18 August 2007

Bila nak kawin?

Bila nak kawin?
Keluarga pun dah mula risau Si teruna. emak bimbang jadi bu jan g terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia
Bila nak kawin?
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba(he..he..ni cadangan pelik kawan saya)
Bila nak kawin?
Aduuuhh.aku disoal lagi Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde. Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
Bila nak kawin?
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin?
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kawin?
Pada yang masih bu jan g
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka
(Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh. Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kawin?
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada
^_^

07 August 2007

Antara Siber dan Nyata

Assalaamualaikum dan Selamat Merdeka!
Akhirnya kita telah masuk tempoh countdown menuju ke hari kemerdekaan kita yang ke 50.
Sebenarnya Pujaan masuk kali ke-2 tulis posting nih. Kali pertama telah hilang gara2 salah klik.

Blogger dan Akta

Pujaan telah peratikan issue nih. Sejak dari kes forum Jeff Ooi pastu ada kes para politikus2 yg gunakan blog utk lepaskan geram. Blogger Malaysia Today pon dah kena panggil siasat polis dan akhirnya yg latest ada sekor Monkey ni wat video clip lawak pasal Negaraku and paste it in the Youtube.

Si monyet nih akan disiasat under the Akta Hasutan 948. Pujaan dengor pon ngeri huhu.. Monyet ni pon tak abis sekolah lagi tuh... Pepandai laa ko monyet yang ko kelakar sangat sampai lagu Negaraku pon ko wat lawak apsal?

Ekceli skrg ni Malaysian dah pandai, dah ramai celik IT dah. Tapi tu laa dah jadi tempat lepas kan geram. Kita rakyat jelata yg biasa just to make it hobby and thats it.
Kalau nak wat luahan rasa cam baru putus tunang ke, bf tak setia ke, makcik kantin masak tak sedap ke takper. Ada ramai yg nak baca kat sini huhu.

Cari duit, gali lubuk duit $$$$$

Hoho ada sorg teman yg perkenalkan Pujaan ngn aktiviti wang baru nih. Namanyer Forex Exchange hahaaa.
Oppp jgn silap, yg Pujaan nak kenalkan ni bukan skim cepat kaya, Ponzi sistem atau Pelaburan Internet. Yg ni more on individuals. Sendiri bagi duit, dapat untung makan sorang, kalau rugi tanggung sendiri hehe.

Skrg ni Pujaan just mintak dia run utk Pujaan sbb kita lum pandai lagii. Baru nak terkedek2 kenal apa tu Pound Sterling, Yen, Euro, Ringgit Malaysia (eceh).

Korang kalau ada yang dah join bendalah ni tak baik simpan sorang tau. Meh share taktik and teknik urus niaga nih. Kalau pandai leh untung busat woooooo.
Sms ke 0129200468  $_$

Cerita lucu

Ini kisah benar ye tuan2 dan puan.

Ari Isnin lepas, Pujaan gi kedai hardware nak beli tali kambing. Pas dah pilih, kita panggillaa anak dara sorang ni mintak tolong potongkan. Tiba- tiba ada akak ni tanya kat bdk niiii;

Akak : Siti, penyapu ni mana batangnyer?

Siti : Apa dia kak?

Akak : Ni batangnyer mana?

Siti : Batangnyer ye kat depan kak.

Akak : Aku tempeleng ko kang. Tanya bebetul dia wat main pulak.

Siti : Betullaa kak ada kat depan.


Soalannyer jeng jeng jeng...

Apa yang tak betul ngn batang penyapu tu?

Adiah misteri menanti 3 peserta awal yang menjawab dengan betul. Emelkan jawapan anda kepada gargonite@yahoo.com sebelum 31 Ogos 2007.

03 August 2007

Simple Words...

thanks to AIN sbb bagi email. lepas bace aku rase mcm best jer nak post.
so klu yang dah penah bace tu bace la lagi eh... klu yang tak penah bace tu enjoy reading... :-)


xbererti kita x call org tu, kita x ingat kat dia,
x bermakna kita x tegur dia, kita x sayang kat dia,
x bermaksud kita x rapat dgn dia, kita x pernah
fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh
duduk di dalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah
perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa
yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya
dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa
yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai seseorang,
satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana
ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila
anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin
menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang inginanda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda inginkan kerana
anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang
insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.
Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki segala yang terbaik.
Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa
saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari
dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia
yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan
yang lalu yang telah dilupakan.
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling
anda tersenyum.

Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis.
MoAzAr

Waktu Solat Shah Alam

FEEDJIT Live Traffic Feed

Total Pageviews