03 August 2007

Simple Words...

thanks to AIN sbb bagi email. lepas bace aku rase mcm best jer nak post.
so klu yang dah penah bace tu bace la lagi eh... klu yang tak penah bace tu enjoy reading... :-)


xbererti kita x call org tu, kita x ingat kat dia,
x bermakna kita x tegur dia, kita x sayang kat dia,
x bermaksud kita x rapat dgn dia, kita x pernah
fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh
duduk di dalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah
perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa
yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya
dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa
yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai seseorang,
satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana
ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila
anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin
menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang inginanda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda inginkan kerana
anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang
insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.
Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki segala yang terbaik.
Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa
saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari
dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia
yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan
yang lalu yang telah dilupakan.
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling
anda tersenyum.

Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis.
MoAzAr

No comments:

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews