12 February 2008

Northern...

Lama sangat aku tak posting. Yerlah, sampai penulis yang lain mcm dah paksa2 aku untuk menulis post.

Well, dimulakan dengan bismillah, aku mulakan bicara. Perkara ini mungkin mengenai nasib or takdir yang berlaku pada hampir semua orang. Aku panggil topic ini “The New Beginning”

Lately, aku dihujani dengan pelbagai masalah dan aku terpaksa menyerap semuanya kerana masalah-masalah tersebut kadang-kadang bukan berpunca dari aku. Orang lain yang datang pada aku untuk meminta nasihat. Selaku kaunselor bebas, aku pun sering memberi nasihat berdasarkan pengalaman aku. Kesimpulannya ialah jika sesuatu berlaku dan membuatkan kita jatuh atau pengsan, kita perlu bangkit kembali. Dengan kata mudah, kita mulakan hidup yang baru.

Aku teringat kembali ada sebuah hadis yang mengatakan, suatu ketika ada seorang sahabat ini. Dia dahulunya hidup dalam kejahatan tetapi ingin kembali ke Jalan yang benar atau dengan kata lain ingin bertaubat dan memeluk islam. Lalu rasulullah pun menyarankan agar sahabat tersebut berpindah dan mulakan hidup baru. Sahabat itu pun teripikir dan sekian lamanya berfikir, dia pun berhajat untuk pindah ke tempat baru demi bertaubat. Dalam perjalanannya, beliau telah meninggal dunia. Lalu rasulullah telah bersabda mengatakan ukurlah jarak ke tempat yang dituju dan dari asalnya. Maka jarak ke tempat barunyalah yang dekat. Maka dia dikuburkan seperti seorang muslim.

Apa yang aku dapat pelajari dari hadis ini ialah, memang sukar untuk kita mulakan yang baru dan bertaubat. Seperti juga bila kita menghadapi masalah. Jika kita masih menangisi masalah tersebut, kita mungkin akan mati ngan kekalahan tersebut dan membuktikan kita lemah selemahnya. Kita sepatutnya bangkit dan kembali bertarung kalau mahu ataupun mulakan hidup baru. Ia lebih baik dari merenung nasib malang.

Oleh kerana aku selalu dihujani oleh masalah, aku pun mengambil keputusan untuk bercuti. Kali ini, destinasinya ialah Perak! Well, we going north, ya….

Perjalanan yang dianggap pengalaman baru bagi aku kerana selalunya aku ngan Pujangga akan trip ke selatan. Tetapi kali ini aku mencadangkan ke Utara! Aku pun mulakan perjalanan ke Damansara Damai, rumah An. Perjalanan yang dijangka sejam, menjadi 2 jam kerana aku sesat. Aku dah cakap, “Aku akan dapat head start untuk sesat di ‘trip’ ni. Aku nak ke rumah An pun dah jadi masalah.” Betul plak kata-kata aku tu. Pukul 9 baru sampai Damansara Damai. Huhuhu.. sampai sahaja, aku pun naik kereta An untuk ambil Latip. Huhuhu.. pastu makan and balik rumah dan berdengkur. Paginya dalam kul 8 pagi, kami menuju ke Ipoh!

Berhenti sebentar di Hentian Tapah. Menikmati sarapan pagi. Selesai sudah, kami pun menuju kembali ke Ipoh. Sampai di sana dan menuju ke Lost World of Tambun. (ala-ala Sunway Lagoon lah gak. Stay di sana sampai kul 4 petang dan kemudian mencari Hotel di Ipoh. An berkata, “Aku tgk semua rumah tumpangan mcm bangunan pra sejarah jerk. Tak nak aku stay kat situ.” Aku pun menelefon member aku dan meminta khidmat nasihat tentang hotel. Hotel Fairmont jadi pilihan. Aku tidur buat sekian kali. (berdengkur of course)

Paginya pula An mencadangkan ingin ke Lata Kinjang(lau betullah aku eja). Aku kurang setuju sebenarnya kerana ia merupakan kawasan air terjun dan belum lagi kitorang study tempat tu. Sekadar melihatnya di highway sahaja. So, mencuba mencarinya namun gagal. Kelly’s Castle jadi kunjungan kami seterusnya. Bangunan sejarah. Seorang kaya dari Scotland yang cuba membina Istananya di tanah ladang getahnya. Tetapi sayangnya ia masih gagal disiapkan kerana tuan punyanya mati di Lisbon. Ok gak tempat tu. Mcm A Famosa di Melaka. Lalu diteruskan dengan mencari hotel di Teluk Intan. Gagal lagi. Lalu kami berhenti makan di medan selera berhadapan dengan Menara Cundung Teluk Intan. Aneh, tapi itulah dia our very on Leaning Tower. Satu-satunya bangunan sejarah di tengah-tengah bandar batu. Explore di dalamnya dan terus gerak ke KL!

Dalam perjalanan, kami melihat kereta tersusun agak2 1 kilometer jammed. Tak sangka pula aku akan ke KL ikut jalan lama! New experience for me. Tapi mengalah gak akhirnya dan menggunakan lebuhraya. Masuk lebuhraya Guthrie dan makan sate Kajang. Hantar Latip dan sampai rumah An. Esoknya aku pulang ke Muar and new experience happen and I’m having it now! Tapi tunggu sehingga ianya berakhir dan aku akan tulis kat blog nie lagi.

Pengalaman yang tak kurang hebatnya. Aku dapat banyak pelajari tentang sape aku selain tempat2 yang tak pernah aku ketahui. Aku sering menyalahkan orang lain dalam pasukan futsal kerana tidak mahu bermain lagi. Aku upset tahap dewa dan aku hukum dengan tidak stay fit dan hasilnya aku menjadi semakin gemuk. 20 kg dalam masa 2 bulan! Huhuhu.. bestnya makan. Tapi semua tu aku sedar dan aku tak patut mengharap orang lain untuk membantu aku dalam memenuhi cita-cita aku. Aku perlu lakukannya sendiri dan jika ia memerlukan pertolongan, biarkan ia hanya kebetulan. Cakap senanglah. Kena jogging siyut balik. Nak turunkan perut ku yang membuncit tahap perempuan mengandung 7 bulan! Hahahaha.. (it’s true!)

See you in next posting!

11 February 2008

Tragedi Tambun

Ting noneng~ ting noneng~ … aku membuka mata, mencari arah bunyi yang amat kukenali itu. Mana taknya, setiap hari, pada 6.31 pagi, telefon bimbit N80 ku aka memanggilku bangun. “Owh, di atas meja sana, masih charging? Harap tak merosakkan baterinya. Charge sejak malam tadi…”, bisik hatiku. Setelah mematikan N80 tersebut, aku menoleh kembali tempat tidurku; kelihatan disebelah tempat tidurku, An masih nyenyak disebalik selimut. Di katil single sana pula, Chow dengan bunyi-bunyian yang tidak lagi menggangguku; kerana semalamnya aku dah kena- mindaku telah merakam bunyi-bunyi tersebut dan memasukkan dalam senarai abaian (ignore list). “Hm, kasihan Chow. Kerana di harass An yang asyik mau menyentuhnya, dia tidur dengan pakaian lengkap, seluar jeans; tidak seperti petang semalam- Cuma berseluar pendek berwarna putih. hehehe”.

Hari ini Khamis, 7 Februari 2008, kami bermula di Fairmont Hotel, Kg. Pasir Putih, Ipoh, Perak. Rutin, aku ke tandas- rutin. Ku jengah cermin, melihat dan menyentuh bahagian tulang pipi kiriku, “masih sakit… nasib tiada lebam”, bisikku. Kenang kembali tragedy semalam…. Tragedi Tambun.

Rabu, 6 Februari 2008. Kami bertiga melangkah masuk ke The Lost World of Tambun, menyewa locker, dan menukar pakaian mandi- tshirt dengan seluar singkat. Lokasi pertama- kawasan air yang paling asas. Dengan bentuk dan suasana seperti pantai. Bezanya, tiada ombak besar, dan mungkin tidak masin. Aku tak pula cuba merasa airnya. Aku melangkah, kaki mula tenggelam dalam air, membasahkan muka dan kepala di bawah pancuran air berbentuk cendawan gergasi. Aku terus melangkah menuruti An dan Chow. Tapi seperti dijangka, aku tak mampu meneruskan perjalanan- kerana aku tak tahu berenang! Aku Cuma bermain sekitar 3 kaki, berhampiran kanak-kanak lain. Mungkin kasihan melihat tingkahku, An dan Chow kembali meranduk air ke arahku “Jom main lain. Kalau setakat mandi di sini, no meaning lah”, kata An bercampur dengan bahasa Inggeris. Kira baiklah tu. Kalau tidak, mungkin ada keluar perkataan-perkataan Jerman di gunakan. Maklumlah, orang bekerja dengan orang Jerman. Sudah puas aku mendengar “Guten tag”. Hehehe.

Kami keluar dari air, menuju ke arah gelongsor air, merentasi band muzik dan beberapa anak tangga. Tiba di puncak, An segera bertanya pada operator di situ. Ada 4 lorong tiub yang mungkin berbeza tahap kengerian perjalanannya. “Jom turun balik, ambik pelampung kuning. Free jer”, kata An. Bernasib baik, seorang budak yang hendak naik, menyerahkan pelampung kuningnya kepada kami. Okay, dah ada 1. Aku dan An turun mengambil pelampung lagi- 2. Chow tidak turun, dan kami paham. Antara kami, beliau paling berat, dengan lebih 100kg. Tentu agak letih menaiki anak tangga ini. Tiba di puncak, tiub yang kedua dari kiri dari 4 tiub dipilih. 2 orang pertama. An yang mula, dan operator itu memilih aku untuk serta dengan An. Tentulah, untuk permainan gelongsor ini, berat 2 orang atas pelampung tidak boleh melebihi 200kg. Yang berat duduk di belakang, aku di hadapan. Mula! “wooooohooooooo wuuuuuuuuuuu…. Ulp. …………… woo”. Suara An terhenti sebentar akibat tersimbah air ke mukanya. Yup. Memang seronok. Agaknya beginilah perasaan menaiki roller coaster- yang tidak pernah ku jejaki. Bergerak dengan laju, berputar hampir pada syiling tiub dengan momentum kelajuan. Speed Excitement! End! Wow, aku dan An masih bersemangat mendaki lagi anak-anak tangga untuk pusingan lain. Tiba, giliran Chow. Tentulah aku akan menemaninya- mengenangkan syarat had limit 200kg itu. Hehe.

Ketika sebelum berlepas, An masih bergurau “Mengucap Chow. Laju giler”, operator Cuma tersenyum. Kini baru kusedari maksud senyuman itu. Dia tak mungkin tak anggap yang An cakap adalah gurauan. Ia sesuatu yang wajar- mengucap. Off we go! “Woooooohoooo wuuuuuu……” waaah. Seronok betul Chow. Tiba-tiba… pelampung hilang keseimbangan dan terbalik. Kami terhenti. Owh… aku berusaha naik pelampung kembali, tapi menyedari, lubang keluar tidak jauh lagi. Aku memberi isyarat Chow keluar dahulu. Kami bergelongsor tanpa pelampung. Dush, masuk ke air. Kelihatan operator India di sini menghubungi walkie-talkie mungkin melaporkan kami telah tiba di bawah. Jadi, saluran atas sedia digunakan orang lain. Chow membawa pelampung ke darat. Rasanya kami berpura-pura seronok. Chow mengaku, cemburu aku seronok sendiri dihadapan, beliau mengangkat tangan, melepaskan pegangan pelampung; yang mungkin menjadi punca utama pelampung kami terbalik. Hahaha… “okay, ko lak naik dengan An. Aku tunggu bawah ni. Aku dah 2 kali. Ko naik dgn An, semua 2 kali main”, alasanku.w mula mendaki anak tangga. Aku merendam kak dalam kolam pendaratan pelampung, membasahkan wajahku. Terasa panas. Aaah, sakit tlang pipiku. Agaknya terkena sepakan Chow ketika pelampung terbalik tadi. Nasib baik terbalik ketika hamper tamat tiub. Tentu bahaya kalau terbalik lebih awal atau di tengah tiub. Sepanjang tiub itu kusedari ada seperti tampalan di lantai-lantai tiub. Tentu bahaya kalau mana-mana anggota badan tersangkut di situ.

Tidak lama, An dan Chow kelihatan menuruni anak tangga ke arahku. “kenapa tak guna pelampung, sini?”, aku bertanya. Aku tak ingat jawapan mereka. Kemudian kami berjalan ke tempat lain. Hm, rasanya tragedi tersebut bukan saja mengerikan aku, malah meninggalkan trauma pada Chow, walau dia tiada sebarang komen. Dia tidak memberitahu samaada dia tercedera atau apa-apa, tapi ternyata dia tidak lagi berani permainan itu.

Setelah bermain kapal buaian yang juga agak menakutkan (dan membunuh keberanian untuk bermain buaian pusing yang tampak lebih berbahaya), kami berjalan mengelilingi tempat itu, sampailah di gelongsor yang lurus sahaja, tada bengkang bengkok seperti di tempat tragedi. An mungkin masih belum menyedari trauma Chow, masih memujuknya bermain permainan itu. Sampai di situ, dating pula 2 gadis dengan pelampungnya. Mereka bersedia untuk gelongsor. “erm… ada apa-apa wasiat? Nombor telefon ke?...” kata Chow perlahan pada 2 gadis tersebut. Haha… ketika mula tiba di Lost World of Tambun ini, An mencabar Chow “kalau kau dapat 1 nombor telefon awek, aku belanja ko makan”. Bukan apa, kebelakangan ni, Chow kelihatan seperti sudah kecewa dan putus asa pada jiwa wanita yang semulajadinya sukar difahami. Ketika diploma dahulu, Chow adalah idolaku kerana dia begitu berani meluahkan rasa hatinya pada ‘hati manisnya’ dengan ayat yang tak dapat dilupakan “ko taknak aku… nanti suatu hari nanti kita jumpa, masa tu aku dah kawin. …. Sanggup bermadu?” hehehe. Okay, sampai hujung, pelampung 2 gadis itu terbalik, lantas semakin membunuh semangat Chow. Kami beredar.

Habis. Selepas mandi, solat. Kembali ke katil, berselimut semula, bermain sms, menonton tv, menanti rancangan An seterusnya.

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews