Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!! Fuh terkejut gua! Anak saper lak laa yang memekak memalam buta ni jerit merdeka…tetiba terasa cam perut kena pijak…Bila aku membukakan mata rupanye si Prono yang buat hal…ceh kurang asam sungguh.. kejutan pagi beliau yang mesra tu pun aku balas dengan sebuah “stone cold stunner” sampai dia terbaring di atas lantai….
Nostalgia ketika berada di SR125 tahun 2002 dahulu beb heh heh.
Bagi Pujangga jawapannye ialah Ya! Kenapa?
Sebab 2. Sempadan tidak dihadkan kepada perbatasan negara saja tapi langit diatas langit yang menjadi cabaran…. Dan bukan hanya awek Melayu je yg kata Dr. Sheikh Muzaffar tu cute malahan ah mui Chinese, minachi India dan ramai lagi yang kata dia tu cute gak.. (cute ke?)
Sebab 3. Dah takde lagi istilah perkahwinan yang diaturkan pada zaman nih. Kalau dulu ada laaa sebab ayah nak wat perjanjian keamanan dengan negara jiran jadi sang puteri dinikahkan dengan putera negara sana, atau pun sbb anak muda tu yang paling segak dlm kampung jadi famili nak gadisnya mendapat laki yang terbaik atau bla bla bla lagi lah.
Pujangga dah try 3x tapi gagal so jangan lah bagitau yang korang kawen sebab diaturkan mwahahahaha. Tapi kalau ada pun x salah…boleh dijadikan subjek tesis akan datang Pujangga dow.
Namun disebalik kisah kebebasan, kita makin dijajah oleh rasuah dan penyelewengan. Yang geramnyer yang mengamalkan ni dari laaa balaci sampai ke ketua. Apa laaa nak jadi? Kang jadi cam neger Zimbabwe yang mana dompet dah tak laku dan wang dikira dengan timbang. Oh tidakk tidakkk… Lets fight corruption!
Orait cukuplah membebel versi orang tua. Hidup mesti diteruskan dan jangan lupa utk memasang bendera di kenderaan anda tak kiralah samada korang menunggang superbike Boon Siew Honda 70cc atau pun memandu Scania 10000cc ke tempat kerja. Pujangga dah pasang dah hehehe.
Beradvencher sekali lagi
Orait cut the crap. Sambung lagi citer dow
Ekceli Taman Pertanian ni ada bnyk aktiviti cam antaranya ialah berbasikal di kawasan sekitar, berjoging, shopping pokok, bercumbu dengan munyit, beri makan buaya dgn tangan dan Skytrex. Aaaaa kita nak citer pasal Skytrex ni lah.
Kami naik bas shuttle dari lobi pengunjung dan dihantar ke stesen skytrex yg cuma jaraknye jauh sedikit dari SR sampai ke bangunan Admin. Kalau berjalan memang lambat so cubalah berlari…. Anda mungkin akan sampai lambat sedikit dari bas hahahahaha
Bila semua ahli dah sampai kami diberi harness yang memang boleh harm di bahagian sensitif anda…. (Nasib baik gua pakai masa tu)... pastu kakitangan kat situ bagi ucapan selamat pagi… dan ceramah ringkas pasal perjalanan yang akan kami tempuhi.
Memula lagi dah dibagi “rehearsal” sikit2 memanjat, menyeberang, mentarzan dan mengflying fox. Aleh kacang buncis goreng masyak lemak jer? Easy maaa hohohohoho berlagak sungguh gua pada masa itu. Masa ni gak Pujangga wat kumpulan belajar eh… kumpulan advencher sendirik. Kelik sorang dari KLCC punya opis, sorang amoi nih yg mmg kamcheng dgn gua dan adik nyer hehehe… pandai sungguh gua pilih teman belajar.. baru laa cepat pandai huah huah huah.
Abis rehearsal baru lah cabaran bermula. . . kitorang ditunjukkan sebatang pokok yang dipasang tangga… tinggiiiiii! …. Tinggi- tinggiiiii! kelapa baliiiiiiiii- Amuk haha
Tapi gua budak kampong biasa jer panjat tangga nih wlwpun gua mempunyai diameter yang luas sedikit dari paip air Syabas. Seminit je sampai dah pucuk pokok yang lebih kurang 20 kaki tingginye dan dengan tercungap- cungap.
Pastu kena seberang jambatan jaring kaler ijau yg biasa ajer emmmm..
Penghujung jambatan jaring baru lah Pujangga mengucap panjang…. Ni dah kira tinggi pun kena panjat lagi ke???! Kawasan kat situ agak lapang jadi leh nampak tanah dengan jelas… Nasib baik laaa ada harness kalao idak memang dah peluk batang pokok tu x mau pegi lagi lah… korang ketawa ye? Meh laa datang kalao berani!
Pas panjat, Pujangganyer ucapan makin pannnjaanngggg…humangaiiiiiiiii… kena menyeberang titi papan kayu zig zag pulakk…huh huh
Dada berdebar jangan citer laaa…tangan patut xleh pegang kabel gua dah x peduli dah. Janji jangan tergelincir... jaga belen jaga belen… kang nanti ada yang tempias hujan di tengah hari kat bawah tu kang huhuhuhu
Panjang jambatan zig zag ni tak jauh sebenarnyer setakat dalam 20 meter jer tapi oleh sebab tinggi membuatkan kat Pujannga tercarut sesekali bila terasa jambatan tu macam terlebih senget huhuhuhu
Fuh lepas satu cabaran. Toleh belakang En. Alvin sedang mendekati… beliau pung ada masalah yang sama mwahahahaahaha… tapi si Ms. Lady ngn adiknye selambe jer? Kiasu sungguh depa ni.
Okeh pasni kena mengflying fox lak… What!!! Dari paras ketinggian ni? Kalau jatuh x sempat mengucap wooooooo…. Tapi si Alvin ni duk sibuk cepattt cepattt eiiiii ada gak yg kena tolak ni kang.
Pujangga pun pasanglah pulley ngn clipper kat kabel….duduk… ambik masa… ingat kat awek kat JB dan kata I love u so much N…pastu terus zzzzziiiiiiiiiiiiiiii meluncur ke pokok seterusnye …… wooooo hoo hooo hoo hooooo
Laju dan ekstrim!
Rasa cam nak buat lagi sekali lak hahaaha
Oh ya masa ni kat depan Pujangga ada sorang lagi Kelik namanye En. Chua…dia pung ada masalah gayat yg serius sama ngn Pujangga cuma diameter dia lagi kecil. Gua pulak yang bagi galakan kepada dia wakakakakakakaka
Okeh kalau sambung lagi memang panjang lagi nih.
Kata pendek mmg seronok lah aktiviti ni… Boleh datang dalam kumpulan kecil, berdua atau pun kumpulan yang besar macam kami.
Abis aktiviti diorg sediakan lunch dan Pujangga makan seperti tiada lagi hari esok....
Sambutan Merdeka
Sama seperti tahun2 dulu Pujangga lebih selesa sambut merdeka di atas katil. Tiada motivasi utk keluar malam dan tonton bunga api mahupun bangun awal pagi dan tonton perarakan merdeka di peti telivisyen. Ku hanya berdoa di dalam hati agar keamanan dikekalkan dan aman bahagia di samping Nya.
Ramadhan
Bertuah sungguh kerna pada tahun ini dapat lagi Pujangga dapat lagi menyambut 1 Ramadhan di samping keluarga. Sepatutnya balik pada hari Isnin juga tapi gua rasa malas nak balik kejer sbb nak merasa buka kat umah. Syahdu beb kalau 1st day lagi dah buka di perantauan...huhuhuhu
Teringat kesibukan nak gi bazaar beli kueh, sekali sampai umah ayah pun dah beli kueh jadi terlebih lak...soknye lak x beli sbb ingat ayah dah beli..bila balik umah appaa pung tadak mwahahahaha. Konflik sungguh sbb x berkomunikasi.
Penyelesaiannnye? Pujangga beli gak kueh tiap ari sebanyak RM2 cukup utk 3 org... bahagia sungguh.
Tahun ni berazam utk maintain gi terawikh spt tahun2 dulu... Dulu penah sebulan cuma dapat terawikh 5 ari je..masa tu jaga restoran... antu sungguh bos Pujangga mcm laa x nmpk yang kita ni lelaki tulen huh huh...
Taubat kalau kena lagi tmpt keje camtu mmg x lama laaa gua berkhidmat. Kejer tu kejer jugak tapi yg bagi kejer tu Tuhan. Kalau lebihkn kejer dari suruhan Tuhan duit gaji pung x berkat. Camno nak berbakti kepada org lain lak?
Berpuasa di perantauan ni mmg langsung lain lah dgn berpuasa di kampung. Di dapur, kelibat ibu yang lembut diganti dengan gaya gagah org bujang separuh bogel, berpeluh berair mata semasa memotong bawang dan tumbuk cili. Rajinnyeee org bujang skrg mengalahkan anak dara dow.. Membuatkan Pujangga menaikkan kening bila mengenangkan keluhan kawan2 bila diorg mention jumlah hantaran yang teramat tinggi...
Kisah kawan- kawan
Si Eija@Haneeza Marya@Ija dah bertunang ngn kekasih hatinya iaitu Bad pada 18 Ogos lepas
Pujaan tengah cari kejer baru skrg ni.
Ieza masuk hospital baru2 ni coz asthma. Marilah kita sama2 mendoakan kesihatan beliau.
B.I dah kurus....
Latip dah berkereta
Batu pun begitu juga
Kisah Cinta Pujaan
-No comment-
Kata Pujangga: Itu laaaa aku dah kata, simpan borang poligamy tu bebaik. Dah kantoi tanggung laaa sendirik dow.
Orait guys.
Maintain cute and maintain puasa. Umo dah berapa dah ni takkan nak ponteng2 lagiii.. Gadis2 dan mak2 orang takpaaa. Pun jangan dimanipulasikan habitat semulajadi anda itu ya?
Assalaamualaiku
No comments:
Post a Comment