertulis kat sini.
Life must go on.. dan semuga akan berbahagia dan tabah dlm mengharungi cabaran hidup.












Mak kucing yg bahagia..... "Aku no komen lah"


Resolusi atau rancangan utk tahun 2009 pula ialah:
1. Wat paspot antarabangsa- dah buat dah hehehehe
2. Percutian at least 2x ngn geng Pujanggamalam
3. Contigency plan utk menyambunghayatkan blog nih.
4. Tambah amal ibadat terutama sedekah sempena rezeki yg bertambah murah


Rancangan nak kwen x masuk? Hehehehe tu klw nak jadi x yah plan pun x pe. sediakan je lah duit. xde cash gua gosok je sampai melecet hehehehehe

Lastly thank you all for your support until today. Blog ni nyawanya terletak pada pembaca. Takde pembaca maka takdelah tujuan blog ni ditulis. Kepada para penulis lak- korang punye kuota utk 2009 Pujangga dah naikkan jadi 12 story each of you. hohohoho pepandai lah korang ye?

Goodbye 2008 ^_^

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews