20 October 2007

Diary Raya seorang Pujaan

Pagi Syawal, 1hb 1428 Hijriah

Bangun di subuh hari dan menunaikan solat. Pastu gi basuh keter sbb malam tadi kuar shopping last minute kena ujan lebat lak huhu.
Siap basuh keter, sarapan pagi.. Pekena ketupat sama ayam masak kicap.. Nyum nyum

7.45am

Gi masjid. Sambil berkaraoke takbir dan tahmid sambil menderma. Semoga semua org dimurahkan rezeki...
Pas solat sunat and dengar lecture gi kubur arwah atuk nenek lak. Sedekah fatihah dan baca doa moga disejahterakan roh mereka

9.15am

Sambung sarapan lagi sekali. Ketupat setengah potong dan rendang lak.
Saat paling ditunggu bermaafan ngn mak dan ayah hehehe. tak dpat duit raya lagi tahun ni tapi Pujaan bagi ang pow kat adik2 jer

The rest pegi umah sedara, atuk dan handai yang dekat2 jer sampai laa ke malam.
Oh ya Raksasa C wat open house pada malam tersebut.


Hari ke 2

Pepagi duk saja di umah sambil tunggu siaran sarkis tapi tak muncul2... Agaknya raya alaf baru ni sarkis cuma wat live show jer kut ekekekeke.

Kul 10am gerak gi Kota Tinggi utk melawat makcik. Plan nak tido situ satu malam. Kitorang lalu Kluang,Bandar Tenggara dan straight ke Kota Tinggi..

Sekali kat Belitong ada CCTV plak laaaa...ceh tengah bwk lebih 90km/j lak tuh T_T

Kul 2pm sampai dah. Pas makan tghari Pujaan tido..Sakit paler sbb ada bangkai tikus kat dalam keter tu huhu.

Kul 4pm kena kejut ngn ayah. "Balik" kata dia. Eh? Kata nak tido kat sini?

Kul 5pm kitorg gerak. Pastu gatal gi lalu Jemaluang...huhu nasib baik takde gajah melepak kat tgh jalan sehhh.

Kul 9pm singgah makan kat Pt Raja... Jln jem 15km dari tol Kluang sampai ke Pt Raja.. huh huh nasib baik Jln ke batu Pahat x jem..

Kul 10.30pm sampai umah... Sambung tido lagi...Bau bangkai tu macam racun...Mumet endase brrrrr

Hari ke 3

Arini gi reunion aka Bara'an atau ziarah umah rakan2 dan cikgu masa sekolah menengah dulu. Dpt laaa dlm 20 org yg dpt dikumpul. Mula dari Bandar, turun ke Parit Raja naik semula ke Bandar.

2 org dah hulur kad saman dah bulan 12 nih...aaarr kawen gak diorg akhir nyaa hahahahaha. Ingatkan nak jadi bujang sampai ke tua ^_^

Kuar umah kul 10am balik pong 10.30pm hahaha. Perut dah rasa lain mcm dah sbb bnyk telan kueh raya n air gas

Hari ke 4

Perut ku meragam..sebu selalu +_+
Malam tadi like hell nak tido..pedih sehh ulu hati.. Tapi mak dah tanya 'ada program ari ni?' alamat kena ikut beraya lagi lah kakakakaka

Gi lagi beraya ke umah sedara belah jauh sikit. Nasib baik jalan tak jem dah
Akhirnya ada laaa insan yg sudi menghulurkan angpow pada baby besar ni wakakakaka

Happy nyer gua!


Hari ke 5

Mud raya dah berkurangan tapi sebu di perut lum abis lagi.. Usha kedai nak ganti cermin keter yg telah lama retak dan claim dari takaful. Sambil tu gatal ajak budak main futsal mlm ni...

Malamnyer main futsal...pancit habis hahaha semput gua. Ni pon sbg simbolik perpisahan sempena Pujaan nak pindah ke KL follow Pujangga. Kemain lagi bebudak ni mintak belanja itu ini hahaha

Raya ke 6

Mula berpijak di bumi yg nyata kembali. Anta keter tukar cermin, gi cari buku nak study sbb peksa dah dekat dan cari dana nak pindah umah...huhuhu sengkeknyaa guaa..
Assignment telah di sub con kepada bdk2 yg ramai kat umah ni. Nasib baik siap hahahahaha

Sabtu dan Ahad kena gi JB sbb ada kelas..minggu seterusnya ialah peksa lak. Ari Isnin ngn Selasa nak gi KL cari umah sewa




Hmmm gitu lah Raya tahun ni..serba simple dan sebu.
Meriah tetap meriah, saman tetap kena saman tak kira dari kekawan mahupun Polis DiRaja Malaysia.

Kepada yang bakal kawen tahniah tahniah dan tahniah. Doa kami semua agar berbahagia hingga akhir hayat hendaknya

Aaminnn

kata Pujaan: Duit raya umpama M&M, kalau tak cair kat mulut, mesti dah cair dulu kat tangan tak kira apa kalernyer ^_^

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews