Assalaamualaikum wahai kawan2 dan salam sejahtera kepada semua yg dikasihi. Dah masuk bulan Mei, bermaksud akan genaplah umur Pujaan 25 tahun dan masih belum lagi mendaftar jadi pengundi huhu.
Kalau tak silap taon depan akan berlangsung pilihanraya umum dan kerajaan dah mula promosi di Machap dan Ijok. Nampak gaya kepimpinan Pak Lah mmg tak bagi can pada pembangkang nak bernafas langsung hee hee hee.
Tapi kalau minyak petrol tak naik taon depan jgn laa pulak minyak masak dinaikkan harga ye? Kalau idak meh laa sesama kita proses sndiri minyak masak cam zaman mak2 kita dulu heh heh
Lada
Projek pokok lada Pujaan dah masuk 6 bulan dah. Masing2 dah mula berbuah cuma tunggu tukar kaler jer. Sesiapa nak beli lada merah ngn harga lada RM5.50 sekilo? Sila kontek di 0129200468 hik hik. Dijamin bebas racun dan fresh dari kebun. Selain tu ada juga terung burung, kacang ceper, ulam raja dan daun kesum. Tapi tak jual laa, kalau nak mintak sket tu leh laaa bagi hehehehe.
Skrg ni nak menambah lagi keluasan tapak tanaman. Tapi cuaca asyik hujan jer skrg so kena tunggu cuaca berubah jadi panas sedikit baru leh menanam.
Perkahwinan
Hohohoho Mei ni juga akan berlangsung perkahwinan Ieza dan Iejan. 27hb di umah pengantin pompuan dan 3 Jun di umah Iejan. Tahniah pada korang. Hai bila laaa turn org2 kuat Pujangga ni yer?
Kemudian yg menyusul ialah Salleh dan Zeha. Pada 3 Jun juga kalao tak silap. Ni laa para pra pengantin tak pos2 lagi kad kat Pujaan. Maklumat pon tak berapa accurate ni haa.
Pelajaran
Ah rupanya Budin ambik OUM juga ye? Hoho caner laa dia ambik peksa nanti? Pelik sungguh. Pujaan masih lagi bertungkus- lumus berperang antara kesibukan kerja ngn test dan assignment. Sape kata jadi student ni senang?
Skrg ni nak gi joging pon dah takde masa. Kejap kena OT, takpun nak gi kebun lagi pastu malam kalau lepak dah tido awal. Haha berapa kali nak wat qiammullail akhirnya lajak ke subuh. Hangin gua hahaha
Global or Glocal...
Kali ni Pujaan nak citer pasal Union, Kesatuan Pekerja. Kat Malaysia ni tak berapa femes pasal ni. Antara yg ada ialah National Union for Bank Employees, NUTP dan CUEPACS. Yang menganggotai Union ni ialah dari level penyelia dan ke bawah.
Kat Eropah Union sangat penting. Kompeni yg takde union adalah 2nd class. Union ni hebatnya ialah, pangkat Presiden union adalah sama level dengan CEO walaupun pada hakikatnya dia adalah pekerja biasa sahaja di syarikat tersebut.
Union biasa berfungsi utk melindungi hak pekerja, melatih kemahiran pekerja dan untuk melahirkan pekerja yg berkualiti. Antara yg terkenal dlm Union ni ialah P.N Narayan. Dia ni pekerja je tapi bloody damn good dlm isu2 akta pekerja. Skrg ni beliau dah dpt pangkat dato' dah. Lagi sorang ialah Abd Razak yg mana dah jadi member SUHAKAM dah skrg nih.
Sumber financial union ni pula adalah dari mmber RM1 dan dari kompeni pula RM1 lagi bagi tiap member. Jadi kalau darab ngn 400 ribu pekerja?
Diorg ni siap hantar member gi study law kat oversea dan fully support by the union. Dgn semua faedah ni, maka yg duduk kat kerusi atas tak mau turun bawah dan yg bawah berebut nk jadi org atas.
Tapi kat Malaysia kompeni elektronik dari Jepun dah wat janji ngn Tun M yg pekerja diorg takleh wat union. Ini adalah disebabkan oleh kes di Europe yg mana diorg bnyk kali kalah kes. Huhu cerdik tul diorg.
So korang kalau ada union kat tempt kejer tu jgn lah malu2 join. Kalau ada masalah ngadu je dan insya Allah masalah korang di selesaikan.
Mmmm ok lah. Sampai ni jer.
Nak gi tengok pokok lada.
Adios
No comments:
Post a Comment